Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Pizza Homemade Paling Senang, 20 Minit Siap. Puas Hati Buat Cheese Tebal!

0 3,132

Sekarang ni kalau teragak pizza, boleh buat pizza homemade di rumah je. Bila beli kat luar ni kena tunggu bajet ada dulu kadang-kadang tu. Maklumlah 1 pizza pun berbelas atau berpuluh juga harganya. Kalau murah pun kecil dan tak cukup pula untuk sekeluarga.

Roti pizza ni dah ada yang jual ready made. Tak perlu susah-susah menguli doh. Nanti kalau uli sendiri takut pula roti tak naik gebu. Sekarang dah macam-macam jenama doh pizza ready made dijual di pasaraya. Pilih yang mana suka je.

Bila buat sendiri ni untung sebab boleh letakkan apa sahaja topping anda suka. Tak kira nak yang simple atau sarat dengan topping. Paling best boleh letak banyak cheese untuk kepuasan sendiri. Itu yang paling sedap sekali kan.

Kalau ikut resepi Cik Puan Sarah ni, ini antara cara buat pizza homemade yang paling hampir dengan bahan-bahan yang selalu ada dalam pizza. Biasanya ada bawang, ayam, hotdog, crab stick, mushroom, lada benggala dan cheese.

Kalau anda nak letakkan bahan lain lagi terpulang. Kadang-kadang ada yang suka ada nenas, tuna dan sebagainya. Memang mudah. Janji kena ada ovenlah. Sebab pizza ni syaratnya bakar.

 

RESEPI PIZZA HOMEMADE

Kalau anda ada air fryer, boleh juga bakar menggunakannya. Janji air fryer tu besar dan muat masukkan roti pizza. Suhu bakar mungkin berlainan sikit berbanding oven. Tapi bolehlah check sepanjang bakar tu.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Doh pizza (beli kt Mydin. Tak perlu guna roti pratha)
  • Crab stick/hot dog/mushroom/cili benggala
  • Ayam kisar
  • Bawang holland
  • Sos kimball tradisional
  • Cheese topping pizza

Cara buat pizza homemade:

▶️ Ini rupa roti pizza tu.

▶️ Teksturnya lembut sebelum dibakar. Jadi perlu berhati-hati keluarkan dari plastik sebab takut terkoyak rotinya. Tapi lepas je bakar, naik gebu dan lembut.

▶️ Sapukan sos Kimball.

▶️ Kemudian susun bahan-bahan yang dah dipotong kecil-kecil.

▶️ Taburkan cheese.

▶️ Pada yang suka, boleh letak banyak-banyak cheese supaya tebal.

▶️ Kemudian bakar pada suhu 200’c selama 20 minit.

▶️ Dah siap, boleh keluarkan dari oven/air fryer.

▶️ Sedia dipotong dan dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Cream Mushroom Soup Macam Kat Pizza. Sedap Makan Dengan Roti Atau Macam Tu Je!

 

Rotinya akan naik gebu dan lembut lepas dibakar. Puas hati makan dengan topping yang tebal dan pelbagai. Makan macam tu je sedap. Nak cicah dengan sos cili pun enak.

Kalau tengah bakar tu, pastikan jangan lama atau terlajak bakar sebab takut cengkut dan hangit. Pizza ni kalau terlebih garing pun rotinya jadi keras terutama di bahagian hujung. Boleh potong selera bila makan.

Lepas ni kalau teragak pizza tak payah order lagi dah. Boleh terus buat pizza homemade sendiri. Lagi pun puas hati letakkan topping yang digemari. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.