Selalu tak makan pepes ayam? Pepas ayam ni lebih kurang macam otak-otak atau sata juga. Makanan ni berasal dari Jawa Barat tapi sekarang amat terkenal di negeri Johor. Kalau makan seketul pun belum tentu cukup. Dari beli je, apa kata jom buat pepes ayam sendiri. Dijamin sedap!
Boleh buat isi mampat dan cukup berasa bahannya. Pepes ayam ni yang buat sedap tu sebab rasanya pedas-pedas bahang dan wangi dengan bahan rempah. Lepas tu dikukus pula dalam daun pisang, lagi sedap dan semerbak baunya.
Kalau nak beli, harganya boleh tahan mahal. Dahlah tak puas kalau makan seketul seorang. Lebih baik buat sendiri. Kalau ikut resepi pepes ayam sedap yang dikongsikan oleh Puteri Hana Sofea ni, boleh dapat dalam 20 pcs pepes.
Itu pun kalau buat saiz besar. Kalau anda buat kecil sikit saiznya boleh dapat lebih lagi. Bahan-bahan dia boleh tahan juga banyak, tapi semua simple dan mudah je untuk disediakan.
Bahan yang pelbagai tu buatkan rasa pepes ni sedap dan padu sekali. Boleh buat hidangan minum petang siap boleh hulurkan pada jiran. Jom lihat cara membuatnya.
RESEPI PEPES AYAM SEDAP DAN MAMPAT
Sebelum mula sediakan bahan lain, sediakan daun pisang dahulu untuk mudah. Untuk daun pisang ni, carilah yang cantik-cantik, kemudian layurkan pada api untuk lembutkannya supaya senang nak balut nanti.
Bahan-bahan pepes ayam:
- Ayam bahagian dada 2 pcs besar (siap dikisar)
- Telur 2 biji
- Ketumbar 2 sudu
- Jintan manis 2 sudu
- Jintan putih 2 sudu
- Lada putih/lada hitam (ikut suka nak pedas mana)
- Serai 3 batang
- Bawang merah 6 biji
- Bawang putih 3 ulas
- Buah keras 4 biji
- Halia 1 inci
- Kunyit 1 inci
- Cili kering segenggam
- 2 kiub ayam
- Santan Kara 250 ml
- Perencah cukup rasa
- Garam dan gula secukupnya
- Daun pisang untuk membungkus (siap dilayur)
Cara buat pepes ayam sedap mampat:
▶️ Kisar kesemua bahan di atas kecuali ayam dan telur. Kisar sehingga halus dan tuangkan dalam kuali.
▶️ Pasangkan api, dan masukkan sikit minyak, kiub ayam, rencah cukup rasa, santan, garam dan gula.
▶️ Kemudian kacau sebati dan masakkanya sehingga pekat.
▶️ Bila dah pekat boleh padamkan api, dan sejukkannya sekejap.
▶️ Dalam mangkuk lain, satukan ayam kisar dan juga telur dan sebatikannya.
▶️ Lepas tu campurkan ayam kisar ni dengan bahan yang dimasak tadi. Gaulkan sekata.
▶️ Sambil-sambil tu panaskan air pengukus.
▶️ Sediakan daun pisang yang dah dilayur, letakkan satu sudu ramuan ni atas daun pisang.
▶️ Bungkuskan macam kuih koci dan kukus selama 20 minit.
BACA JUGA: Resepi Pulut Mangga Yang Sedap Dan Berlemak. Senang Sangat. Confirm Makan Sampai Licin.
▶️ Dah masak boleh angkat.
Sebelum nak hidangkannya, boleh bakar dulu atas dapur, kemudian boleh terus jamah. Sedap kalau makan waktu masih panas-panas.
Pepes ayam ni akan rasa pedas-pedas bahang dan manis. Dengan aroma wanginya, memang puas hati buat sendiri. Boleh makan 3,4 ketul seorang.
Kalau tak nak makan berat-berat pada waktu malam, boleh buat pepes ayam ni. Bukan je sedap, malah menyenyangkan. Jangan lupa mencubanya.