Segalanya Tentang Makan..

Jom Buat Wool Roll Bread, Roti Pizza Dan Macam-Macam Lagi Roti Kedai Bakery, Guna Satu Adunan Je!

0 1,224

Bila masuk kedai bakery, bermacam jenis roti kita jumpa. Semua buat kita terliur. Salah satunya wool roll bread inilah. Terfikir juga nak buat sendiri. Kalau berjaya buat wool roll bread ni lembut dan gebu macam kedai, lepas ni tak payah pergi kedai bakery lagi dah. Anak-anak mintak boleh terus buat!

Asas nak buat roti ni semua bergantung pada adunan tepung. Kena pastikan bancuhan dan sukatan bahannya tepat. Cara uli pun kena betul supaya dapat hasil yang gebu dan lembut. Kalau berjaya buat doh tepung ni, buat apa jenis roti pun pasti menjadi.

Daripada wool roll bread, kepada roti bun, roti pizza dan sebagainya. Semua roti gunakan adunan yang sama. Cuma hidangan roti je lain mengikut jenis roti yang nak disediakan.

Mujur jumpa resepi wool roll bread dari perkongsian Suhasnida Ismail ni. Lihat hasil roti-roti yang lain beliau buat memang cantik kejadiannya. Malah ada yang lebih cantik berkilat berbanding kedai bakery.

Katanya nak dapat hasil yang memuaskan hati jangan derhaka resepi dan gunakan bahan premium. Baru dapat hasil yang memuaskan. Semua bahannya mudah je untuk disediakan.

 

RESEPI WOOL ROLL BREAD LEMBUT DAN GEBU

Kalau anda nak buat bermacam jenis roti selain wool roll bread ni, boleh buat adunan doh tepungnya lebih sedikit. Lepas tu bolehlah bentukkan ikut roti yang anda nak buat.

Bahan-bahan doh roti:
  • Tepung high protein 850 gram
  • Tepung protein sedang 150 gram
  • Susu tepung full cream 60 gram
  • Gula 150 gram
  • Garam 12 gram
  • Telur 4 biji
  • Whipping cream 150 gram
  • Susu cair 150 gram
  • Ais batu 200 gram
  • Yis 16 gram
  • Marjerin 150 gram
  • Bread improver 10 gram (optional)

Cara buat doh roti dan wool roll bread:

▶️ Sediakan mixer. Kalau ada mesin mixer roti lagi baik.

▶️ Dan masukkan bahan kering dahulu kecuali garam.

▶️ Antara bahan keringnya ialah semua jenis tepung, yis.

▶️ Kemudian gula.

▶️ Dan juga susu tepung.

▶️ Seterusnya masukkan bahan basah pula.

▶️ Bahan basah ialah telur.

▶️ Susu cair.

▶️ Whipping cream.

▶️ Dan juga ais batu.

▶️ Lepas dah masukkan kesemua bahan, putarkan mixer sehingga menjadi doh dan masukkan marjerin dan garam.

▶️ Kemudian uli sampai doh jadi berkilat.

▶️ Lepas tu timbang doh dan jadikan saiz kecil-kecil.

▶️ Rehatkan doh dulu sebelum bentukkan menjadi roti.

▶️ Sediakan loyang yang dah siap disapukan marjerin/shortening.

▶️ Untuk jadikan wool roll bread, leperkan doh cara memanjang macam ni.

▶️ Potongkan bahagian hujung doh halus-halus seperti jejari. Dan 1 bahagian lagi digulung.

▶️ Dapat hasil seperti ni.

▶️ Kemudian masukkan dalam loyang yang dah dialis dengan marjerin/shortening.

▶️ Susun cantik-cantik dan biarkan doh naik gebu lagi.

▶️ Sambil tu sediakan bahan olesan iaitu 1 biji kuning telur dicampur dengan 40 gram susu cair.

▶️ Lepas tu sapukan pada roti sementara tunggu ia kembang.

▶️ Panaskan oven.

▶️ Dan bakar roti pada suhu 180’c sehingga warna keperangan dan masak. Bergantung pada oven masing-masing.

▶️ Dah siap wool roll bread!

▶️ Kalau nak buat roti bun, bentukkan doh bulat-bulat dan masukkan dalam loyang.

▶️ Kemudian bakar.

▶️ Selain tu, doh ni juga boleh buat roti pizza.

▶️ Caranya ambil doh 50 gram. Leperkan doh, dan letak bahan topping seperti potongan sosej dan segala sos ikut kreativiti masing-masing.

 

BACA JUGA: Cara Buat Roti Roll Daging Kari Terlajak Sedap. Rupanya Lagi Sedap Bila Dibakar!

 

Mudah je kan nak buat roti ala kedai bakery ni. Satu adunan je boleh buat roti yang bermacam jenis. Senanglah kerja ibu-ibu lepas ni. Boleh buat bermacam hidangan roti untuk anak-anak.

Kalau rajin, usha lah lagi apa jenis roti yang ada di kedai bakery. Boleh buat ikut style anda sendiri. Janji ikut adunan roti ni sebagai ‘base’ atau asas rotinya.

Wool roll bread ni salah satu roti yang sedap di kedai bakery tu. Sebab rotinya lembut dan gebu di dalam, dan boleh buat garing dan rangup di luar. Sebagai permulaan, anda bolehlah cuba buat roti ni dulu. Semoga berjaya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.