Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-XuscDm.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-XuscDm.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Murtabak Biskut Cream Crackers. Tak Sangka Sedap Macam Lasagna. Rangup Pula!

0 2,310

Musim pkp ni mulalah asyik ke dapur je fikirkan nak masak apa. Pemanis mulut macam puding dan kek ni macam muak pula. Teringin nak makan makanan ala western, tapi kali ni jom cuba versi melayu sikit iaitu murtabak biskut cream crackers.

Dengar nama macam tertanya-tanya juga makanan ni kan. Tapi belum cuba belum tau. Sedap juga inovasi resepi seakan-akan lasagna yang dikongsikan oleh Nazri Ahmad ni. Rasa murtabak biskut ni rangup, sedap dan penuh berperisa.

Resepi murtabak ni berintikan daging yang dimasak dengan rempah kari dan serbuk kurma. Memang sedap dan beraroma bila ditumis.

Kemudian yang menjadikan ia seperti lasagna tu ialah disebabkan bahan topping cheese, biskut cream cracker dan inti yang diselang selikan di dalam loyang.

Lepas je dibakar, rasanya memang rangup, sedap dan berlemak buatkan kita makan tanpa henti. Kalau tak percaya boleh cuba resepi ni. Mudah je nak membuatnya.

 

RESEPI MURTABAK BISKUT CREAM CRACKER

Resepi ni menggunakan biskut cream cracker sebab rasa biskut yang berlemak dan lebih natural. Sesuai nak campurkan dengan bahan masakan yang lain. Kalau guna biskut berperisa lain mungkin tak sesuai dan boleh lari rasanya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 500 gram daging kisar
  • 2 sudu makan serbuk kurma
  • 1 sudu makan serbuk kari daging
  • 2 biji bawang holland (dipotong dadu)
  • 4 ulas bawang putih (dipotong halus)
  • 1 batang lobak merah (sagat halus)
  • 2 biji ubi kentang (dipotong dadu dan rebus sampai empuk)
  • 2 tangkai cili merah
  • Daun sup
  • 6 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 27 keping biskut cream crackers
  • Mozarella cheese
  • Cheddar cheese
  • 1 sudu minyak masak
  • 1 sudu minyak sapi
  • Loyang petak saiz 7 inci

Cara buat inti daging:

▶️ Panaskan minyak masak dan minyak sapi dalam kuali.

▶️ Kemudian masukkan bawang putih dan tumis sehingga wangi.

▶️ Masukkan daging kisar dan tumis lagi.

▶️ Lepas tu masukkan rempah kurma dan serbuk kari daging. Kacau sekata.

▶️ Masukkan lobak merah, bawang holland dan ubi kentang. Biarkan masak seketika.

▶️ Perasakan dengan garam secukup rasa.

▶️ Kemudian biarkan masak sampai air daging kering.

▶️ Boleh padamkan api dan sejukkan seketika.

Cara jadikan murtabak:

▶️ Mula-mula celupkan biskut cream crackers ke dalam susu cair.

▶️ Kemudian susun biskut yang dah dicelup susu tadi ke dalam loyang pembakar.

▶️ Masukkan inti daging dan ratakan menutupi biskut. Taburkan dengan cili dan daun sup.

▶️ Drizzle atau curahkan susu cair dan telur beberapa sudu untuk setiap layer.

▶️ Kemudian susun cheddar cheese.

▶️ Ulangi langkah 1 semula sampai lah bahan habis.

▶️ Akhir sekali taburkan mozzarella cheese bahagian atas sekali sebagai penghabisan.

▶️ Sebelum tu panaskan oven siap-siap, dan bakar pada suhu 180’c selama 50 minit.

▶️ Dah siap. Sedia dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Puding Kastard Biskut Cream Crackers Tiramisu. Lembut Dan Sedap!

 

Makan semasa murtabak ni masih panas memang cukup menyelerakan. Terasa aroma kari, kurma dan cheese yang dah sebati. Memang kena dengan selera tekak orang melayu.

Dengan adanya bahan biskut ni buatkan rasanya lebih unik sebab crunchy. Tak sangka pula biskut yang selalu buat cicah dengan teh’o panas tu sedap dibuat dessert ala western.

Tak rugi kalau cuba murtabak biskut cream crackers ni. Pasti anda suka. Dah alang-alang ada biskut cream crackers di rumah tu, bolehlah buat dessert ni buat minum petang nanti. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.