Warning: fopen(/tmp/f29ca47877bd16f130cc904c19ceedbe-pCW9tQ.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/f29ca47877bd16f130cc904c19ceedbe-pCW9tQ.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ikan Cencaru Sumbat Sambal Padu Dengan Isi Tersembur. Rasa Pedas, Masam, Manis.

0 1,745

Pernah tak anda makan ikan sumbat? Selalu sangat nampak orang kongsikan menu ni kan. Terasa teringin pula nak cuba. Tapi bila lihat ikan sumbat ni rupanya ada bermacam versi. Ada yang sumbat dengan isi ikan dan juga kelapa parut. Dan ada juga resepi ikan sumbat sambal je semata.

Kebiasaannya ikan sumbat ni dimasak dengan ikan cencaru sebab besar dan isinya padat. Memang antara menu ikan yang diminati. Tapi keunikan resepi ni bukan terletak pada ikan tu. Semua bergantung pada rasa sambal yang disumbat dalam ikan.

Dan cara masaknya ada yang digoreng dan ada juga dibakar ikut selera. Untuk kali ni saya nak kongsikan resepi ikan cencaru sumbat sambal dari pemilik resepi Nana Ismail.

Secara asasnya, nak buat ikan sumbat sambal ni, sambalnya perlu dimasak dahulu. Lepas tu baru disumbatkan ke dalam perut ikan yang dibelah. Kemudian digoreng atau dibakar.

Cara masak tu anda boleh ikut selera sendiri. Namun, kalau diberi pilihan, bakar mesti lagi sedap. Lagi-lagi balut dulu dengan daun pisang sebelum dibakar. Lagi bertambah sedap dan beraroma.

 

RESEPI IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL

Pada yang tak biasa dengan menu ikan sumbat ni, mungkin rasa pelik kan kenapa masak ikan sumbat sambal sedangkan boleh masak sambal ikan seperti biasa?

Sebenarnya bila masukkan sambal dalam isi ikan, kedua-duanya akan lebih sebati dan rasa sambal meresap dalam isi ikan. Itu buatkan bertambah sedap bila dijamah dengan nasi.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan sambal:
  • 15 tangkai cili kering (direbus dahulu)
  • Belacan sebesar ibu jari
  • 2 biji bawang merah (dipotong dadu)
  • Air limau nipis (dari 2 biji limau)
  • Garam
  • Gula

Cara masak sambal:

▶️ Mula-mula kisarkan cili kering dan juga belacan. Kalau suka cili tak berapa hancur, nak tumbuk dengan lesung pun boleh juga).

▶️ Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian masukkan bawang merah.

▶️ Tumis sehingga garing sikit dan naik baunya.

▶️ Kemudian masukkan bahan kisar tadi dan tumis sehingga terbit minyak.

▶️ Masukkan air limau, garam dan gula.

▶️ Tumiskan bahan ni sehingga pekat seakan pes.

▶️ Lepas tu boleh padamkan api dan ketepikan.

Bahan ikan:
  • 4 ekor ikan cencaru
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Daun pisang

Cara masak ikan sumbat sambal:

▶️ Mula-mula siang ikan dan bersihkan.

▶️ Belahkan belakang ikan tapi jangan sampai putus.

▶️ Lumurkan ikan dengan serbuk kunyit dan garam sedikit.

▶️ Kemudian masukkan pes sambal dimasak tadi ke dalam ikan yang dibelah.

▶️ Balutkan ikan dengan daun pisang dan selitkan lidi pada balutan tu supaya mudah dibakar.

▶️ Panaskan kuali ajaib, dan titiskan sikit minyak. Kemudian bakar ikan sehingga masak.

▶️ Mengikut resepi ni, ada cara bakar ikan guna kuali ajaib ni.

▶️ Gunakan api yang sederhana sambil tutup kuali tu tak rapat. Boleh selitkan sudu pada bahagian penutup tu supaya ia tak tutup rapat.

▶️ Tujuannya tak nak bagi ikan berkuap dan hasilkan air wap yang banyak.

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Bakar Petai Sedap Macam Kat Kedai. Buat Stok Sambal Rencahnya, Boleh Makan Berkali-Kali!

 

▶️ Nanti bila ikan dah masak, buka penutup, kemudian kuatkan api sikit supaya kering wap-wap yang ada.

▶️ Dah siap, bolehlah dijamah!

Untuk lagi sedap, ikan ni perlulah dibakar sampai betul-betul garing. Barulah sedap untuk dinikmati. Kalau nak pastikan ikannya garing, bakar sehingga nampak daun pisang tu sedikit hangus.

Selain daun pisang, boleh juga anda nak bakar dengan daun kunyit atau daun pandan. Masih akan berikan aroma yang wangi.

Mudah je kan sebenarnya buat resepi ikan cencaru sumbat sambal ni. Kalau lihat pelbagai resepinya, ada yang masakkan sambal dan ikan sekali harung. Tapi takut sambal masak tak sempurna pula. Nanti bolehlah anda cuba resepi ni.

Leave A Reply

Your email address will not be published.