Kalau nak buat lauk penambahan yang sedap dan boleh membuka selera, boleh buat kerabu ni. Kerabu ni antara makanan yang seakan ulaman yang ringkas je bahannya, tapi rasa bukan main sedap. Nak ratah atau makan dengan nasi cukup nikmat. Anda boleh cuba kerabu kerang pucuk paku ni.
Ada ulam, dan ada juga seafoodnya. Memang sedap dan padu. Biasanya kerabu ni orang tak makan dengan lauk gulai. Lebih kepada makan dengan makanan bergoreng atau sambal kering. Gabungannya letop kebabom sebab naik aroma kerabu.
Rasanya pula masam-masam pedas dan berlemak sebab ada santan. Kerabu ni simple dan senang nak buat sebab hanya gaulkan je bahan sehingga sebati. Tak perlu dimasak. Rupanya yang fresh tu buatkan kecur air liur kalau tengok.
Hidangkan dengan nasi panas-panas dengan ikan goreng je dah cukup menyelerakan. Tak perlu ada lauk lain lagi. Resepi ni dikongsikan oleh Wan Nurainina Megat Mukhtar.
Kalau anda suka pedas, boleh lebihkan cili. Begitu juga sebaliknya. Nak lebih nikmat, buatlah kerang yang segar dan besar-besar. Kerang yang timbul-timbul tu lagi menambahkan selera.
RESEPI KERABU KERANG PUCUK PAKU
Nak buat resepi ni nanti, anda boleh agak-agak banyak mana bahan yang nak digunakan. Resepi ni tak beri jumlah kuantiti yang sebenar. Ikut berapa banyak ulam, kerang, bahan cili dan lain-lain mengikut selera anda.
Bahan-bahan:
- Kerang (rebus)
- Pucuk paku (rebus)
- Taugeh (celur)
- Bawang holland (hiris)
- Kerisik
Bahan kisar:
- Kelapa parut
- Halia
- Serai
- Cili padi
- Cili merah
- Bawang merah
- Belacan
Lain-lain:
- Garam
- Gula
- Perahan limau kasturi
- Kepala santan (nak dapatkan kepala santan ni, perahkan santan dan biarkan dalam 5-10 minit. Akan timbul santan pekat di permukaanya. Ambil yang itu sahaja)
Cara buat kerabu kerang pucuk paku:
▶️ Mula-mula kisar bahan-bahan yang perlu dikisar menggunakan blender kering.
▶️ Satukan kesemua bahan dalam mangkuk besar yang sesuai.
▶️ Perasakan dengan garam, gula dan perahan limau kasturi.
▶️ Masukkan sedikit kepala santan. Kalau tak ada, boleh je gunakan santan kotak. Santan kotak memang dah sedia pekat.
BACA JUGA: Resepi Nasi Kerabu Tiada Sebarang Pewarna Tapi Aroma Rasa Masih Sedap Dan Wangi.
▶️ Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati.
▶️ Dah siap, sedia untuk dihidangkan.
Mudah je kan nak buat kerabu ni. Bahan dan rasa dia sebenarnya terpulang pada anda. Mungkin anda suka kalau pedas lebih. Jadi boleh lebihkan cili.
Kalau anda suka masam lebih pula, boleh perahkan lagi jus limau kasturi. Semua ikut citarasa masing-masing. Yang penting rasanya sedap, dan aromanya wangi menyelerakan.
Letak kerang lebih barulah sedap. Barulah namanya kerabu kerang pucuk paku. Kalau anda nak makan makanan kampung yang simple tapi padu rasa dia, sesuailah buat menu ni. Mesti makan bertambah punya. Jangan lupa mencubanya.