Segalanya Tentang Makan..

Rahsia Buat Mee Celup Kelantan Sedap Dan Padu. Confirm Hirup Kuah Sampai Licin.

0 9,036

Mee celup Kelantan ni kalau makan tak sah kalau tak bertambah. Yang buatkan mee celup ni sedap sebab aroma kuah sup daging yang disajikan dengan sambal lada dan minyak bawang putih. Manakan tidak kalau tak menambah kan? Cukup dengan rasa pedas, wangi dan penuh dengan bahan.

Selalunya kalau sebut mee celup teringat mee celup kelantan. Di sana bukan sekadar makan dengan mee, boleh juga hidangkan dengan bihun dan kuey teow. Resepi mee celup Kelantan kebanyakannya orang masak cara tumis darat.

Itu yang membuatkan supnya betul-betul wangi dengan aroma rempah. Selain bahan rempah yang ditumis darat, kesedapan kuah juga datangnya dari rebusan daging dan juga tulang yang ditenggek sampai kuahnya berperisa dan lembut dagingnya.

Kali ni buat sekali dengan daging perut lembu. Penuhlah semangkuk dengan bahan je. Mewah betul menu mee celup kali ni yang dikongsikan oleh Tahrunnisah Jali. Rugi kalau tak cuba.

Boleh buat hidangan istimewa hujung minggu. Kalau dah buat banyak bahan ni, kenalah ada sambal lada, lada jeruk, minyak bawang putih dan segala sayuran tambahan yang anda suka.

 

RESEPI MEE CELUP KELANTAN

Selain daging lembu, mee celup ada juga orang buat dengan ayam. Ikutlah anda nak masak dengan apa. Tapi sebenarnya daging lembu ni lebih sinonim bila buat hidangan mee berkuah sebab air rebusan daging tu yang buatkan sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • ½ – 1 kilo tulang daging/daging lembu/ayam
  • 2.5 liter air
  • Perut lembu
  • Bebola daging
  • 2 inci halia
  • ½ cawan sos ikan* Updated
  • 4 sudu besar cuka* Updated
  • 2 batang serai diketuk
  • 2 bunjut rempah sup tulang
  • 2 batang kulit kayu manis*
  • 4 biji buah pelaga*
  • 4 biji bunga cengkih*
  • 2 kiub stok ayam
  • 2 sudu besar kicap
  • 4 ulas bawang putih di ketuk dan dipotong dadu*
  • 1 biji bawang besar dihiris nipis*

Cara buat kuah mee celup:

▶️ Mula-mula rebuskan tulang, daging atau ayam.

▶️ Masukkan serai yang diketuk ke dalamnya, bersama sup bunjut, stok ayam dan kicap. Rebus sampai daging empuk.

▶️ Lepas dah empuk, keluarkan daging dan hiris nipis. Kalau ayam kena carik-carikkan. Ketepikan.

▶️ Untuk perut lembu, perlu rebus secara berasingan dalam periuk lain.

▶️ Lepas perut dah lembut baru boleh masukkan dalam kuah sup tadi dan renehkan sebentar.

▶️ Lepas tu angkat dan potong nipis.

▶️ Dalam kuali lain, panaskan minyak.

▶️ Kemudian goreng bawang besar dan bawang putih yang dihiris nipis.

▶️ Masukkan juga cengkih, pelaga, dan kulit kayu manis. Tumis sampai naik bau.

▶️ Dah tumis tu, masukkan ke dalam kuah sup rebusan daging tadi. Ini namanya tumis darat.

▶️ Kemudian buat hidangan tambahan lain pula.

Bahan-bahan sambal lada:
  • 1 genggam cili api merah
  • Sedikit cuka
Cara penyediaan sambal lada:

▶️ Masukkan kedua-dua bahan dalam blender.

▶️ Dan kisarkan sehingga hancur.

Bahan-bahan cili jeruk:
  • 10 biji lada hijau
  • ½ cawan air
  • ½ cawan cuka
  • Sedikit garam dan gula
Cara penyediaan cili jeruk:

▶️ Masukkan air dan cuka dalam periuk dan didihkan.

▶️ Masukkan lada hijau yang dipotong.

▶️ Lepas tu masukkan garam dan gula secukupnya.

▶️ Bila lada dah berubah warna, boleh tutupkan api.

Bahan-bahan minyak bawang putih:
  • 1 labu bawang putih
  • 1 cawan minyak masak

Cara penyediaan minyak bawang putih:

▶️ Cuci bersih bawang dulu.

▶️ Kemudian ketuk tanpa buang kulit. Potong dadu kecil-kecil.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang putih yang didadukan ni.

▶️ Goreng sehingga kekuningan tapi jangan sampai hangus.

▶️ Angkat dan simpan dalam bekas.

Bahan-bahan lain:
  • Mee kuning
  • Kuey teow
  • Bihun
  • Daun sup/daun bawang dihiris
  • Bawang goreng
  • Lobak asin (direndam dengan air panas sekejap dan potong dadu)
  • Garam
  • Gula
  • Asam limau nipis
  • Taugeh
  • Sawi rebus

Cara hidangan:

▶️ Masukkan mee ke dalam mangkuk.

▶️ Masukkan daging yang dihiris, perut lembu yang dipotong kecil serta semua bahan-bahan tambahan yang lain.

▶️ Lepas tu tuangkan sup panas-panas.

▶️ Biasanya kalau orang Kelantan atau siam, garam dan gula tu mereka letak dalam mangkuk sup.

 

BACA JUGA: Resepi Mee Kuah Kelantan Sedap Dan Paling Mudah. Campak-Campak Je Dah Siap. Makan Sampai Licin.

 

Fuhh, boleh katakan siapa tak pernah makan mee celup Kelantan ni kalau makan sekali mesti terus jatuh hati. Memang sedap supnya lagi-lagi hirup panas-panas.

Kuahnya tak lah susah mana nak masak. Hanya merebus bahan je. Cuma kena goreng-goreng sikitlah untuk bahan tumis darat dan juga bahan tambahan lain.

Tapi berbaloi kalau buat. Boleh jadi hidangan istimewa keluarga hujung minggu. Jangan lupa cuba hidangan mee celup Kelantan ni. Pasti sekejapan je licin.

Leave A Reply

Your email address will not be published.