pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Daging Masak Hitam 6 Bahan. Rasa Macam Daging Masak Pengantin, Seriup Padu!

0 2,128

Jarang nampak masakan daging yang simple macam ni jadi kegilaan ramai kan? Selalunya daging berempah lah, daging masak merah ala Thai lah. Tapi resepi daging masak hitam 6 bahan yang dikongsikan oleh Syarah Amanina ni dah jadi menu wajib sekeluarga.

Katanya ini resepi kenduri lauk pengantin yang menjadi kegemaran. Simple je bahannya tapi padu. Kadang-kadang masakan simple macam ni lagi kena dengan selera. Sebab ada masa muak juga makan lauk yang banyak sangat rempah atau perasa.

Untuk resepi yang sama, anda juga boleh buat kambing masak hitam. Jadi, lepas ni kalau ada daging kambing, boleh cuba resepi ni juga. Syaratnya perlu perap dulu dengan cili boh dan kicap manis.

Cili boh dan kicap manis ini je yang menjadi bahan perasa untuk masak hitam ni. Selebihnya ialah bahan tumis. Mudah je kan. Tapi rasanya masih sedap dan cukup berasa.

Kalau dah ada lauk ni, tak ada lauk lain lagi pun dah memadai. Paling tidak pun kalau nak ada tambahan lauk boleh hidangkan sekali dengan ulaman atau ikan bilis garing sebagai pelengkap.

 

RESEPI DAGING MASAK HITAM 6 BAHAN

Kalau tak ada hidangan lain nanti, boleh je kalau nak masukkan ubi kentang dalam masakan. Lagi sedap. Masakan hitam ni lagi cantik kalau anda masukkan sekali kicap pekat semasa perapan tu. Ikut citarasa masing-masing.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Daging dipotong kecil
  • Cili boh 2 sudu
  • Kicap manis (banyak pun tak apa. Boleh tambah kicap pekat kalau nak hitam lagi)

Bahan tumis:
  • Bawang merah 2 biji
  • Bawang putih 1 ulas
  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Garam, gula, serbuk black pepper
Cara buat daging masak hitam:

▶️ Mula-mula cuci bersih daging dan potong kecil-kecil.

▶️ Masukkan dalam mangkuk, dan tuangkan kicap manis dan juga cili boh.

▶️ Gaul sebati dan perap selama 1 jam. Paling sekejap 30 minit, tapi lagi lama lagi sedap.

▶️ Kisar bawang merah dan bawang putih.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis.

▶️ Lepas tu masukkan bawang kisar tadi. Tumis sampai naik bau wangi dan warna keperangan.

▶️ Kemudian tuang daging perap tadi. Kacau sebati.

▶️ Tak perlu masukkan air sebab air perapan dan air bawang masa kisar tadi boleh empukkan daging. Lagi pun daging ni nak dimasak tak berkuah sangat.

▶️ Kacau sebati dan perlahankan api. Kacau-kacau supaya masak sekata.

▶️ Dalam masa yang sama, bagi yang nak masukkan ubi kentang, boleh masukkan sekarang. Biarkan masak dan empuk.

▶️ Bila kuah dah agak nak kering, perasakan dengan secubit garam, sesudu gula dan juga ½ sudu serbuk black pepper. Gaul sebati.

▶️ Tutup kuali dengan tudung periuk untuk bagi kering lagi.

▶️ Kalau nak berkuah sikit, tak perlu biarkan lama-lama sampai kering.

▶️ Dah siap, boleh padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Jom Buat Daging Perap Perisa Kopi Macam Seoul Garden. Guna Daging Pejal Memang Padu.

 

Hidangkan dengan nasi panas memang mengancam. Daging masak hitam ni sedap kalau ada ecak-ecak kuah sikit. Barulah berasa bila gaul dengan nasi.

Kalau nak rasa pedas-pedas sikit, taburkanlah cili padi dalam kuah nanti. Tapi jangan ketuk cili tu beriya. Nanti lari pula rasa masak hitam tu. Lagi baik kalau tak ketuk. Nak makan baru gigit.

Bila nak buat resepi daging masak hitam 6 bahan ni tak rasa leceh sebab senang sangat bahannya. Bahan yang memang selalu ada di dapur. Bolehlah nanti masak buat hidangan keluarga. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.