Wah, ni kalau buat seloyang, sekejap je habis sebab makan sampai berpotong-potong seorang. Makan pula berulang-ulang! Siapa yang suka pemanis mulut lembut tapi ada crunchy nya sikit dan campur pula rasa berlemak manis, boleh buat resepi puding kastard biskut cream crackers tiramisu ni.
Confirm terus jadi favorite! Makan waktu sejuk-sejuk lepas keluar dari peti sejuk tu paling nikmat sekali. Kesedapan puding kastard biskut ni terletak pada lapisan keknya yang mempunyai pelbagai rasa. Rasa kastard, manis lemak susu dan taburan milo juga.
Setiap suapan rasa feeling habis. Nak membuatnya pun tak ada lah susah mana. Hanya masakkan adunannya atas api, kemudian curahkan atas kek dan bentukkan lapisan. Selepas tu terus sejukkan. Hasilnya cukup sedap dan menyelerakan.
Kalau ikut resepi Puan Habsah Ngah, dapat hasilkan puding kastard biskut cream crackers yang sedap dan cukup berasa. Hasil keknya pun cantik dan menarik warnanya.
Buat lapisan yang tebal, bila dipotong waktu sejuk-sejuk memang terasa kelembutannya. Jom lihat cara buat puding kastard biskut ni.
RESEPI PUDING KASTARD BISKUT CREAM CRACKERS TIRAMISU
Dalam resepi ni bukan je gunakan tepung kastard semata-mata, ada juga dimasukkan tepung jagung sebab inginkan bau wangi tepung jagung tu. Bila dicampurkan, boleh menaikkan lagi aroma puding.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 cawan tepung kastard
- 1 cawan susu pekat
- 1 tin susu cair
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 1 sudu kecil pewarna kuning
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 tin air
- Biskut cream crackers 1 paket
- Milo secukupnya
Cara buat puding kastard biskut cream crackers tiramisu:
▶️ Mula-mula satukan kesemua bahan dalam periuk kecuali biskut dan juga milo.
▶️ Panaskan periuk atas dapur dengan api yang perlahan je. Dan kacau sehingga pekat berkilat.
▶️ Selepas tu boleh padamkan api.
▶️ Tak perlu tunggu sejuk pun dah boleh mula buat puding kastard lapisnya.
▶️ Caranya, sediakan dulu bekas atau loyang yang saiz tak begitu besar supaya boleh dapat kek yang tebal nanti.
▶️ Curah sedikit adunan kastard tadi ke dalamnya untuk buat lapisan paling bawah. Buat nipis je. Kemudian taburkan milo.
▶️ Susun biskut cream crackers yang dipatah dua. Kemudian curah lagi adunan kastard, dan taburkan lagi milo.
▶️ Ulang langkah ni sampai adunan kastard habis. Untuk taburan milo pada akhir lapisan tu nanti, taburkanlah lebih sikit. Baru nampak cantik.
▶️ Dan akhir sekali tutup bekas atau loyang dengan penutup untuk kasi wap panas tu melembutkan biskut di dalamnya.
▶️ Kemudian simpan dalam peti sejuk.
▶️ Selepas dah sejuk, boleh keluarkan dan potong.
▶️ Sedia untuk dihidangkan!
BACA JUGA: Resepi Brownies Kedut Sedap Siap Ada Cheese. Mudah Je Ikut Step By Step!
Fuuh, hidangan puding kastard lapisan ni bila buat dengan air tangan sendiri, memang puas hati! Tambahan lagi sedap rasanya, cukup berlemak manis dan lembut. Memang confident lepas ni kalau nak buat dan hidangkan untuk keluarga atau tetamu.
Caranya pun mudah dan simple je. Resepi puding kastard biskut cream crackers tiramisu ni memang sesuai sangat kalau anda nak buat pemanis mulut yang senang untuk disediakan dan sedap sangat rasanya.
Jangan lupa kongsikan resepi ni di Fb masing-masing, supaya boleh nanti manfaatkannya bersama kawan anda yang lain. Jangan lupa mencubanya!