Segalanya Tentang Makan..

Resepi Air Asam Cicah Dengan Ikan Bakar Sedap Terangkat. Senang Je. 5 Minit Siap!

0 12,047

Kalau makan ikan bakar tak sah kalau tak ada air asam ni kan. Ada sesetengah orang lagi suka makan dengan sambal kicap pedas. Tapi resepi air asam ni tak kurang juga hebatnya, malah ada yang sukakannya lebih dari kicap pedas sebab rasa masam-masam pedasnya tu.

Baunya tu lebih menyelerakan. Kalau makan air asam gaul dengan ikan dan nasi sekali jalan, sebenarnya lebih menangkap. Siapa pernah cuba tahulah nikmatnya. Air asam ni memang lebih kepada rasa masam. Tapi tak ada lah semata-mata air asam jawa je yang dimasukkan.

Ada juga campuran gula perang dan juga garam untuk seimbangkan rasanya. Itu yang buatkan lebih sedap. Cili padi tu sememangnya wajib untuk rasa pedas. Ikut suka berapa banyak dimasukkan ikut tahap kepedasan yang anda suka.

Nak cicah dengan ikan bakar ke, ayam bakar, atau daging, terpulang pada anda. Tapi selalunya dimakan dengan ikan bakar buat sebagai pencicah atau kuah makan dengan nasi.

Jom lihat perkongsian resepi dari Noratiqah Nordin ni. Mudah je. Bahan sangat ringkas yang memang selalu ada di dapur. Tak perlu masak, tumis atau rebus bagai. Hanya gaulkannya sebati.

 

RESEPI AIR ASAM

Air asam ni bukan je makan dengan ikan bakar, tapi dihidangkan juga dengan nasi daging. Ada juga makan dengan nasi putih biasa atau nasi ulam dan macam-macam lagi. Sebenarnya ikut selera anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 biji tomato
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Cili padi ikut kepedasan
  • 2 sudu besar asam jawa
  • Belacan sedikit
  • 1 ½ sudu besar gula perang (ikut citarasa)
  • ½ sudu kecil garam (ikut rasa)

Cara buat air asam:

▶️ Potong dadu tomato dan racik kesemua bawang merah, bawang putih, cili padi.

▶️ Masukkannya ke dalam mangkuk beserta dengan belacan sekali.

▶️ Kemudian masukkan air asam jawa.

▶️ Masukkan gula perang.

▶️ Masukkan juga garam.

▶️ Lepas tu gaulkannya dengan tangan, barulah puas. Tapi pakailah sarung plastik. Nanti melekat pula bau pada tangan dan takut pedih kalau kena cili.

▶️ Dah siap. Sedia dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Padu Dengan Isi Tersembur. Rasa Pedas, Masam, Manis.

 

Lepas je siap gaul tu, boleh rasa. Kalau ada yang kurang, pandai-pandailah adjust dan seimbangkan rasa masam, manis dan pedasnya.

Biasanya kalau lagi masam lagi sedap. Makan pun tak cepat muak. Buatlah kuah lebih sikit, nanti boleh gaulkan sekali dalam nasi masa makan ikan atau daging tu.

Tapi jangan tak berasa pula pedasnya. Air asam ni kalau ada bahang-bahang pedas, barulah padu. Lepas ni kalau makan ikan bakar bolehlah cuba resepi air asam pula berbading kicap pedas. Mesti lepas tu anda repeat punya. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.