Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Masak Padang, Padu Kuahnya. Hampir Macam Rendang. Mesti Makan Bertambah!

0 12,703

Selalu kalau nak masak ayam berkuah, tak masak lemak cili api, mesti masak kari. Lama-lama muak juga kan? Jom cuba resepi ayam masak padang ni pula. Kuahnya sedap dan ada rasanya yang tersendiri. Tak sama macam gulai lemak biasa.

Kalau tengok senarai bahan anda tahulah perbezaannya. Rasa kuah masak padang ni lebih beraroma dan wangi. Sebab ada dimasukkan juga rempah, daun kunyit dan daun limau. Kalau masak lemak biasa, hanya kunyit dan cili api je.

Makin direneh kuah makin sedap. Kuah akan bertambah pekat dan lebih menyengat sebab dimasukkan juga keresek ala rendang. Fuhh, padu kalau makan dengan nasi. Kalau musim raya buat cicah lemang dan nasi himpit lagi menyelerakan.

Cuma ayam masak padang ni teksturnya masih berkuah, tak sama macam rendang. Reneh tak perlu terlampau lama. Kuah inilah yang sedap digaulkan dengan nasi.

Kalau anda nak cuba, jom ikut resepi yang dikongsikan oleh Suffiyah Ramadhani ni. Ada ditunjukkan stepnya satu persatu. Mudah je. Setengah jam dah siap.

 

RESEPI AYAM MASAK PADANG

Untuk resepi ni, bahan pedasnya tu bukan cili api. Tapi cili kering. Kalau anda nak pedas boleh lebihkan. Begitu juga sebaliknya.

Bahan-bahannya:
  • ½ ekor ayam (cuci bersih)

Bahan kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • ½ biji bawang besar
  • 2 hiris halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 8 tangkai cili kering (ikut kepedasan)

Bahan lain:
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • Daun kunyit
  • Daun limau
  • Kunyit serbuk
  • Kerisik
  • Garam kasar
  • Gula
  • 1 kotal kecil santan (atau nak ganti ¼ cawan susu cair pun boleh)

Cara masak ayam masak padang:

▶️ Mula-mula rebus cili kering dulu sampai lembut.

▶️ Kemudian masukkan kesemua bahan kisar dalam blender dengan air secukupnya.

▶️ Kisar sehingga lumat dan halus.

▶️ Macam ni rupa lepas kisar.

▶️ Masukkan ayam, kesemua bahan kisar, bahan lain dan juga santan dalam kuali. Lepas tu nyalakan api.

▶️ Santan tu kalau anda tak nak pekat atau berlemak sangat boleh masukkan separuh.

▶️ Gaulkan bahan sehingga sebati dan biarkan kuah mereneh. Perlu sentiasa kacau supaya santan tak berketul.

▶️ Perasakan dengan garam dan gula.

▶️ Kalau nak tambah aji atau serbuk perasa pun boleh.

▶️ Dah masak sampai 15 minit, boleh padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Rendang Padang Indonesia Yang Sedap Dan Padu Dengan Aroma Rempah!

 

Tak sangak mudah je kan resepi ni? Leburkan je kesemua bahan dalam kuali dan kacau sehingga masak. Yang penting reneh kuah sampai pekat dan cantik warnanya.

Serius sedap dan padu. Rugi kalau anda tak cuba. Bahannya lebih dari biasa, tapi masih mudah untuk disediakan. Boleh buat hidangan seisi keluarga.

Lepas ni nak masak gulai lemak ayam yang padu, boleh cuba resepi ayam masak padang ni. Gerenti suami makan nasi bertambah-tambah nanti. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.