pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Asam Pedas Claypot Tulang. Confirm Meleleh Air Mata!

0 811

Sebut je asam pedas, siapa je tak telan air liur kan. Terbayang kuahnya yang merah, pedas dan cukup rasa masam masinnya. Dengar pula resepi asam pedas claypot, memang terus rasa nak start kereta cari restoran asam pedas.

Kalau ada tulang, daging, atau tetel dalam peti sejuk tu, apa kata buat sendiri je resepi asam pedas claypot ni. Nak buat kuah lebih, pedas atau pekat , semua boleh adjust sendiri ikut citarasa.

Bahan dalam masakan asam pedas memang banyak, tapi itulah yang akan menaikkan lagi rasa dia sampai berpeluh-peluh kita makan.

Bila amati balik, memang banyak kita tengok resepi asam pedas yang berbeza. Lain air tangan lain caranya. Tapi, dalam kesemua resepi tu, kita tau asam pedas ni wajiblah pedas, masam dan ada aromanya tersendiri.

Kali ni saya nak kongsikan resepi asam pedas claypot tulang dari Wan Luqman ni yang pasti anda tergoda tengok masakannya. Kalau ada claypot kat rumah tu, rugi tak cuba!

 

RESEPI ASAM PEDAS CLAYPOT TULANG

Kalau anda nak gantikan dengan daging, tetel, atau ikan pun boleh juga. Bagi yang masak tulang atau daging tu, rebus siap-siap dulu tulang sebelum masak lauk ni.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tulang yang dah siap direbus empuk
  • Bawang putih (6-7 ulas)
  • Bawang merah (7-8 biji)
  • Serai sebatang
  • Halia sebesar ibu jari
  • Kunyit hidup sebesar ibu jari
  • Cili kering dalam segenggam (rebus siap-siap sebelum diblend)
  • Belacan sedikit
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Daun limau purut
  • Air asam jawa
  • Serbuk lada hitam sedikit
  • Serbuk jintan manis sedikit
  • Gula melaka sedikit
  • Garam secukup rasa
  • Tomato sebiji (belah 4)
  • Bendi

Cara masak asam pedas claypot tulang:

▶️ Mula-mula kisar bawang putih, bawang merah, halia, dan kunyit hidup. Kisar juga cili kering.

▶️ Kemudian panaskan minyak dalam kuali (atau mula masakkan terus dalam claypot pun boleh).

▶️ Masukkan cili kisar dan bahan lain yang dah dikisar tadi. Tumis sampai naik bau.

▶️ Kemudian masukkan belacan. Kacau sebati dan masak sehingga pecah minyak dan cilinya garing.

▶️ Seterusnya masukkan air asam jawa. Kacau sehingga sebati.

▶️ Dan masukkan pula sedikit serbuk lada hitam dan serbuk jintan manis.

▶️ Kemudian masukkan tulang yang dah siap direbus.

▶️ Dan masukkan daun kesum, bunga kantan dan daun limau purut. Biarkan ia layu sedikit.

▶️ Selepas tu masukkan air rebusan tulang ikut tahap kepekatan anda mau.

▶️ Perasakan dengan garam.

▶️ Dan masukkan sikit gula melaka bagi ada rasa sikit.

▶️ Terus kacau sehingga sebati. Tengok kepekatan kuah cantik dengan warnanya pun okay.

▶️ Akhir sekali masukkan bendi dan tomato. Biarkan lembut.

▶️ Kuah akan lebih sebati dan pekat sikit.

▶️ Dah siap boleh padamkan api.

Fuhh, sedapnya lauk asam pedas ni kalau dihidangkan dengan nasi panas dan telur dadar. Cukup aroma wangi dan rasa masam, manis, masin dan pedasnya.

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Kak Wok Sedap Dengan Ayam Goreng, Gulai Dan Sambal Belacannya Yang Padu!

 

Hidang dalam claypot ni memang berbeza. Boleh terasa lagi panas dan bahang asam pedas. Kalau dapat hidangan macam ni, boleh makan nasi sampai bertambah-tambah.

Lepas ni kalau nak masak asam pedas, boleh ikut resepi asam pedas claypot tulang yang sedap dan padu ni. Hidangkan untuk suami dan keluarga, mesti bertambah sayang. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.