Sayur lodeh atau lontong ni selalu jadi menu utama pagi raya. Sedap dimakan dengan nasi himpit disertakan sekali sambal tumis. Sebenarnya nak buat kuah lodeh ni ikut citarasa atau kreativiti sendiri. Lain orang lain selera tekaknya. Kalau diamati, ada banyak resepi sayur lodeh atau lontong.
Yang mana satu jadi favorite anda, boleh ikut resepinya. Kalau nak olah ikut citarasa sendiri pun boleh juga. Begitu simple je sebenarnya juadah sayur lodeh ni. Kali ni saya nak kongsikan resepi sayur lodeh atau lontong yang paling simple sekali.
Ringkas je dari segi bahan tumis dan juga kandungan sayuran sebagai lauk dalam kuahnya. Resepi yang dikongsikan oleh Hana A Razak ni hanya gunakan bawang sahaja sebagai bahan tumisan.
Ada kebanyakan resepi masukkan juga udang kering yang dikisar, dan juga kunyit hidup untuk mencantikkan lagi warna kuah.
Sayuran pula boleh masukkan apa sahaja jenis yang anda gemari. Yang penting buatlah sayur lodeh atau lontong ikut selera anda. Kalau ikut resepi orang 100%, takut tak menepati citarasa pula.
RESEPI SAYUR LODEH ATAU LONTONG SIMPLE DAN SEDAP
Biasanya kalau nak buat kuah lodeh yang sedap berlemak, gunakanlah santan yang lebih supaya berasa. Sebenarnya, manis dan lemak santanlah yang menaikkan lagi rasa kuah tu nanti. Lagi-lagi kalau pakai santan segar.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Bawang kisar (bawang merah dan bawang putih yang dah dikisar hancur)
- Tempe 1 paket
- Santan 1/3 kotak
- Lobak merah 1 batang
- Kobis 1 mangkuk
- Bunga kobis 2 mangkuk
- Kacang panjang 3 urat
- Garam secukup rasa
Cara penyediaan sayur lodeh atau lontong:
▶️ Mula-mula sediakan periuk. Masukkan sikit je minyak dan tumis bahan kisar ni. Kalau anda nak buat teknik merebus pun boleh.
▶️ Kemudian masukkan air sedikit. Boleh agak-agak bergantung pada kuah kita mahu.
▶️ Lepas air dah mendidih, masukkan lobak merah untuk lembutkannya dulu.
▶️ Kemudian masukkan kobis bunga.
▶️ Lepas sayuran ni dah separa masak, masukkan santan kotak yang dah dicairkan dengan sikit air. Kacau sehingga sebati.
▶️ Selepas tu masukkan tempe yang dipotong dengan saiz sederhana.
▶️ Masukkan juga kobis.
▶️ Akhir sekali lepas semua sayur dah lembut, masukkan kacang panjang. Kacang panjang ni dimasukkan akhir sebab nak kekalkan crunchy dia. Baru sedap digigit.
▶️ Jangan lupa, perasakan sikit dengan garam.
▶️ Bairkan sekejap mendidih, kemudian boleh tutupkan api.
BACA JUGA: Cara Buat Sendiri Ketupat Atau Nasi Impit Homemade. Rupanya Mudah Je!
Walapun simple, tapi sedap rasanya sayur lodeh ni. Sebab kadang-kadang yang simple inilah kadang-kadang kita tak sedar lebih enak dan menyelerakan.
Untuk sayuran tu, anda boleh masukkan lagi apa jenis yang anda suka, contohnya fucuk, soo hoon, kentang, sengkuang dan macam-macam lagi.
Tapi kuahnya kena sepadan dengan bahan. Jadi perlulah pandai-pandai adjust untuk menambahkan lagi kuah dan rasanya. Selamat mencuba!