Bagi penggemar durian, durian crepe ni mesti jadi favorite anda jugak kan. Tiap kali nampak orang jual, tak sah kalau tak beli. Tapi kadang-kadang tu tak berapa puas hati sebab durian crepe nya tak gemuk dan mampat. Terfikir juga apa kata kalau buat sendiri, baru boleh buat ikut citarasa kita.
Rupanya ada cara buat durian crepe step by step yang dikongsikan oleh Azizi Zamani ni. Ada 3 peringkat untuk buat durian crepe ni iaitu bahagian kulit, filling durian campur kastard dan juga filling whipping cream. Patutlah selama ni dijual mahal.
Tapi bila dah jumpa resepi dan tips buat durian crepe ni, bolehlah cuba buat sendiri dengan filling durian dan cream yang kita idamkan. Kadang-kadang yang orang jual tu terlampau banyak whipping cream berbanding campuran durian dan kastard tu. Betul tak?
Part yang paling mencabar ialah untuk buat kulitnya. Perlu ada proses gelek kuali. Kalau salah gelek berkemungkinan tak menjadi. Sama ada tak sekata, terkoyak atau tak masak sepenuhnya.
Mujur resepi ni ajarkan dengan jelas cara penyediaan bahan dan adunannya, serta cara goreng kulit dengan betul atas kuali. Jom lihat cara penyediaannya.
RESEPI DAN TIPS BUAT DURIAN CREPE
Cara penyediaan filling kastard dan whipping cream mudah je. Hanya sebatikan bahan dengan cara masing-masing iaitu masak sehingga pekat, dan juga pukul menggunakan mixer sehingga kental. Sekejap je dah siap.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan untuk kulit crepe:
- Tepung gandum 3 sudu besar
- Tepung jagung 3 sudu besar
- Tepung ubi kayu 4 sudu besar
- Tepung kastard 3 sudu besar
- Tepung hong kong 4 ½ sudu besar
- Garam sedikit
- Gula aising 4 sudu besar
- Telur saiz B 5 biji
- Minyak 5 sudu besar
- Air 2 ½ cawan
- Susu segar 1 ½ cawan
- Esen vanilla sedikit
- Pewarna kuning beberapa titik (kalau serbuk letak sikit je)
Bahan untuk filling kastard dan durian:
- Susu cair 1 tin
- Gula halus 1 cawan
- Isi durian 200 gram (hancur-hancurkannya)
- Tepung kastard 3 sudu besar (cairkan dalam sedikit air)
- Tepung ubi 2 sudu besar
Bahan untuk filling whipping cream:
- Whipping cream vivo 500 gram
Sebelum buat kulit crepe, kita sediakan dulu filling kastard durian dan juga whipping cream ni. Supaya nanti mudah isikan je terus ke dalam kulit crepe.
Cara penyediaan filling kastard dan durian:
▶️ Panaskan kuali dan masukkan kesemua bahan-bahan filling kastard ni.
▶️ Kacau adunan dengan api yang perlahan sehingga adunan menjadi agak pekat.
▶️ Sentiasa kacau supaya tak berketul.
▶️ Dah sebati dan larut kesemuanya, boleh padamkan api.
Cara penyediaan whipping cream:
▶️ Mix atau putarkan whipping cream ni sehingga kental.
▶️ Dan simpan peti chiller dulu.
Cara buat kulit crepe:
▶️ Sebelum mulakan bancuhan, pastikan kesemua bahan kering iaitu segala jenis tepung diayak dahulu.
▶️ Kemudian masukkannya ke dalam 1 bekas, beserta dengan garam, gula aising, minyak, esen vanilla dan telur. Whisk sehingga sebati. Pakai whisk tangan je.
▶️ Masukkan air dan juga susu segar. Dan whisk lagi perlahan-lahan sehingga sebati.
▶️ Dah selesai whisk, tapiskan.
▶️ Panaskan kuali non stick (pan saiz kecil). Kalau tak ada, guna je kuali biasa.
▶️ Lepas tu sapukan sikit butter (sapukan guna tisu pun boleh).
▶️ Bila pan dah agak panas, angkatkan pan tu guna tangkainya sambil masukkan adunan kurang dari 1 senduk ke dalamnya.
▶️ Terus lenggangkan kuali sehingga rata dan nipis kulitnya dan memenuhi keseluruhan permukaan pan.
▶️ Dah sekata tu, letak kuali atas dapur semula dan masak dalam 2-3 minit je. Jangan lama sangat sebab takut hangus.
▶️ Kulit tak perlu diterbalikkan sebab ianya nipis je. Mudah masak kedua-dua bahagian.
▶️ Buat proses yang sama sampai adunan habis.
▶️ Lepas tu, cara melipatnya, pilih bahagian kulit yang kasar letak di dalam.
BACA JUGA: Cara Buat Pengat Bebola Durian. Rasanya Sedap Berganda Dari Pengat Durian Biasa!
▶️ Letakkan whipping cream, dan letakkan atasnya kastard durian.
▶️ Atas kastard durian tu letakkan selapik lagi whipping cream.
▶️ Kemudian lipat.
▶️ Dah siap.
▶️ Boleh sejukkan dalam peti sejuk sebelum makan!
Nyummy. Puas hati dapat buat durian crepe isi mampat dan gemuk macam ni. Yang bestnya nak letak durian lebih pun boleh. Makan sejuk-sejuk cukup nikmat.
Lepas ni kalau ada stok durian, simpanlah sikit untuk buat durian crepe ni. Ikut resepi dan tips buat durian crepe sedap yang dikongsikan. Pasti menjadi dan puas hati. Selamat mencuba!