Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Puding Karamel Tanpa Telur. Makan Sejuk-Sejuk Nikmat Betul Rasanya.

0 5,700

Lamanya dah tak buat dessert lembut-lembut dan sedap macam puding karamel ni. Dah lah manis, sedap pula teksturnya yang lembut gedik tu. Makan sejuk-sejuk paling sedap. Mau sekejapan je habis. Puding karamel tanpa telur ni antara yang ramai orang buat dah.

Bukan je senang nak buat, bila makan pun tak cepat muak. Memang berbaloilah kalau buat. Resepi yang dikongsikan oleh Bonda Aisya ni perlukan bahan yang simple je. Rasa dah cukup lemak manis. Buat plain macam ni pun dah nampak menyelerakan.

Kalau ada tetamu, sesuai buat sebagai pencuci mulut. Kalau anda jenis suka makanan manis sejuk-sejuk, boleh je buat puding karamel ni. Lepas tu simpan dalam peti sejuk. Bosan-bosan rasa nak makan benda yang melegakan tekak, buka je pati ais terus.

Biasanya kalau makan sendiri, buat dalam loyang pun dah okay. Lepas dah membeku puding tu boleh potong kecil-kecil dan sedia dimakan. Kalau nak buat dalam bekas kecil pun terpulanglah pada anda.

Syaratnya lepas je dah masukkan adunan dalam loyang, simpan dalam peti sejuk dulu dalam 4-5 jam. Biarkan puding mengeras dan sejuk. Barulah sedap untuk dinikmati.

 

RESEPI PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Nak buat puding karamel ni ada bahan puding dan ada bahan karamel yang dimasak secara berasingan. Bila dah masak tu baru kemudiannya disatukan.

Bahan-bahan karamel:
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air
Cara buat karamel:

▶️ Masukkan gula dan air dalam periuk/kuali.

▶️ Masak dan kacau dalam api yang kecil sampai warnanya perang.

▶️ Lepas tu padamkan api dan biarkan sejuk.

▶️ Selepas tu masukkan dalam loyang.

Bahan-bahan puding:
  • 10 gram agar-agar tali
  • 4 cawan air
  • ½ cawan gula
  • ½ cawan susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 sudu besar tepung kastard

Cara buat puding karamel:

▶️ Satukan kesemua bahan pudi ke dalam periuk.

▶️ Terus kacau sehingga adunan mendidih dan nampak sedikit pekat. Lepas tu boleh padamkan api.

▶️ Tapis dan tuangkan ke dalam loyang berisi karamel tadi.

▶️ Sejukkan dalam peti sejuk dalam 4-5 jam.

▶️ Dah siap, sedia dipotong.

▶️ Hidangkan sejuk-sejuk.

 

BACA JUGA: Puding Roti Kukus Dengan Kuah Leleh. Luarnya Garing Lepas Dikukus. Sekejap Je Licin!

 

Leganya tekak kalau dapat makan puding yang manis ni dalam cuaca panas. Kalau anda craving benda manis-manis boleh makan puding karamel. Puas makannya bila tekstur lembut gedik dan sejuk pula.

Jenis ketagih kalau makan sekali. Sebab tu buat je sekali banyak seloyang, lepas tu simpan dalam peti ais. Mau berulang-ulang makan tanpa henti.

Puding karamel tanpa telur ni antara hidangan puding paling senang anda boleh buat. Kalau teringin tu, buat je terus. Bahannya simple dan buat pun senang. Nanti bolehlah cuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.