pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Agar-Agar Cadbury Atau Puding Cadbury Berlapis. Guna 4 bahan Je. Sedap Ya Amat!

0 1,114

Tergodanya kalau pandang dessert ni waktu berpuasa atau time cuaca panas. Nak-nak puding coklat yang bertingkat-tingkat siap topping ni. Kalau anda craving pemanis mulut yang manis-manis lembut, apa kata jom buat agar-agar atau puding Cadbury ni.

Alangkah sedap kalau dapat menikmatinya sejuk-sejuk. Boleh jadi santapan waktu berbuka. Bahan utama agar-agar Cadbury ni dah tentu Cadbury tu sendiri dan juga bahan tambahan lain iaitu milo 3 in 1 dan juga susu.

Disebabkan coklat ni memang jadi favorite, taburkan sebanyak mana bebola coklat atas agar-agar yang anda inginkan sebagai toppingnya. Nampak special sikit. Presentation pun dah macam dessert hotel atau cafe mahal. Padahal nak membuatnya simple dan mudah je.

Setiap hari kalau dapat buat agar-agar coklat Cadbury ni pun sedap juga. Tapi kalau nak tukar sikit rasa dan kejadiaannya pun apa salahnya. Contohnya tukarkan lapisan susu tu kepada perisa strawberi atau vanilla pula.

Dessert yang simple macam ni mudah untuk diolah ikut citarasa dan kreativiti masing-masing. Jom kita lihat resepi mudah agar-agar Cadbury yang dikongsikan oleh Umie Watie ni.

 

AGAR-AGAR CADBURY @ PUDING CADBURY

Untuk serbuk Milo tu, terpulang pada anda kalau nak gunakan 3 in 1 atau milo biasa. Nak mudah, gunakan je 3 in 1 sebab ianya dalam bentuk pek, dan rasanya pun lebih berasa berbanding serbuk milo biasa. Tak perlu tambah gula lagi.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Serbuk agar-agar 10 gram
  • Milo 3 in 1, 4 pek
  • Cadbury milk coklat 30 gram
  • Susu segar 5 cawan

Cara buat agar-agar Cadbury:

▶️ Panaskan periuk. Kemudian masukkan susu segar dan juga serbuk agar-agar. Kacau sekata.

▶️ Lepas dah kacau beberapa minit, asingkan 2 cawan dari adunan tadi.

▶️ 2 cawan yang diasingkan tu untuk bahagian lapisan susu. Manakala bahagian yang tinggal untuk lapisan coklat nanti.

▶️ Untuk adunan yang tinggal, masukkan serbuk milo 3 in 1. Dan kacaunya sehingga sebati dan milo larut.

▶️ Selepas milo dah larut, masukkan Cadbury bar dan kacau lagi sehingga Cadbury larut.

▶️ Sediakan bekas yang sesuai.

▶️ Kemudian masukkan lapisan susu dan juga lapisan coklat secara selang seli.

▶️ Caranya, mula-mula masukkan lapisan susu dahulu. Kemudian masukkan sekejap dalam 2 minit dalam peti sejuk supaya ia keras.

▶️ Lepas tu baru masukkan lapisan coklat. Dan masuk dalam peti sejuk juga untuk keraskannya.

▶️ Lakukan proses sama sehingga adunan habis.

▶️ Tapi jangan lupa sementara tengah bekukan lapisan puding, baki adunan perlu dibiarkan atas dapur dengan api yang kecil supaya tak mengeras dengan sendiri.

▶️ Dah siap, bolehlah taburkan bebola coklat.

▶️ Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dijamah.

 

BACA JUGA: Cara Buat Puding Kastard Jagung Paling Simple Sekali. Hanya Gunakan 5 Bahan Mudah Je!

 

Sedap sangat kalau dapat makan waktu segar-segar. Manis puding ni light-light je sebab tak masukkan gula atau susu pekat tambahan. Cukup sekadar dengan manis Cadbury, milo dan juga susu segar yang lebih fresh.

Buat ibu-ibu yang nak sajikan anak-anak dessert istimewa, bolehlah buat agar-agar atau puding Cadbury ni. Pasti mereka teruja. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.