Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Masak Ingkung Jawa Sedap Dan Menyelerakan. Ayam Lebih Lembut Dan Juicy.

0 868

Pernah makan tak ayam masak ingkung ni? Masakan ni terkenal dalam masyarakat jawa. Bagi yang pernah cuba resepi ayam ingkung jawa ni tahulah macam mana rasanya. Makanan yang cukup dengan rasa berlemak dan wangi dengan bahan rempah dan sebagainya.

Makanan tradisi jawa ni selalunya ayamnya dimasak seekor-seekor macam tu. Jarang masak ayam dipotong-potong. Cara macam ni membolehkan daging ayam rasa lebih berjus dan lembut. Nak masaknya mudah je. Hanya masak seperti biasa atas kuali. Tak ada proses bakar pun.

Agak unik kan resepi ni. Tapi rasanya sedap sebab kaya dengan bahan. Kiranya kalau buat masakan ingkung jawa ni jangan kedekut bahan. Nanti rasa dia lari dari resepi asal.

Masakan ni tak berkuah, tapi lebih kepada seladak yang menyeliputi ayam seakan-akan rendang. Seladak tu yang sedap bila gaul dengan nasi sebab cukup dengan rasa lemak, masin, manis dan wangi.

Bila tengok gambar masakannya, serius boleh buat anda terliur. Kalau anda nak cuba, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Azlan Syazani Adanan ni.

 

RESEPI AYAM INGKUNG JAWA

Masakan ni antara yang paling menyelerakan dalam kebanyakan resepi masakan jawa. Selalunya dihidangkan untuk tetamu atau kenduri kesyukuran. Hidangkan bersama nasi putih atau nasi ambeng.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Ayam 1 ekor tanpa potong (dicuci bersih, lumur dengan limau nipis lepas tu cuci semula dan ikat kaki serta bahagian dada. Ikat guna daun pandan)
  • 3 biji cili besar*
  • 8 biji bawang merah*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 4 inci kunyit hidup*
  • 4-5 biji cili padi* (kalau suka pedas)
  • 6 biji buah keras* (sangai dulu)
  • 3 inci kencur @ cekur*
  • 4 inci lengkuas (diketuk)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • ½ sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam (lada hitam biji diblend sekali dengan bahan lain)
  • 6 helai daun salam
  • 6 helai daun limau purut
  • 1 paket santan pekat (guna santan segar)
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • Gula pasir (sedikit je)
  • Asam jawa
  • Minyak masak

Cara masak ayam ingkung jawa:

▶️ Mula-mula kisar kesemua bahan bertanda *. Masukkan sikit air dan minyak, lepas tu kisar sehingga halus.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian masukkan serai dan lengkuas. Tumis sampai naik bau.

▶️ Lepas tu masukkan bahan yang telah dikisar tadi, serbuk ketumbar dan serbuk lada hitam. Tumis lagi sampai naik bau.

▶️ Masukkan ayam. Lepas tu lumurkan bahan yang telah ditumis tadi di serata ayam.

▶️ Masukkan juga rempah tumisan sikit ke dalam perut ayam.

▶️ Kemudian masukkan santan dan air sehingga paras separuh ayam. Biarkan mendidih sekejap.

▶️ Seterusnya masukkan daun salam dan daun limau purut.

▶️ Perasakan dengan garam, air awam jawa, gula sikit dan sedikit serbuk perasa.

▶️ Terus renehkan kuah dengan api sederhana sampai jadi pekat. Boleh tutupkan kuali dengan penutupnya.

▶️ Sesekali balik-balikkan ayam supaya masak sekata. Tempoh reneh lebih kurang dalam 40 minit.

 

BACA JUGA: Resepi Sambal Goreng Jawa Yang Sedap, Kering Dan Padu Rasanya! Siap Boleh Meratah.

 

▶️ Dah siap, boleh padamkan api.

Serius padu rasa ayam ni. Hidangan ayam seekor macam ni memang unik. Selalunya kalau masak seekor macam ni bila kita buat ayam bakar je kan.

Sesekali kalau anda nak rasa kelainan sikit bolehlah cuba. Memang tak rugi sebab rasanya sedap dan lebih juicy.

Lepas ni jangan pelik pula tengok masakan ayam seekor yang banyak selupat macam rendang ni. Tahulah anda nanti yang ini ialah resepi ayam ingkung jawa. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.