Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Masak Ketumbar. Simple Dan Senang Sangat Menu Ni. Tapi Sedap Ya Amat!

0 5,126

Musim-musim pandemik ni, bila dah selalu duduk rumah, mulalah fikir nak masak apa untuk hidangan keluarga. Kalau dah selalu ulang menu yang sama muak juga kan. Terjumpa pula resepi ayam masak ketumbar yang dah ramai orang cuba ni. Bagaimana agaknya rasanya?

Mungkin ada lagi yang belum pernah dengar tentang masakan ni. Tapi pernahlah viral dulu sebab resepi ni asalnya dari Permaisuri Agong. Cuma masakan yang diperkenalkannya ialah daging masak ketumbar. Kali ni jom cuba masak dengan ayam pula yang ada ramai peminat.

Anak-anak pun lagi gemarkan ayam. Masakan ni yang buatkan sedap tu ialah kepelbagaian bahan-bahan rempah yang ditumis di awal masakan. Fuhh, memang harum semerbak jadinya bila bahan tumis terus dijadikan kuah seladak.

Kalau makan dengan nasi, nikmat betul rasanya. Ada rasa pedas-pedas bahang, wangi dan sedap. Yelah, selama ni kalau masakan ayam je, asyik ulang-ulang menu ayam sambal, ayam kicap, gulai ayam dan sebagainya.

Sesekali nak rasa kelainan dengan menu yang jarang dibuat ni apa salahnya. Resepi ayam masak ketumbar ni ada dikongsikan oleh Nurul Ateekah. Tidaklah sukar mana. Yang penting kena cukup bahan rempah supaya berasa.

 

RESEPI AYAM MASAK KETUMBAR

Cara hidangan masakan ni sebenarnya terpulang pada selera anda. Kalau anda suka yang berkuah,masa di hujung-hujung masakan nanti tak perlu renehkannya begitu lama sampai kering pula kuah tu. Begitu jugalah sebaliknya.

Bahan-bahannya:
  • Ayam 1 ekor (dipotong)
  • Serai 2 batang (dikatok)
  • 5 batang cili padi merah (dikatok)
  • 5 batang cili padi hijau (dikatok)
  • Daun salam 2 helai
  • Asam keping 2 keping
  • Gula merah 1 sudu makan
  • Air putih 1 cawan
  • Kentang 1 biji (dibuang kulit dan dibelah)
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Air secukupnya
  • Minyak masak untuk menumis
Bahan kisar halus:
  • Bawang besar 2 biji
  • Buah keras 5 biji
  • Bawang putih 5 ulas
  • Ketumbar 2 sudu makan
  • Jintan manis 1 sudu kecil
  • Jintan putih 1 sudu kecil
  • Kunyit hidup 2 cm

Cara masak ayam masak ketumbar:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Kemudian masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.

▶️ Lepas tu masukkan ayam, kentang, serai, cili padi, asam keping dan daun salam.

▶️ Gaul sekata, kemudian masukkan air.

▶️ Terus renehkan kuah sampai ayam masak dan empuk. Kuah pun nanti akan jadi kering sedikit.

▶️ Bergantung juga pada anda. Kalau nak kuah lebih, janganlah renehkan terlalu lama.

▶️ Dan akhir sekali masukkan gula melaka, serbuk perasa dan juga garam secukupnya.

▶️ Dah siap boleh padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Madu Merah Menyala. Sedap Makan Dengan Nasi Putih Atau Berperisa.

 

Nikmat betul rasanya kalau makan lauk ni dengan nasi putih panas. Makan lauk ni je tanpa ada lauk lain dah mencukupi.

Kalau nak ada tambahan-tambahan sikit juga, bolehlah makan dengan ulaman apa yang ada seperti timun, salad dan sebagainya.

Kalau nak cuba kelainan sikit dalam menu masakan ayam, bolehlah cuba resepi ayam masak ketumbar ni. Hidangkan untuk suami. Pasti suami puji. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.