Segalanya Tentang Makan..

Resepi Bihun Goreng Simple, Sedap Dan Lembut. Resepi Campak-Campak Je!

0 29,630

Kalau makan bihun ni, sebenarnya yang paling simple tu lah yang sedap dan menangkap selera. Bihun ni antara makanan kegemaran semua orang yang mudah untuk disediakan. Yang baru nak belajar masak pun boleh buat resepi bihun goreng simple macam ni.

Janji cukup rasa, bihunnya lembut dan berasa pedas. Confirm makan bertambah-tambah punya. Tak ada segala macam ayam, udang dan binatang lain pun dah cukup sedap dah.

Resepi bihun goreng simple dan sedap yang saya inginkan kongsikan ialah resepi Cikda Kitchen ni. Lembut bihun gorengnya. Cukup sekadar sayur dan fishcake pun dah memadai.

Bihun ni sedap dimakan lembut, tapi bukanlah terlalu lembik. Kalau lembik, boleh hancur sebelum masuk mulut lagi. Putus selera pula nanti.

Yang sedapnya, bahan yang akan buatkan bihun ni cukup berasa ialah ikan bilis yang ditumbuk sekali bersama bawang, kemudian ditumis. Jom lihat resepinya.

 

RESEPI BIHUN GORENG SIMPLE

Resepi ni untuk setengah paket bihun. Kalau nak masak lebih, boleh gandakan bahan-bahannya. Kalau kurang, nanti tak cukup berasa pula bihun goreng tu.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Bihun 1/2 paket
  • Sejemput ikan bilis
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang merah
  • Cili kisar
  • 2 biji telur
  • 3 keping fishcake
  • 1 ikat sayur sawi
  • Cili merah yang dihiris
  • Kicap manis
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa

Cara buat bihun simple:

▶️ Mula-mula tumbuk bawang putih, bawang merah dan ikan bilis. Tumbuk hancur tapi jangan sampai terlalu lumat.

▶️ Kemudian panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Masukkan bahan yang dah ditumbuk tadi dan tumis sehingga garing.

▶️ Seterusnya masukkan cili kisar dan kacau sehingga sebati. Biarkan sehingga garing.

▶️ Selepas tu masukkan kicap manis untuk bagi warna bihun menarik. Tambahkan sikit garam dan perasa.

▶️ Kemudian terus kacau sehingga sebati, dan masukkan fishcake dan bihun.

▶️ Tambahkan air sikit demi sikit je. Kalau berlebih nanti bihun lembik.

▶️ Bila bihun dah lembut, masukkan batang sawi dan kacau sekata.

▶️ Selepas tu kuakkan mee ketepi, dan pecahkan telur di tepinya.

▶️ Biarkan sekejap telur tu di tengah untuk kasi masak sikit, lepas tu baru kocak lembut je. Telur tu biar ada kasar-kasar sikit dalam bihun.

▶️ Akhir sekali masukkan sawi dan cili merah. Kacau sebati.

▶️ Dah siap, tutup api dan angkat.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Laksa Johor Ikan Tenggiri. Sedap Kuahnya. Rugi Kalau Tak Cuba!

 

Mudah je kan? Bihun ni simple tapi sedap dan cukup berasa. Kalau minat pedas tu, boleh lebihkan cili kisar. Barulah padu rasa dia.

Sesetengah orang suka bihun kering, jadi boleh masak lama sikit supaya lebih kering atau kurangkan air. Kalau yang suka lembab-lembab sikit, dah rasa cukup masak tu boleh dah padamkan api. Nanti jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.