Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Aiskrim Ala Magnum Viral. Mudah Dan Sedap. Anak-Anak Mesti Suka.

0 1,488

Pernah kan satu masa dulu aiskrim ala magnum ni viral? Buat sendiri bancuhan vanilla dalamnya dan juga lapisan coklat keras tu. Guna plastik aiskrim biasa buat aiskrim Malaysia tu je. Mudah je rupanya buat aiskrim ni sendiri.

Rasa pun sedap berlemak-lemak. Yang penting jauh lebih mudah dari aiskrim kita beli tu. Sekali bancuhan boleh dapat beberapa batang. Resepi ni dikongsikan oleh Raja Amanina. Bolehlah buat stok aiskrim anda sendiri simpan dalam peti sejuk.

Bila teragak boleh terus makan. Ada juga yang buat berniaga guna resepi ni. Sekejapan je licin. Aiskrim ni apa yang sedap ialah teksturnya tu. Kena sedap berlemak-lemak. Tak boleh sekadar ais beku biasa je macam aiskrim Malaysia tu.

Bila makan terasa cair di mulut. Tambah pula lagi buat perisa vanilla yang super marvellous. Kalau nak buat perisa lain pun boleh ikut selera anda. Dah kita buatnya sendiri kan.

Tapi kalau nak macam aiskrim magnum tu, biasanya perisa vanilla lah yang dijual tu. Kombinasi vanilla dan juga coklat memang kena dan sedap untuk dinikmati.

 

RESEPI AISKRIM ALA MAGNUM VIRAL

Cara buat aiskrim ni kena ikut stepnya satu persatu. Terutama nak masukkan adunan coklat dan vanilla dalam plastik aiskrim. Supaya nanti bahagian coklat cantik membentuk di keliling bahagian vanilla.

Bahan-bahan untuk vanilla:
  • 2 cawan whipping cream (dairy) -resepi ni gunakan whipping cream aiskrim sebab lebih gebu dan putih. Kalau nak guna susu cair atau susu full cream pun boleh
  • ½ cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil ovellete
  • Sedikit esen vanilla
Bahagian coklat:
  • 350 gram coklat masakan/dark chocolate (apa-apa brand pun boleh)

Cara buat aiskrim ala magnum:

▶️ Mula-mula buat bahagian vanilla/putih dulu.

▶️ Satukan kesemua bahannya dalam mixer atau blender.

▶️ Kemudian putar hingga kembang dan gebu. Buat sampai kembang 2 kali ganda.

▶️ Lepas tu ketepikan.

▶️ Buat adunan coklat pula.

▶️ Mudah je, caranya double boil kan dark chocolate sehingga cair.

▶️ Biarkan suam sekejap. Lepas tu masukkan dalam pipping bag.

▶️ Picitkan ke dalam plastik aiskrim. Plastik aiskrim tu tak perlu dibuka atau ditiup dalamnya.

▶️ Hanya buka sikit kat atas dan picitkan adunan coklat. Lepas tu ratakan.

▶️ Boleh gunakan pembaris untuk ratakannya tu. Ini bertujuan untuk pastikan coklat melekat di sekeliling plastik.

▶️ Boleh agak-agak. Adunan coklat ni tak perlu tebal sangat atau nipis sangat.

▶️ Tak perlu tunggu adunan coklat ni mengeras, terus masukkan je adunan vanilla pula ke dalam plastik. Pakai jug yang ada muncung je.

▶️ Tuang ke dalam plastik macam biasa tuang aiskrim Malaysia. Nanti aiskrim akan terbuka sendiri dan bahagian coklat akan mengenepi. Ikut resepi ni, adunan coklat dan vanilla tak akan bercampur.

▶️ Lepas tu ikat macam biasa. Boleh masukkan dalam peti sejuk beku selama 5-6 jam atau semalaman.

▶️ Dah siap.

 

BACA JUGA: Cara Buat Aiskrim Vanilla Homemade 3 Layers Sedap Gunakan 5 Bahan Ringkas Je!

 

Mudah je kan buat askrim ni. Yang penting anda kena pastikan salutan coklat tu tak mengeras sebelum masukkan adunan vanilla. Kalau mengeras nanti kedua-duanya tak bersalut.

Anda perlu tahu juga, adunan coklat tu akan pekat bila masukkan dalam plastik dan bila kita ratakannya. Bila pekat, ia akan melekat kat keliling plastik. Sebab tu kat tengah-tengahnya akan automatik kosong bila tuang adunan vanilla ke dalamnya.

Kalau nak mudah, buatlah aiskrim pendek. Potong plastik aiskrim. Hmm, memang sedap. Jangan lupa cuba aiskrim ala magnum viral ni.

Leave A Reply

Your email address will not be published.