Warning: fopen(/tmp/e1aa9702d80442e9b1dda0bd7c666371-m7GS0p.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/e1aa9702d80442e9b1dda0bd7c666371-m7GS0p.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Ikan Bakar Air Asam Sedap Dan Padu. Boleh Simpan Stok Air Asam Dalam Peti Ais.

0 2,532

Buat ikan bakar dan ais asam ni sebenarnya senang je. Bahan sangat ringkas tapi rasa cukup power. Banyak dah jumpa resepi air asam yang sedap, dan resepi dari Cikgu Afy Al Habibi ni antara yang marvelous yang boleh anda cuba.

Bolehlah kalau nak buat lebih dan simpan stok dalam peti ais. Nak makan dengan ikan bakar, daging bakar, sotong bakar dan apa sahaja, semuanya boleh. Kalau anda jenis hantu makan kuah air asam dengan ikan ni, memang tak kan pandang lauk lain dah kan?

Cukup sekadar nasi panas, ikan bakar seekor dan air asam. Selain cicah, duk curah air asam atas ikan pun tak ada hal. Kalau anda sedang berdiet pun sesuai juga buat menu ni.

Sebab ikan hanya dibakar tanpa minyak, air asam sebagai peneman untuk rasa sedap dan tak cepat muak. Cukup pula rasa pedas masamnya. Memang nikmat rasanya.

Tapi kalau dah berdiet tu jangan tambah nasi pula. Dah jumpa hidangan sedap macam ni, takut hilang terus diet. Yang tak berdiet tu pula, silap-silap makan nasi bertambah. Betul tak?

 

RESEPI IKAN BAKAR AIR ASAM

Ikan bakar ni bahan-bahannya juga istimewa. Bakar dengan bahan yang cukup rasa wangi dan pedas. Isi ikan nanti lebih sedap bila dicicah dengan air asam. Untuk resepi ni beliau tunjukkan hidangan untuk ikan cencaru bakar.

Bahan-bahan ikan bakar yang diperlukan:
  • Ikan cencaru
  • 1 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • ½ inci belacan
  • 2 sudu besar cili kering kisar
  • ½ inci kunyit hidup
  • 3 hiris serai
  • Sedikit garam dan gula
Cara buat ikan bakar:

▶️ Siang dan cuci bersih ikan.

▶️ Kemudian belah belakang kedua-dua belah ikan.

▶️ Tumbukkan kesemua bahan-bahan tadi.

▶️ Dan sumbatkan bahan tumbuk dalam belakang ikan yang telah dibelah tadi.

▶️ Perap sekejap dan bakar sehingga masak.

▶️ Kalau buat dengan ikan pari, bakar tanpa garam.

Bahan-bahan untuk air asam:
Bahan kisar:
  • 2 ulas bawang putih (dibakar)
  • 2 biji bawang merah (dibakar)
  • Belacan sikit (dibakar)
  • 3 tangkai cili padi hijau (letak lebih kalau nak pedas)
  • 3 tangkai cili padi merah (letak lebih kalau nak pedas)
  • 2 biji limau kasturi (buang biji dan nanti kisar bersama kulitnya)
  • ½ gelas air asam jawa (2 cubit kecil asam jawa campur dengan ½ gelas air)
  • ¾ sudu besar garam bukit (sukatan menggunung)
  • 3 sudu besar gula (sukatan menggunung)

Bahan hiris:
  • 1 tangkai cili padi hijau (hiris)
  • 2 tangkai cili padi merah (hiris)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • ½ biji bawang holland
  • ½ biji bawang besar Bombay
  • 2 biji asam limau kasturi

Cara membuat air asam:

▶️ Masukkan kesemua bahan-bahan yang perlu dikisar ke dalam blender.

▶️ Kemudian kisar sehingga lumat dan sebati.

▶️ Masukkan dalam mangkuk, dan tambahkan bahan hiris.

▶️ Gaul sekata.

▶️ Sedia untuk dihidangkan dengan ikan bakar.

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Bakar Petai Sedap Macam Kat Kedai. Buat Stok Sambal Rencahnya, Boleh Makan Berkali-Kali!

 

Selain makan dengan air asam ni, boleh juga kalau anda nak hidangkan dengan versi kedua. Caranya, ambil 2 sudu besar air asam ni, campurkan dengan sambal kicap. Lepas tu perahkan lagi asam limau kasturi. Pun padu juga rasanya.

Ada lah sikit pelbagai cara hidangan boleh dibuat untuk membukakan lagi selera. Selalu sangat dah makan gulai, kari, sambal kan? Kali ni makan ikan bakar dan air asam pula buat makan tengah hari.

Nak lengkap lagi, hidangkanlah dengan ulaman yang anda suka. Serius makan ikan bakar dengan air asam ni buatkan anda tak pandang lauk lain dah. Boleh putus selera kalau makan campur-campur. Tak percaya nanti cubalah.

Leave A Reply

Your email address will not be published.