Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-tGNKzz.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-tGNKzz.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Mee Kicap Sedap Terangkat. Simple Je Bahan. Lagi Padu Bila Ada Ayam Goreng Perap.

0 10,683

Tengok kuahnya nampak macam mee hailam sebab pekat. Tapi sebenarnya ini ialah mee kicap yang sedap, bikin terliur kalau sekali pandang. Kadang-kadang waktu malam kalau perut lapar dan teringin nak makan mee simple dan sedap, boleh buat mee kicap yang mudah ni.

Tak ada lah selalu nak makan mee segera macam Maggi je kan. Mee kicap ni simple je bahan-bahannya. Tu pun dah cukup beri rasa masin, manis dan pedas-pedas bahang. Mee berkuah macam ni sesuai kalau hidangkan dengan ayam goreng yang diperap macam kat restoran Chinese.

Menurut resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Julieta, gorengan ayam akan lebih sedap kalau digoreng juicy dan tak terlalu garing.

Selain tu, masakan mee kicap ni juga tak perlu bahan tumis atau rempah ratus yang pelbagai. Bawang putih je dah cukup untuk jadikan bahan tumis yang akan mewangikan kuah.

Kalau nak lebih sedap, masak dengan mee wantan atau mee kering. Bila guna mee biasa nanti rasanya mungkin kurang sedap sebab tekstur mee yang mudah kembang.

 

RESEPI MEE KICAP SIMPLE

Mee kicap ni kalau nak buat pekat, sama juga macam mee hailam yang gunakan tepung jagung. Terpulanglah pada anda nak letak berapa banyak tepung jagung ikut tahap kepekatan yang anda suka.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Mee wantan atau mee kering (dried noodles)
  • Bawang putih (tumbuk halus)
  • Lada sulah
  • Sos tiram
  • Minyak bijan
  • Kicap pekat
  • Garam / Gula
  • Tepung jagung
  • Sayur sawi
  • Daun bawang (hiasan)
Bahan perap ayam:
  • Ayam
  • Kicap masin
  • Kicap manis
  • Lada sulah
Cara masak mee kicap:

▶️ Mula-mula celur dulu mee wantan atau mee kering dan juga sayur sawi. Kemudian tos dan ketepikan.

▶️ Perap ayam bersama bahan-bahannya dan ketepikan juga.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih sehingga warna kekuningan.

▶️ Kemudian titiskan sedikit minyak bijan, air, sos tiram, lada sulah dan kicap pekat. Boleh agak-agak kuantitinya dan kacau sebati.

▶️ Perasakan kuah dengan garam, gula dan rencah cukup rasa.

▶️ Akhir sekali masukkan bancuhan air tepung jagung. Boleh agak-agak pekat kuah.

▶️ Kacau dan biarkan kuah mendidih. Boleh padamkan api.

▶️ Ayam yang diperap tadi gorengkan sehingga masak. Tak perlu terlampau garing.

Cara penyediaan mee kicap:

▶️ Masukkan mee yang telah dicelur tadi ke dalam bekas.

▶️ Masukkan sikit kuah dan gaul-gaulkan dengan mee.

▶️ Lepas tu tuang mee ke dalam mangkuk hidangan.

▶️ Hiris nipis ayam yang telah digoreng tadi dan susunkan atas mee bersama dengan sayur yang dicelur.

▶️ Akhir sekali tuangkan kicap.

▶️ Hiaskan dengan sikit daun bawang.

 

BACA JUGA: Resepi Mee Goreng Basah, Campur Seafood Lagi Sedap. Mudah Je Bahannya!

 

Kalau hidangkan macam ni sebiji macam hidangan restoran Chinese. Serius sedap mee kicap ni dengan rasa kuahnya yang pekat.

Ada pula ayam goreng juicy. Kombinasi mee kuah dan ayam macam ni memang kena dengan selera. Pasti suami dan anak-anak makan dan hirup sampai licin.

Kalau muak makan nasi je selalu, lepas ni bolehlah buat mee kicap yang sedap ni pula. Sesuai jadikan hidangan ringan waktu malam. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.