Segalanya Tentang Makan..

Resepi Udang Masak Merah Madu Paling Simple Dan Senang. Tapi Boleh Makan Sampai Bertambah.

0 1,107

Udang ni sebenarnya susah nak muak kalau buat masak sambal. Mungkin sebab rasa udang tu sendiri yang enak dimakan dengan masakan pedas. Lagi-lagi kalau udangnya masih segar. Resepi udang masak merah madu ni antara yang sedap anda boleh buat.

Sebenarnya kebanyakan seafood pun memang sedap dimasak merah madu. Cara masakan madu ni tak ada lah susah mana. Resepi ni ringkas je dan tak menggunakan bahan yang banyak. Kalau tengok bahan-bahannya macam resepi sambal yang simple.

Cuma dimasukkan bahan tambahan madu untuk menaikkan lagi rasa. Resepi yang dikongsikan oleh Nurul Ateekah ni cukup dengan rasa masam, masin, manis, pedas dan wangi.

Bila ada sos cili, sos tomato, madu dan serai dah cukup gambarkan kombinasi rasa keempat-empat ni yang membangkitkan selera.

Kalau makan dengan nasi putih panas-panas memang cukup menyelerakan. Confirm tak pandang lauk lain lagi dah. Jom lihat resepinya.

 

RESEPI UDANG MASAK MERAH MADU

Sebelum masak sambal, udang ni digoreng dulu untuk dapatkan rasa yang rangup. Kemudian dengan minyak yang sama baru masak sambalnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 500 gram udang (saiz sederhana)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • 1 sudu besar kismis
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar gula putih (jika perlu)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • Serbuk perasa atau garam (jika perlu)
Bahan kisar:
  • 10-15 batang cili kering (direbus atau direndam air panas. Lepas tu toskan)
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai

Cara masak udang masak merah madu:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Kemudian goreng udang sehingga masak dan keperangan. Angkat dan toskan.

▶️ Dalam minyak yang sama, masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis sampai pecah minyak.

▶️ Kemudian masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram.

▶️ Masukkan juga madu dan kismis.

▶️ Jika perlu, boleh masukkan gula untuk tahap manis yang anda suka. Kemudian gaul sebati kesemua bahan.

▶️ Biarkan semua bahan masak seketika.

▶️ Boleh rasa sambal ni dulu. Kalau kurang berasa, boleh tambah garam atau apa-apa perasa lain. Kalau dah cukup tak perlu tambah lagi.

▶️ Lepas tu masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Dan masukkan juga udang yang dah siap digoreng tadi.

▶️ Kemudian gaul sehingga sekata.

▶️ Tak perlu masak lama dah di dalam kuali sebab udang dah siap masak di awal-awal tadi.

▶️ Boleh terus padamkan api dan sedia untuk dihidangkan. Taburkan daun bawang sebagai hiasan.

 

BACA JUGA: Resepi Udang Kari Panang Thai Sedap Dan Mudah. Tak Ada Masukkan Serbuk Kari Pun.

 

Simple je kan masakan ni. Tak perlu risau rasa sambal yang pedas sebab rasanya sebenarnya dah diseimbangkan dengan manis madu, kismis dan juga sos. Kalau anak-anak nak makan pun tak ada masalah.

Kalau anda nak gantikan udang dengan sotong, lala atau makanan seafood yang lain pun terpulang. Yang penting ialah rasa sambalnya yang cukup menyelerakan.

Lepas ni kalau nak masak udang sambal, boleh lah cuba resepi udang masak merah madu ni. Pasti sekeluarga menyukainya. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.