Wow, kalau anda dah biasa makan dessert dip n dip, mesti teruja tengok resepi ni. Bestnya kalau dapat buat sendiri. Bila buat dessert sendiri sebenarnya lagi puas makan sebab jauh lebih jimat dari beli. Jom ikuti cara buat Cadbury brownies ala dip n dip yang dikongsikan oleh Tyra Manan ni.
Cadbury brownies ni sesuai untuk anda yang gilakan coklat. Adunannya dari kek sampai topping dipenuhi rasa coklat. Agak menarik dessert ni sebab toppingnya ialah coklat leleh yang melimpah ruah. Kalau anda craving benda-benda manis, bolehlah buat brownies ni.
Kek ni lagi bertambah sedap kalau disejukkan dalam peti ais dulu sebelum dihidangkan. Nak buatnya sebenarnya mudah dan ringkas je. Bahan yang diperlukan tak banyak, baik untuk kek mahupun bahan topping.
Kenapa memilih Cadbury sebagai topping, in kerana Cadbury ni rasa coklatnya sedap berlemak, manis sekata dan memang digemari semua.
Tapi kalau anda sukakan coklat lain, boleh je ikut citrasa sendiri. Asalkan coklatnya dicairkan dengan teknik yang sama untuk hasil topping yang leleh.
RESEPI CADBURY BROWNIES ALA DIP N DIP
Untuk topping Cadbury tu, pastikan beli Cadbury yang biasa (dairy milk) tanpa ada hazelnut, almond dan sebagainya. Nanti barulah mudah untuk dicairkan dan dijadikan topping.
Bahan-bahan brownies:
- 250 gram buttercup
- 450 gram dark choc
- 110 gram gula perang
- 4 biji telur (gred A)
- 120 gram tepung gandum
- 1 sudu makan serbuk koko
- 1 sudu teh baking powder
- Esen vanilla
Cara buat brownies:
▶️ Mula-mula panaskan butter dan dark choc.
▶️ Kacau-kacau sehingga kedua-duanya mencair.
▶️ Dalam mangkuk lain, pukul telur, gula perang dan esen vanilla sehingga gula larut.
▶️ Kemudian masukkan dark choc dan butter yang dah dicairkan tadi ke dalam adunan ni. Gaulkan sehingga sebati.
▶️ Selepas tu masukkan tepung gandum, baking powder dan serbuk koko dan kacau sebati.
▶️ Sediakan loyang saiz 9×9 yang dah siap dilapik dengan baking paper. Kalau tak ada baking paper, boleh sapukan marjerin/butter.
▶️ Tuangkan adunan kek tadi dan bakar pada suhu 180’c selama 45 minit (ikut oven maisng-masing).
Bahan-bahan topping:
- Coklat Cadbury (dairy milk) 1 bar besar
- 2 sudu makan minyak
- Coklat putih (untuk lorek warna putih)
- Dark choc (untuk lorek warna coklat pekat)
Cara buat topping:
▶️ Mula-mula cairkan Cadbury bersama minyak dengan kaedah double boil.
▶️ Kemudian cairkan coklat putih dan dark choc satu per satu dengan kaedah double boil juga.
▶️ Curahkan Cadbury atas brownies.
▶️ Masukkan coklat putih dan dark choc dalam pipping bag, dan buat jalur atas brownies. Kemudian lorekkan jalur tu dengan lidi kecil.
BACA JUGA: Agar-Agar Cadbury Atau Puding Cadbury Berlapis. Guna 4 Bahan Je. Sedap Ya Amat!
Dah siap Cadbury brownies yang super nyummy. Serius berbaloi buat dessert macam ni. Dapat kongsi satu keluarga.
Nak buatnya sebenarnya mudah je. Dan bahan pun tak banyak. Kalau beli kat luar kadang-kadang satu slice pun dah mahal.
Bagi ibu-ibu, kalau buat untuk anak-anak mesti mereka suka. Segala pemanis mulut berasas coklat seperti Cadbury brownies ala dip n dip ni memang kegemaran kanak-kanak. Tak rugi kalau cuba!