Jarang dengar nama burrito ni. Yang kita selalu panggil chicken wrap atau kebab. Tapi tak kiralah apa nama pun, makanan ni memang sedap dan layan bagi yang suka makanan diet sihat yang sedap dan mengenyangkan.
Dapat pula chicken wrap atau burrito yang macam-macam isi dia yang mampat, memang puas makan. Resepi wrap ayam sedap ni memang sesuai sangat untuk anda yang nak berdiet tu.
Burrito ni tak berminyak, dan isi dalamnya ialah ayam dan sayuran. Simple je cara buat dia. Cukup sekadar goreng dengan butter, dan perasakan dengan black pepper. Lepas tu wrap dengan rotinya tu.
Kalau tengah berdiet, tak perlu risau tak dapat makan makanan sedap. Burrito ni berperasa. Dan sebenarnya terpulang nak letak perasa apa pun selain black pepper tu.
Kalau anda nak cuba, jom ikut resepi wrap ayam sedap atau pun burrito yang dikongsikan oleh Hasniza Hassan ni.
RESEPI WRAP AYAM / BURRITO
Nama roti yang dijadikan wrap untuk burrito ni ialah roti tortilla. Kat mana-mana pasaraya pun ada jual. Dalam resepi ni nanti akan tunjukkan anda cara macam mana nak balut roti tortilla ni.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Isi ayam (siap cuci dan dipotong kecil)
- Serbuk black pepper
- Cendawan yang dipotong kecil-kecil
- Cheese cheddar 2 keping
- Capsicum yang dipotong kecil-kecil
- Tomato ceri yang dipotong kecil
- Timun jepun yang didadukan
- Butter
- Garam dan sikit gula perang secukup rasa
- Roti tortilla
Cara buat wrap ayam/burrito:
▶️ Mula-mula panaskan kuali, masukkan minyak masak dan tumis ayam. Lepas tu tambahkan butter ke dalamnya.
▶️ Kemudian masukkan serbuk black pepper. Kacau sebati.
▶️ Bila ayam dah nak empuk, masukkan cendawan dan cheese cheddar. Masak sampai cheese tu mencair.
▶️ Kemudian masukkan sayuran lain iaitu tomato, timun dan capsicum. Gaul sekata.
▶️ Dah gaul sekata, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Dan kacau sebati.
▶️ Dah masak, boleh angkat dan toskan minyaknya.
▶️ Sedia untuk wrapkan. Boleh beli Mission Wraps 6 Grains ni.
▶️ Sebelum wrap, roti ni dipanaskan dulu dalam 30 saat dalam microwave.
▶️ Cara nak buat wrap ni, mula-mula gunting dulu wrap sampai di tengah-tengahnya (potong separuh, jangan sampai hujung).
▶️ Kemudian letakkan isi ayam tadi kat tiga bahagian wrap ni macam dalam gambar.
▶️ Boleh agak-agak kuantiti isi ni. Tapi janganlah terlampau mampat takut tak boleh wrap pula.
▶️ Lipatkan 3 kali.
▶️ Lipatan tu ikut satu arah.
▶️ Sampailah jadi bentuk segitiga macam kon ni.
▶️ Nanti kalau tengok isi macam sikit sangat, bolehlah tambah ikut citarasa anda.
BACA JUGA: Cara Buat Creampuff Sedap Dan Senang. Gebu Di Luar, Lembut Berkrim Isi Di Dalam!
Dah siap. Sedap sangat dan mengenyangkan tau. Kalau makan 1 wrap ni pun dah cukup. Walaupun isi ayam dimasak dengan butter je, tapi ada rasa black pepper tu yang buatkan kita tak cepat muak.
Bolehlah jadikan snek atau makanan santai anak-anak. Bukan je sedap, menyihatkan juga. Orang diet eloklah buat burrito ni dan jadikan menu utama diet anda.
Jangan lupa buat resepi wrap ayam sedap dan mampat ni. Pasti nanti anda amat menyukainya. Selamat mencuba!