Kalau dapat buat kek yang simple-simple tapi rasa cukup sedap, mesti buat hari ni tak tunggu esok dah habis. Kek butter ni antara kek yang paling senang nak buat tapi rasanya sedap, wangi dan gebu. Kalau anda perasan kek butter dulu-dulu lain sikit teksturnya dengan kek butter sekarang ni.
Kalau sekarang ni makan kek butter versi orang lama mesti menggamit nostalgia. Teksturnya lebih moist atau sedikit lembab berbanding kek yang selalu dibuat sekarang ni. Namun rasanya masih gebu. Kek butter ni selalu kalau musim raya mesti ramai buat sebagai pemanis mulut di pagi raya.
Tapi sekarang ni buat saja-saja pun boleh jadi makanan santai di rumah. Sebab bahan dan cara nak buatnya ringkas dan mudah je. Bahan butter tu sendiri buatkan sedap dan wangi untuk dinikmati.
Masa membakar kek je pun dah menusuk harumannya. Biasanya orang panggil kek butter ni kek marble juga. Sebab selalu dibuat corak marble. Paling kurang ada dua atau tiga warna yang pelbagai.
Sebab tu cantik hidangannya walaupun kek ni simple. Letaklah warna apa sahaja yang anda gemari. Jom lihat cara buat kek butter orang lama perkongsian dari Noratiqah Nordin ni.
RESEPI KEK BUTTER
Musim-musim cuti sekolah dan perayaan ni bolehlah buat untuk jadikan pemanis mulut anda di rumah. Kek butter ni mudah tahan kalau disimpan dalam bekas bertutup.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 2 cawan margerin (lebih sedap kalau gunakan Pelangi)
- 1 ½ cawan gula kastor
- 4 biji telur
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu kecil butter oil (optional)
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 2 cawan tepung gandum
Cara buat kek butter orang lama:
▶️ Masukkan marjerin dalam mixer.
▶️ Kalau anda nak gunakan butter pun boleh juga. Terpulang.
▶️ Kemudian masukkan gula kastor.
▶️ Putar sehingga kembang.
▶️ Ini hasil marjerin dan gula dipukul sehingga kembang.
▶️ Kemudian masukkan telur satu persatu.
▶️ Masukkan juga esen vanilla.
▶️ Kalau ada butter oil boleh masukkan untuk naikkan lagi rasa butter. Tapi kalau tak masukkan pun tak apa.
▶️ Putar lagi sampai telur habis.
▶️ Masukkan serbuk penaik.
▶️ Kemudian masukkan tepung gandum.
▶️ Gaulkan tepung bersama adunan sampai sekata. Kalau ada spatula lebih mudah.
▶️ Selepas dah sebati, bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Ikutlah warna apa yang anda suka.
▶️ Panaskan oven siap-siap.
▶️ Sediakan loyang yang dilapik dengan baking paper.
▶️ Masukkan adunan secara selang seli.
▶️ Buat cara macam ni atau ikut kreativiti anda.
▶️ Kemudian bakar dalam oven selama sejam pada suhu 150’c atau ikut oven masing-masing. Gunakan api atas bawah.
▶️ Dah siap boleh sejukkan sekejap.
▶️ Keluarkan kek dari loyang dan sedia untuk dipotong.
BACA JUGA: Cara Buat kek Coklat Cheese Gebu Dan Lembut Guna Sukatan Cawan. Senang Je!
Bagi peminat kek butter tu bolehlah buat kek butter versi orang lama pula lepas ni. Puas hati dengan rasanya yang sedap, gebu dan lembut.
Kalau dapat buat hidangan minum petang bersama teh’o panas lagi bertambah sedap. Selain tu boleh juga hidangkan untuk tetamu.
Apa lagi, masukkan kek butter sedap, wangi dan gebu versi orang lama ni dalam list pemanis mulut yang anda akan buat nanti. Semoga bermanfaat.