Segalanya Tentang Makan..

Resepi Cream Mushroom Soup Macam Kat Pizza. Sedap Makan Dengan Roti Atau Macam Tu Je!

0 23,255

Pernah tak bila makan mushroom soup kat pizza hut rasa macam teruja sebab sedap sangat sup tu kat tekak. Mula terfikir macam mana nak buat mushroom soup macam tu? Dapat cicah dengan garlic bread, memang bertambah berselera dibuatnya.

Ini bukan mushroom soup biasa tau. Ini yang creamy, berlemak dan berwarna putih tu. Makan panas-panas waktu minum petang atau supper memang layan. Yang paling bestnya bila buat versi homemade ni ialah boleh buat ikut selera nak lebih kurang part mana.

Dan boleh buat terus banyak-banyak dan frozenkan. Memang puas boleh makan berulang kali. Tiap kali nak makan je boleh panaskan. Kalau nak buat hidangan santai untuk anak-anak pun mudah sangat. Bahan-bahan yang digunakan simple je.

Resepi cream mushroom soup ni dikongsikan oleh Norlaila Dlaila. Nampak sangat berselera bila tengok bahan-bahan yang digunakan. Tambahan lagi, step untuk penyediaannya mudah untuk difahami dan diikuti.

Kalau anda nak gantikan cendawan dengan bahan lain pun tak apa mengikut citarasa anda. Mungkin teringin nak buat perasa lain kan, contohnya carrot, asparagus, brokoli, kentang, ayam dan sebagainya.

 

RESEPI CREAM MUSHROOM SOUP

Untuk resepi ni, sukatan bahan-bahan anda boleh agak sendiri mengikut berapa banyak mushroom soup yang nak dibuat. Di sini hanya senaraikan bahan-bahan yang perlu ada dalam masakan. Nanti boleh rasa dan adjust sendiri.

Sumber gambar dari: Kelas Masakan Anna
Bahan-bahan:
  • Candawan tiram
  • Candawan shitake/butang (sebaiknya cendawan butang biasa sebab sedap, berbanding di dalam tin)
  • Susu segar (apa-apa brand pun tak apa)
  • Susu cair (terpulang nak letak ke tak, tapi kalau letak lagi berkrim)
  • Butter
  • Isi ayam (dipotong kecil-kecil)
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Tepung gandum
  • Garam, gula dan lada hitam secukup rasa

Cara buat cream mushroom soup:

▶️ Mula-mula rebus isi ayam dalam periuk.

▶️ Dan sementara tunggu ayam direbus, panaskan kuali dan masukkan butter. Biarkan mencair.

▶️ Kemudian masukkan bawang holland dan bawang putih dan kacau sebati. Tumis sehingga bawang layu.

▶️ Seterusnya masukkan cendawan tiram dan cendawan shitake. Dan masakkan ia sehingga layu.

▶️ Selepas tu masukkan tepung gandum dan kacau sehingga sebati.

▶️ Ayam yang dah direbus tu dimasukkan ke dalam kuali. Dan tuangkan sekali air rebusan ayam tu.

▶️ Kacau kesemuanya sehingga sebati.

▶️ Padamkan api, dan masukkan ke dalam blender untuk dikisar.

▶️ Kisar sehingga halus dan kemudian masukkan ke dalam periuk.

▶️ Masukkan susu segar.

▶️ Juga masukkan susu cair.

▶️ Dalam masa yang sama, tambahkan sikit air panas. Boleh adjust kepekatan sup waktu ni.

▶️ Kemudian nyalakan api dapur, dan masukkan garam, gula dan lada hitam secukup rasa.

▶️ Kacau sebati. Dan bila dah sekata boleh padamkan api.

▶️ Dah siap dan sedia untuk dihidangkan.

Kalau nak simpan dalam peti sejuk untuk forzenkan pun boleh. Masuk dalam bekas bertutup dan simpan. Nanti nak makan boleh dipanaskan semula. Rasanya masih sedap dan fresh.

 

BACA JUGA: Cara Buat Roti Manis Persis Kedai Bakeri. Follow Resepi Ni Roti Jadi Lembut Je!

 

Kalau makan dengan bread garlic dan roti putih biasa sahaja pun dah sedap. Ada sesetengah orang tu masukkan cendawan butang yang dipotong kecil di hujung-hujung masakan sebab nak rasa gigit cendawan masa menghirup. Lagi sedap rasanya.

Kalau makan cream mushroom soup ni seeloknya makan waktu panas-panas. Lagi nikmat berbanding makan sup berkrim yang dah sejuk. Kadang-kadang kalau makan yang dah sejuk kita cepat muak.

Jadi, pada sesiapa nak mencuba resepi cream mushroom soup, ikutlah resepi ni. Mudah sangat dan dijamin sedap. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.