Segalanya Tentang Makan..

Karipap Inti Cendawan Cheese Sedap Bak Kayangan. Cuba Dulu, Mesti Tak Cukup Sepinggan!

0 7,477

Selalunya kalau beli karipap kat laur sana, adakalanya dapat inti oksigen. Kadang-kadang intinya adalah dalam hujung sudu je. Macam mana nak puas makan kan? Dah alang-alang duduk rumah ni, jomlah kita buat karipap inti cendawan cheese yang sedap bak kayangan ni.

Buat terus inti yang mewah dan padu ni. Ada kelainan sikit dari karipap biasa kita makan. Untuk pengetahuan anda, karipap inti cendawan cheese yang dikongsikan oleh Bella Nabila ni ialah resepi karipapnya yang dibuat berniaga.

Tiap kali pelanggan rasa, tak henti-henti puji dan laku keras setiap hari. Bermaksud karipap ni memang begitu sedap dan kena dengan tekak kita. Rugi kalau tak cuba!

Dengan bahan dan ramuannya yang pelbagai termasuklah cendawan, isi ayam dan cheese, tak terkejut kalau karipap ni dijual lebih RM1. Barulah rasa berbaloi kan.

Nak buat kulit karipap ni macam biasalah bahan-bahannya. Sama macam buat kulit karipap biasa juga. Cuma kali ni dibuat bentuk membulat dan lain dari yang lain.

 

RESEPI KARIPAP INTI CENDAWAN CHEESE

Untuk resepi ni, bahan utama intinya ialah cendawan, isi ayam dan cheese. Tapi ikut juga selera anda. Kalau suka, boleh je tukarkan dengan daging kisar ikut selera masing-masing.

Bahan utama untuk inti:
  • 1 pek cendawan shitake atau cendawan hitam (rendamkan dalam air panas dulu supaya kembang, kemudian potong dadu)
  • 3 biji bawang besar dicincang
  • 3 ketul isi ayam dipotong dadu
  • 1 sudu lada sulah

Bahan krim:
  • 4 slice cheese
  • 1 sudu besar butter/marjerin
  • 1 cawan susu kotak full cream
  • 1 pek instant sup cendawan
  • 1 ketul kiub pati ayam

Cara buat inti cendawan cheese:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Kemudian masukkan bawang besar yang dicincang.

▶️ Tumis sehingga bawang garing.

▶️ Masukkan isi ayam dan kacau sebati.

▶️ Masukkan pula cendawan. Masa ni kecilkan api dan sentiasa kacau.

▶️ Masukkan lada sulah dan kacau sebati.

▶️ Dalam periuk lain, bancuhkan bahan krim cheesenya.

▶️ Mula-mula satukan cheese, butter dan juga susu kotak full cream.

▶️ Kemudian panaskan dengan cara double boil sampai cheese dan butter mencair.

▶️ Masukkan instant sup cendawan.

▶️ Masukkan kiub pati ayam.

▶️ Kemudian gaulkan sebati sehingga pekat.

▶️ Ini hasilnya lepas dah sebati.

▶️ Kemudian masukkan krim cheese ni ke dalam bahan tumisan awal-awal tadi.

▶️ Kacau sampai ianya kering.

▶️ Dah siap inti cendawan cheese. Sekarang jom buat pastry atau kulit karipap pula.

Bahan-bahan pastry/kulit karipap:
  • 4 cawan tepung gandum
  • 4 sudu besar marjerin (2 sudu besar dipanaskan. Pastikan betul-betul panas)
  • 1 cawan air sejuk (yang ini dimasukkan sikit-sikit dalam adunan sehingga jadi doh. Jangan tuang semua)
  • Garam (agak-agak)
Cara buat pastry karipap:

▶️ Masukkan tepung dalam bekas/besen.

▶️ Kemudian masukkan 2 sudu besar marjerin dan garam. Dan gaulkan sehingga sebati.

▶️ Masukkan pula marjerin yang dipanaskan tadi dan gaulkan sebati. Sebabkan marjerin ni betul-betul panas, gaulkan menggunakan senduk.

▶️ Lepas adunan dah sejuk sikit baru boleh gunakan tangan. Gaulkan sampai jadi seakan serbuk roti.

▶️ Masukkan air sejuk sikit demi sedikit.

▶️ Gaul sampai jadi doh.

▶️ Kemudian tutup dengan plastik dan rehatkan dalam 20 minit.

▶️ Selepas dah 20 minit, ambil doh dan canaikan atas papan.

▶️ Kemudian tekap gunakan cawan.

▶️ Bila dah tekapkan dengan cawan, doh akan mengecil dari saiz cawan tadi dan akan jadi tebal sebab ianya elastik.

▶️ Jadi, tekan-tekankan doh supaya melebar dan jadi nipis sedikit. Barulah nanti sedap dan rangup bila digoreng.

▶️ Kemudian masukkan inti.

▶️ Sapukan keliling pastry dengan air masak untuk mudahkan melekat dengan doh lagi satu. Kalau tidak nanti masa menggoreng akan terbuka.

▶️Tekan-tekankan kelilingnya supaya melekat dan bentuk bulat macam dalam gambar. Pastikan tekan sekelilingnya betul-betul sebab nak pastikan tak terbuka nanti.

▶️ Tekankan dengan garfu.

▶️ Tekapkan dengan cawan yang saiznya lebih kecil sikit dari cawan yang mula-mula tadi.

▶️ Jadi hasilnya macam ni.

▶️ Boleh agak-agak nak buat besar mana. Yang ini sebesar tapak tangan.

▶️ Buat sehingga doh habis dan sedia untuk digoreng.

▶️ Kalau nak goreng terus boleh. Atau nak frozenkan pun boleh juga.

 

BACA JUGA: Resepi Karipap Inti Keledek. Sedap Dengan Kulit Yang Rangup Dan Inti Keledek Yang Mampat!

 

Untuk frozenkan, bakar dulu dalam oven selama 15 minit pada suhu 170’c. Bila dibakar dulu, nanti semasa menggoreng tak terlampau banyak serap minyak.

Kalau dapat makan karipap inti cendawan cheese ni, memang tak boleh lupa rasanya. Bila teragak karipap, boleh buat sendiri sekali banyak dan makan dengan puas.

Anak-anak dari tak suka makan karipap boleh cuba bagi mereka makan karipap inti cendawan cheese ni. Selera mereka mungkin lebih kepada inti cheese dari inti kari. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.