pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Cucur Jawa Atau Kuih Penyaram. Lembut Sedap. Senang Je, Guna Sukatan Cawan.

0 28,607

Rindunya nak sarapan atau minum petang kuih cucur jawa ni. Sebut kuih penyaram kadang-kadang ada yang tak kenal, lagi-lagi budak zaman sekarang. Tapi kalau selalu senang nak ingat orang panggil cucur jawa. Cara buat cucur jawa ni senang je. Rasanya pun lembut dan sedap.

Kalau makan sebiji, mesti nak makan lagi, dan lagi. Jenis yang makan tak boleh berhenti. Sebab kuih ni rasa lemal-lemak manis, lembik dan sedap bila dikunyah. Tesktur dan warna pun cantik sebab kuih ni jenis berminyak.

Berminyak itulah buatkan sedap dan tergoda tu. Nak buat kuih ni tak boleh waktu sarapan pagi anda nak makan, pagi ni juga nak bancuh adunannya. Seleoknya bancuh malam sebelum tu dan perap semalaman.

Peram tak perlu simpan dalam peti ais. Perap kat luar pun tak apa. Besoknya tinggal nak panaskan minyak dan goreng je.

Nak goreng pun ada caranya. Sebab tengoklah bentuk kuih ni. Kalau tak ikut cara, susah nak dapat bentuk yang diinginkan. Jom lihat cara buat kuih jawa yang dikongsikan oleh Cik Pooja ni.

 

RESEPI CUCUR JAWA ATAU KUIH PENYARAM

Pertama sekali anda perlu tahu yang cucur jawa ni perlu gunakan tepung yang betul iaitu tepung beras cap gajah 3 atau 5. Kalau guna yang lain susah nak menjadi.

Bahan-bahannya:
  • 2 cawan tepung beras (ap Gajah 3 atau 5. Jangan pakai brand lain)
  • 2 cawan tepung gandum (cap Sauh. Kalau guna cap lain boleh juga, cuma cap Sauh ni lebih lembut kejadiannya)
  • ½ cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil garam (pakai sudu KFC yang kecil putih tu)
  • 2 ¼ cawan air (mula-mula pakai 2 cawan, kalau rasa pekat, tambah lagi suku. Tapi sikit-sikit sambil bancuhkannya)
Cara bancuhan cucur jawa:

▶️ Mula-mula masukkan air, gula merah, gula putih dan garam dalam periuk/kuali.

▶️ Tenggekkan atas dapur dan kacau sampai gula hancur dan sebati dengan sempurna.

▶️ Jangan bagi air gula ni mendidih. Kacau atas api hanya cukup sekadar untuk larutkan gula. Dah larut je, boleh padamkan api.

▶️ Lepas tu tapiskan.

▶️ Sediakan mangkuk yang sesuai dan satukan tepung gandum dan tepung beras.

▶️ Kemudian tuangkan air gula ke dalamnya sambil kacau adunan sampailah sebati dan tepung tak berketul.

▶️ Pastikan adunan betul-betul tak berketul seperti dalam gambar.

▶️ Dah siap bancuh adunan, peram selamaman atau selama 7-8 jam. Tak perlu letak dalam peti ais.

▶️ Dah peram, boleh sedia digoreng.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan adunan. Dan goreng dalam api kecil.

▶️ Tips dari resepi ni, gunakan kuali yang berat. Kalau guna kuali ringan masih menjadi cuma bila pakai kuali berat akan lebih cantik kejadiannya.

▶️ Bila minyak dah betul-betul panas, tuangkan adunan dari cawan (lebih mudah). Tuang cara menegak di tengah-tengah kuali.

▶️ Biarkan kuih timbul-timbul urat, dan di tengah-tengah timbul lava. Kalau ada lava di tengah ni maksudnya kuih elok menjadi.

▶️ Bila dah cantik macam ni, boleh terbalikkan.

▶️ Ini hasil kuih yang digoreng cantik.

▶️ Dah masak warna coklat keperangan kedua-dua belah, bolehlah angkat. Toskan.

▶️ Sedia untuk dihidang.

 

BACA JUGA: Kuih Bom Lembut Gebu, Hanya 4 Bahan. Comel Bulat-Bulat. Senang Je Rupanya.

 

Hmm, tengok pun dah terliur kan. Dah terasa kat tekak. Mudah je sebenarnya nak buat kuih ni. Bancuhkan je adunan lepas tu peram. Lepas tu nak goreng pun tak susah.

Kuih ni sedap jadi kudapan santai atau minum petang macam cucur tu. Lembut dan yang penting rasa lemak manis. Kuih-kuih macam ni bukan orang tua je suka, anak-anak pun gemarkannya.

Lepas ni nak buat minum petang boleh buat kuih ni pula. Cara buat cucur jawa ni semudah bancuh cucur biasa. Cuma cara gorengan je lah lain. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.