Segalanya Tentang Makan..

Buat Sendiri Puding Trifle Macam Yang Dijual. Simpan Dalam Peti Sejuk, Boleh Makan Puas-Puas.

0 3,195

Makan puding trifle sejuk-sejuk dari peti ais ni serius sedap. Apa lagi nak buat musim pkp ni kan? Buat dessert yang menyegarkan untuk makan sekeluarga enak juga. Puding trifle ni selalu kita beli je. Rupanya mudah je kalau nak buat sendiri.

Bagi yang tak biasa makan, puding trifle ni ialah sejenis pencuci mulut yang ada lapisan kek span, kastard dan juga lapisan agar-agar buah. Kombinasi ketiga-tiganya memang sedap dimakan sejuk-sejuk dan kena dengan selera tekak anda yang sukakan dessert manis-manis berlemak.

Tak susah pun nak buat puding trifle ni sebab lapisan kek boleh gunakan swiss roll je. Tak perlu buat kek pun. Dan untuk kastard dan puding agar-agar, hanya masakkannya sekejap atas dapur. Lepas tu tuangkan atas swiss roll tadi.

Kalau teringin nak buat, asalkan ada bahan boleh terus buat. Cukup dengan rasa lemak manis, dan wangi dengan aroma kek swiss roll dan kastard.

Resepi yang dikongsikan oleh Cila Sazila ni antara yang mudah untuk anda jadikan panduan. Lepas siap puding trifle ni, simpan dalam peti sejuk dulu semalaman baru sedap untuk dinikmati.

 

RESEPI PUDING TRIFLE

Biasanya puding trifle ni sesuai kalau nak hidangkan buat tetamu sebab hidangannya cantik dan nampak mewah. Tambahan lagi nak buatnya pun mudah. Lebih cantik kalau hidangkan dalam bekas kaca lut sinar untuk nampakkan lapisan layer di dalamnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Swiss roll (tak kira apa-apa jenis yang anda gemari)
  • 5 sudu penuh tepung custard*
  • 1 tin susu cair*
  • 1 tin air masak*
  • 2 sudu susu pekat manis*
  • 2 sudu gula*
  • Esen vanila*
  • 1 tin buah-buahan dalam tin (asingkan buah dan jusnya)
  • 1 kotak jelly raspberry (apa-apa perisa pun boleh, tapi biasanya yang merah paling cantik)

Cara-cara membuatnya:

▶️ Mula-mula sediakan bekas yang sesuai.

▶️ Asingkan siap-siap buah dan jus dalam tin. Jus jangan buang sebab akan digunakan nanti.

▶️ Kemudian potong swiss roll dan susun dalam bekas sebagai lapisan paling bawah.

▶️ Kalau anda suka manis boleh buat tebal-tebal. Contohnya dalam gambar, swiss roll dipotong tebal untuk bahagian dasar bekas. Dan bahagian tepi dihiris nipis sikit.

▶️ Curahkan jus buah dari tin tadi. Bagi basah je. Baki boleh simpan lagi untuk step seterusnya.

▶️ Dalam periuk lain, masukkan kesemua bahan yang bertanda * untuk adunan kastard.

▶️ Jangan nyalakan api dulu. Kacau bahan sehingga sebati dulu.

▶️ Kemudian dah sebati baru nyalakan api.

▶️ Masak kastard sehingga sedikit pekat dan berkilat.

▶️ Boleh padamkan api dan tuangkan adunan ke dalam bekas yang dah disusun swiss roll tadi.

▶️ Biarkan sejuk sekejap, lepas tu sudukan buah-buahan tin tadi atas kastard.

▶️ Dalam periuk lain, masa jelly seperti dalam arahan pada kotak.

▶️ Kemudian sejukkan sekejap dan tuang atas buah-buahan tadi. Dah siap.

▶️ Biarkan sejuk sekejap di luar, baru simpan dalam peti ais.

 

BACA JUGA: Pernah Makan Puding Mangga KFC? Ini Cara Nak Buat Puding Mangga Susu Ala KFC Super Nyummy.

 

Puding ni sedap kalau simpan semalaman dalam peti sejuk. Tapi kalau tak sabar nak makan, simpan 3-4 jam pun dah boleh makan dengan penuh nikmatnya.

Buat untuk anak-anak mesti mereka suka. Puding yang manis, ada rasa lemak-lemak dari kek dan kastard. Kalau anda nak buat perisa kegemaran, boleh tentukan swiss roll apa nak letak, begitu juga perisa jelly dan jenis buah tin yang ingin diletak.

Puas hati kalau dapat buat sendiri puding trifle ni. Lepas ni ada lah idea nak buat pencuci mulut apa untuk keluarga dan tetamu kan. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.