pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Bomboloni Gebu Dan Lembut Confirm Jadi. Dengan Resepi Inti Krim Mango Yang Super Marvelous!

0 3,646

Bomboloni ni dah jadi pemanis mulut yang semakin digemari ramai. Kalau dulu masa mula-mula bomboloni ni mula dikenali, ramai pelik apa sedap sangat kuih bulat-bulat macam donut ni. Tapi bila sekali rasa, teruja pula sebab enak dan gebu seperti donut, malah ada inti krim (filling) pelbagai perisa yang creamy dan mencair di mulut.

Bagi peminat donut, confirm-confirm suka bomboloni ni sebab tekstur dan kelembutan tepungnya sama, cuma berbentuk bulat dan dimasukkan filling yang berperisa. Dah banyak perkongsian resepi bomboloni gebu yang kita jumpa.

Untuk kali ni saya nak kongsikan cara buat bomboloni gebu dan lembut confirm jadi siap dengan resepi inti krim perisa mango yang super creamy. Sekali cuba pasti nak repeat lagi sebab tak puas makan sekali buat je!

Ini perkongsian dari Fad Kadeen yang diinspirasikan dari Chefobie Untold. Cantik dan gebu gebas hasil kejadian bomboloninya yang buatkan kita geram. Tambah pula lagi dengan filling mango yang sedap dan wangi.

Kalau dapat buat sekali dan menjadi, pasti berpuas hati. Sebab tahu sahajalah kuih atau pemanis mulut ala donut ni. Hasilnya perlu lembut dan gebu baru betul-betul menjadi dan sedap untuk dinikmati.

 

RESEPI BOMBOLONI GEBU DAN LEMBUT DAN FILLING MANGO

Kalau beli bomboloni ni di kedai, ada pelbagai perisa inti krimnya yang pelanggan boleh pilih. Bila buat sendiri ni, boleh juga anda buat sekali banyak dan masukkan seberapa inti krim yang anda suka. Paling mudah ialah coklat Nutella, jem strawberi atau boleh beli apa-apa sahaja perisa inti di kedai kek.

Namun untuk resepi ni, ada diberikan sekali resepi filling perisa mango creamy yang anda boleh cuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan doh tepung:

  • Tepung roti 500 gram
  • Yis 11 gram (dry yeast)
  • Baking powder ½ sudu kecil
  • Gula pasir 2 sudu besar
  • Telur saiz A/B 1 biji
  • Susu segar 1 ½ cawan
  • Butter atau marjerin 2 sudu besar

Bahan filling mango:
  • Teama Cream Cheese 240 gram
  • Mango filling 5 sudu besar

Cara buat doh bomboloni:

▶️ Mula-mula sediakan bekas atau mangkuk sesuai untuk menguli dan satukan kesemua bahan-bahannya.

▶️ Kemudian ramas adunan sehingga sebati.

▶️ Selepas tu ulinya dengan lembut dan mesra menggunakan tangan sampai doh tak melekat kat tangan dan mangkuk.

▶️ Kemudian rehatkan doh selama 10 minit.

▶️ Dan uli kembali sekejap dalam 5 minit.

▶️ Selepas tu tutupkan doh menggunakan cling film, dan rehatkan selama 45 minit supaya doh mengembang naik 2 kali ganda dari saiz asal.

▶️ Selepas doh dah kembang, keluarkannya berhati-hati. Jangan ketuk atau tepuk doh yang dah kembang ni.

▶️ Ambil sedikit doh sebanyak 45 gram (timbangkan) dan bulatkannya. Tutup segala lubang yang ada semasa membulatkan doh.

▶️ Rehatkan sekejap lagi doh selama 5 minit. Dan boleh goreng sehingga masak. Kemudian angkat dan toskan.

▶️ Selepas tu sediakan filling intinya pula.

 

Cara buat filling mango:

▶️ Masukkan kesemua bahan-bahan dalam mangkuk.

▶️ Kemudian kacaukan bahan dengan sudu atau spatula sehingga sebati (tak perlu mixer).

▶️ Selepas tu masukkan filling dalam peti sejuk.

 

Cara penyediaan bomboloni dengan filling mango:

▶️ Cucuk dan jadikan lubang pada bomboloni yang dah siap digoreng tadi, kemudian salutkan dengan tepung snow (snow powder).

▶️ Selepas tu masukkan adunan filling yang disejukkan tadi ke dalam piping bag. Dan picitkan ke dalam bomboloni yang dah dilubangkan tadi.

▶️ Dah siap!

 

BACA JUGA: Cara Buat Biskut Tembikai Viral Yang Pasti Buat Anak-Anak Suka! Tak Sangka Bahan Simple Je!

 

Sedapnya kalau makan bomboloni yang gebu dan lembut ni. Bila gigit terasa pula mencair filling mangonya ke dalam mulut.

Cukup rasa sedap, manis, gebu, dan berlemak krim. Kalau buat pelbagai perisa, lagi sedap untuk dinikmati. Buat intinya padat-padat, barulah puas makan berbiji-biji.

Bolehlah nanti buat dan hidangkan untuk anak-anak pada hujung minggu atau cuti sekolah. Ikut cara buat bomboloni gebu dan lembut yang dikongsikan ni. Pasti menjadi!  Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.