Segalanya Tentang Makan..

Puding Roti Kukus Dengan Kuah Leleh. Luarnya Garing Lepas Dikukus. Sekejap Je Licin!

0 4,590

Kalau buat puding roti kukus ni, lagi sedap kalau makan time sejuk-sejuk. Anak-anak mesti makan sampai licin punyalah. Syaratnya mesti buat puding roti kukus ni garing-garing, dan siap dengan kuah leleh. Memang betul-betul nikmat rasanya.

Puding roti ni sebenarnya mudah je. Hanya gunakan roti putih biasa yang dicarik-carikkan. Lepas tu mampatkan ke dalam adunan susu cair dan telur. Rasanya memang cukup manis, gebu dan lembut.

Dan nanti lepas dikukus rasanya akan lebih bertambah sedap dan istimewa. Sebab adunan telur dan susu tu lebih masak sebati dengan roti, yang membuatkan rasanya lemak berkrim.

Bila kukus tu pastikan bahagian kulit luar warna keperangan. Barulah nikmat bila gigit bahagian luarnya yang sedikit garing. Kalau tuangkan kuah manis leleh dia, lagi sedap tak terkata.

Kebiasaannya, orang selalu buat kuah sos leleh kastard. Tapi untuk resepi ni menggunakan tepung jagung untuk rasakan kelainan. Jom lihat perkongsian dari Hana A Razak ni.

 

RESEPI PUDING ROTI KUKUS SOS LELEH

Specialnya puding roti kukus ni, ianya sedap dimakan sejuk-sejuk atau pun dalam keadaan masih panas. Kedua-duanya bagi feeling yang berbeza tapi masih sedap dan menyelerakan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan puding roti:
  • Roti putih 8-10 keping
  • Butter
  • Telur 3 biji (Greb B atau A. Kalau pakai gred C, gunakan 4 biji)
  • Susu cair 1 tin
  • Vanilla esen 1 sudu kecil
  • Gula 2-3 sudu (kalau nak kurang manis, masukkan 2 sudu dah cukup)
  • Kismis (hiasan topping)
  • Chocolate rice (hiasan topping)

 

Bahan untuk kuah:
  • Susu cair 1 tin
  • Air ½ tin (gunakan tin susu tadi)
  • Vanilla esen 1 sudu kecil
  • Gula 2 sudu
  • Garam secubit
  • Tepung jagung (kalau ada tepung kastard, boleh gunakan tepung kastard)

Cara buat puding roti kukus:

▶️ Mula-mula sapukan roti dengan butter.

▶️ Sebaiknya sapukan rata-rata ke keseluruhan permukaan roti.

▶️ Kalau anda gunakan butter dah bergaram (salted butter), letak nipis-nipis je.

▶️ Kemudian carikkan kecil-kecil dan masukkan ke dalam loyang. Kalau nak potong 4 atau nak letak sekeping-sekeping pun boleh. Tapi cara ni paling mudah dan cantik berseni.

▶️ Selepas susun roti dalam loyang, ketepikan seketika.

▶️ Dalam 1 mangkuk, pecahkan semua biji telur.

▶️ Kemudian masukkan ke dalam blender, bersama dengan susu cair, gula dan esen vanilla. Kemudian kisar sehingga hancur dan sebati.

▶️ Kalau nak ketuk dengan hand whisker pun boleh. Tapi blender lebih mudah dan cepat.

▶️ Lepas tu, tuangkan adunan dikisar tadi ke dalam loyang berisi roti. Tuang rata-rata dan tekan-tekankan roti supaya mampat dan meresap.

▶️ Biarkan sekejap adunan tu supaya roti kembang dan meresap keseluruhannya. Sambil tu boleh panaskan pengukus.

▶️ Sebelum kukus, taburkanlah kismis dan juga chocolate rice.

▶️ Kemudian kukus dalam 30-40 minit. Kalau tak garing, boleh tambahkan lagi masa.

▶️ Sambil menunggu puding roti dikukus, kita buat kuah sosnya dahulu.

Cara buat kuah sos leleh:

▶️ Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk.

 

BACA JUGA: Resepi Puding Kastard Biskut Cream Crackers Tiramisu. Lembut Dan Sedap!

 

▶️ Tenggekkan atas api sederhana, dan kacau sehingga sebati dan tepung jagung larut keseluruhannya.

▶️ Bila kuah sos dah agak likat, padamkan api.

Puding roti kukus tadi lepas je masak garing, sejukkan dahulu. Kalau nak jamahnya sejuk-sejuk, masukkan dalam peti ais dahulu. Kemudian potong dan tuangkan kuah sos leleh.

Nyummy, sedap sangat dengan rasanya lemak manis. Nanti bolehlah buat dan hidangkan untuk anak-anak. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.