Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Puding Kastard Jagung Paling Simple Sekali. Hanya Gunakan 5 Bahan Mudah Je!

0 12,215

Duduk-duduk rumah tu kadang-kadang mulalah fikir nak buat dessert apa. Nak buat dessert sedap-sedap ni kadang-kadang malas sebab fikirkan selalunya perlukan step yang banyak. Tak perlu pening-pening. Jom ikut cara Noor Lela Abdul Samad ni buat puding kastard jagung specialnya.

Ni antara resepi puding yang paling simple untuk disediakan tapi rasanya sangat sedap dan menggiurkan. Bagi peminat-peminat jagung, wajib try pemanis mulut ni. Kalau anda makannya sejuk-sejuk memang cepat je makan sampai licin.

Rasa puding kastard jagung ni ada rasa manis-manis dan juga berlemak sebab menggunakan santan sebagai bahan utama. Lebih sedap kalau jagungnya tu anda masukkan lebih sebab manis jagung ni lagi sedap dan wangi.

Yang lagi mantapnya tu ialah teksturnya yang lembut-lembut kenyal. Anda akan dapat rasa puding sedap macam ni sebab adunan bahannya dimasak sehingga pekat dan melikat.

Bila disejukkan tu buatkan tak sabar nak makan. Step untuk buat puding ni tak banyak pun dan sangat mudah. Kejap je dah siap. Jom lihat cara penyediaannya.

 

RESEPI PUDING KASTARD JAGUNG SIMPLE DAN SEDAP

Puding kastard ni memang sedap bila ada rasa berlemak. Sebab tu dimasukkan santan. Tapi selain santan, sebenarnya boleh juga kalau nak gantikannya dengan susu pekat. Rasanya masih sedap dan lemak manis.

Cuma kalau masukkan susu pekat, bahannya perlu diubah suai sedikit. Gula tak perlu dimasukkan lagi bila gunakan susu pekat ni. Boleh ikut cara mana satu yang diinginkan mengikut selera anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tepung kastard 1 cawan
  • Jagung manis 1 tin
  • Gula pasir ¾ cawan (boleh adjust kuantitinya kalau nak kurang atau lebih manis)
  • Air 3 cawan
  • Santan 1 kotak kecil (kalau gantikannya dengan susu pekat, tak perlu masukkan lagi gula)
  • Garam ½ sudu teh

Cara buat puding kastard jagung:

▶️ Masukkan kesemua bahan-bahan ni ke dalam periuk.

▶️ Kemudian tenggekkan atas dapur.

▶️ Buka api yang kecil, dan kacau sebati kesemua bahan.

▶️ Teruskan kacau adunan ni tanpa henti sehingga dapat hasil pekat dan berkilat.

▶️ Kemudian boleh tutup api.

▶️ Cedukkan adunan ni ke dalam bekas. Kemudian biarkan sejuk.

▶️ Masukkan ke dalam peti sejuk sebelum dijamah.

 

BACA JUGA: Puding Roti Perisa Coklat Terlajak Sedap. Dengan Sos Lemak Berkrim. Sekali Makan Confirm Repeat!

 

Mudah je kan. Tak sampai 15 minit dah siap. Pemanis mulut puding kastard jagung ni memang sesuai kalau nak buat dessert simple untuk anak-anak. Kalau musim-musim panas, eloklah buat stok dan simpan dalam peti sejuk.

Bila makan benda-benda sejuk dan manis seperti jeli ni memang puas dan melegakan tekak. Boleh buat makan-makan santai kat rumah. Malah kalau nak buat dessert untuk tetamu pun boleh juga. Nanti jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.