Rindunya nak makan kat restoran Thai. Tengok menu ni buat kecur air liur. Satu hidangan Thai yang membangkitkan selera. Resepi ikan siakap laprik ala Thai ni dikongsikan oleh Liza Idris. Kalau anda penggemar masakan Thai yang lengkap dengan rasa pedas, manis, masam, boleh buat menu ni.
Apa yang menarik resepi ni ialah bahannya lebih ringkas berbanding 3 rasa dan kena dengan selera kampung. Kalau masak rencahnya menggunakan campuran cili kering dan cili padi. Dah macam masak sambal berlada.
Cuma ada penambahan sos ikan, daun ketumbar dan lain-lain menjadikan ia masakan laprik Thai. Menarik kan? Ini anda baru tengok bahannya. Belum cuba rasa lagi. Mesti tak menyesal.
Walaupun simple bahannya, tapi rasa marvelous macam makan di restoran Thai mewah. Menu yang cukup rasa dan ada aromanya yang tersendiri.
Ikan siakap pula digoreng garing-garing dulu, lepas tu baru curahkan sambal yang dah dimasak. Itu yang buatkan sedap. Lebih menarik bila dihiaskan lagi dengan tomato dan daun ketumbar.
RESEPI IKAN SIAKAP LAPRIK ALA THAI
Nak buat masakan Thai ni kenalah ada lengkap rasa masam, manis, masin dan pedas. Biasanya ada daun limau purut sekali. Tapi kalau dah ada air asam jawa ni tak perlu lagi dah daun limau. Akar ketumbar pun dah cukup mewangikan masakan.
Bahan-bahan ikan:
- 1 ekor ikan siakap
- Garam
- Serbuk kunyit
- Tepung jagung
Bahan kisar:
- 8 biji cili padi (kalau tak nak pedas boleh kurangkan)
- 6 tangkai cili kering
- 7 ulas bawang putih
- 2 pokok akar ketumbar
Bahan lain:
- ½ cawan air asam jawa
- 1 cawan air
- 2 sudu besar gula
- 3 sudu besar sos ikan
- Garam secukup rasa
- Daun ketumbar secukupnya
- Tomato dan cili merah sebagai hiasan
Cara masak ikan siakap laprik:
▶️ Cili kering dibasuh dan rendam dulu dengan air panas.
▶️ Kemudian kisar dengan semua bahan kisar lain sehingga lumat. Ketepikan.
▶️ Cuci bersih ikan siakap.
▶️ Kelar badannya sampai ke tulang.
▶️ Lepas tu lumurkan ikan dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung.
▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan sehingga garing. Dah masak, angkat dan toskan.
▶️ Keluarkan sikit minyak, tinggalkan untuk menumis.
▶️ Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi.
▶️ Tumis sampai garing dan naik bau. Masa ni anda akan bau wangi daun ketumbar.
▶️ Masukkan gula dan kacau sebati. Kalau ada gula kabung atau gula melaka lagi sedap.
▶️ Kemudian masukkan air asam jawa.
▶️ Tuangkan 3 sudu besar sos ikan. Kacau sebati.
▶️ Masukkan pula air.
▶️ Kacau dan biarkan agak kering sikit.
▶️ Lepas tu taburkan daun ketumbar.
▶️ Perasakan dengan garam jika perlu. Sebaiknya rasa dulu. Sebab sos ikan dah masin. Kalau dah cukup, tak perlu masukkan garam lagi.
▶️ Dah siap, boleh tutup api.
▶️ Curahkan atas ikan yang dah siap digoreng tadi.
▶️ Hiriskan tomato dan hiaskan atas ikan bersama dengan daun ketumbar.
▶️ Sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA: Masakan Ikan Siakap 3 Rasa Sedap Dan Padu. Resepi Simple Je, Tapi Sedap Meleleh.
Bila masuk mulut tu tak tahu nak kata macam mana nikmatnya. Masakan Thai ala kampung style. Memang padu betul kombinasinya.
Makan dengan nasi panas-panas lagi bertambah sedap. Sambal masak kering-kering pun tak apa. Tak perlu nak berkuah lebih-lebih.
Buat untuk suami dan mertua mesti kena puji melambung-lambung. Rugi kalau anda tak cuba resepi ikan siakap laprik ala Thai ni. Wajib kena cuba!