Segalanya Tentang Makan..

Bebola Kentang Cheese, Hanya 6 Bahan. Rangup Dan Cair Di Mulut. Anak-Anak Mesti Suka!

0 2,016

Makanan kudap-kudap bergoreng macam inilah buatkan anak-anak makan lebih sepinggan. Dengan gorengan rangup dan inti cheese leleh, makan sebiji dua memang boleh buatkan kita craving lagi lepas tu. Bebola kentang cheese ni salah satu makanan ringan ibu-ibu boleh sediakan untuk anak-anak.

Bila sedap macam ni, bukan anak-anak je suka, orang dewasa sekali pun layan sama. Cicah pula dengan sos cili pedas. Nak buatnya mudah je. Hanya guna 6 bahan, lepas tu buat bentuk bebola, dah boleh goreng. Rangup krup krap kulit luarnya, tapi dalam lembut dan leleh.

Bebola kentang cheese ni ada ke jual kat mana-mana? Kalau ada pun mungkin mahal sebab ada letakkan cheese. Buat sendiri ni berbaloi sebab boleh buat sekali banyak dan tentukan berapa banyak cheese nak letak.

Kalau suka, boleh letakkan apa-apa sahaja bahan lain yang anda suka. Resepi yang dikongsikan oleh Fia Sofea ni antara yang mudah dan ringkas je iaitu ubi kentang dan perasa lain.

Kalau suka, boleh je anda nak letakkan bahan lain seperti daun bawang, cili merah, lada hitam dan sebagainya. Ikut sukalah asalkan kanak-kanak dan dewasa boleh makan sama.

 

RESEPI BEBOLA KENTANG CHEESE

Kalau nak sedap sebenarnya jangan kedekut sangat cheese. Nanti tak dapat hasil cheese leleh seperti dalam resepi ni.  Gunakan mozzarella cheese yang mudah dipotong dadu dan masukkannya dalam kentang sebagai ‘inti’.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 6 biji ubi kentang
  • 2 sudu gula
  • 1 sudu kecil Maggi cukup rasa
  • Mozarella cheese (potong dadu)
  • 2 biji telur
  • Tepung roti
Cara buat bebola kentang cheese:

▶️ Mula-mula rebus dulu ubi kentang sehingga empuk.

▶️ Kemudian lenyek sehingga halus lumat.

▶️ Masukkan bahan perasa dan gula. Lenyek dan gaulkan sekali.

▶️ Bentukkan ubi kentang membulat ikut saiz anda suka. Kemudian leperkan dengan tangan.

▶️ Isikan cheese yang dipotong dadu dan tutup kentang jadikan bulat semula.

▶️ Pecahkan telur dalam mangkuk dan pukul.

▶️ Kemudian celupkan bebola dalam telur dan salutkan pada tepung roti pula. Ulang lagi sekali langkah ni supaya lapisan lebih tebal dan kentang tak mudah pecah semasa menggoreng.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Bila minyak dah betul-betul panas, masukkan bebola dan goreng sehingga rangup keperangan.

▶️ Goreng guna api sederhana je.

▶️ Angkat dan toskan.

 

BACA JUGA: Karipap inti cendawan cheese Sedap Bak Kayangan. Cuba Dulu, Mesti Tak Cukup Sepinggan!

 

Hidangkan dengan sos cili pedas. Rangup krup krap buatkan asyik bila makan. Kalau makan lepas goreng kena hati-hati sebab cheese leleh dan kentang masih panas lagi.

Kalau anak-anak sekolah nanti, boleh jadikan idea bekalan mereka ke sekolah. Nak buatnya mudah. Nak bekalkan pun senang juga sebab dalam bentuk bebola.

Puas hati makan bebola kentang cheese ni jadikan kudapan santai-santai kat rumah ataupun menu petang. Sesekali selera ala western bercheese bagai ni apa salahnya. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.