Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Satar Ikan Style Terengganu Kelantan. Puas Hati Buat Sendiri. Sedap Ya Amat!

0 4,750

Nak balut dalam daun pisang boleh, nak buat dalam kulit popia pun boleh. Sekarang dah ada macam-macam cara nak menikmati makanan satar ni. Tapi kalau ikut satar ikan style Terengganu atau Kelantan, memang buat dalam daun pisang bentuk tiga segi.

Musim pkp tak boleh balik kampung ni, kalau rindu nak makan makanan tradisi kampung, bolehlah buat sendiri satar ikan. Terubat sikit rindu pada kampung halaman dan makanannya yang enak. Bagi yang pertama kali makan mesti suka.

Punyalah sedap ramuan satar yang mengandungi isi ikan, kelapa parut muda dan bahan-bahan lain yang dibakar dalam daun pisang. Rugi rasanya kalau anda tak cuba.

Biasanya nak buat satar ni menggunakan ikan selayang atau ikan sardin. Mungkin anda boleh cuba ikan lain kalau ingin. Tapi rasanya mungkin berbeza ikut tekak masing-masing.

Makan macam tu je lepas dibakar memang sedap. Boleh buat juadah santai waktu petang atau sarapan pagi. Jom lihat resepi satar ikan yang dikongsikan oleh Siti Syuhaila Yusoff ni.

 

RESEPI SATAR IKAN STYLE TERENGGANU KELANTAN

Sebelum nak buat ramuan satar ikan, sediakan dulu daun pisang. Kemudian layurkan. Jangan lupa kena ada lidi kecil atau pencungkil gigi untuk tutup daun pisang nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 kilo ikan selayang atau ikan sardin
  • ½ biji kelapa parut muda
  •  1 biji telur gred A (kalau telur kecil guna 2 biji)
  • 1 biji bawang merah besar
  • 1 inci halia
  • 3 sudu besar cili kering atau cili boh
  • Daun kesum (dihiris)
  • 3 biji cili api (ikut suka nak pedas atau tak)
  • 2 sudu minyak masak
  • Garam, gula atau serbuk perasa
  • Lidi (pencungkil gigi)

Cara buat satar ikan:

▶️ Mula-mula asingkan isi dari tulang ikan.

▶️ Kemudian tumbuk kasar isi ikan.

▶️ Kisar bawang merah besar dan halia.

▶️ Satukan isi ikan, bahan kisar dan juga kesemua bahan-bahan lain dan gaulkan sehingga sebati.

▶️ Masukkan ramuan dalam daun pisang.

▶️ Cucuk dengan lidi dan bakar dalam air fryer atau mana yang mudah untuk anda.

 

BACA JUGA: Ikan Cencaru Bakar Sambal. Memang Letop Rasa Sambalnya. Resepi Mudah Dan Ringkas Je!

 

▶️ Suhu bakar ialah 180’c selama 10 minit. Kalau anda nak garing lagi boleh tambah 5 minit.

▶️ Dah siap, boleh dijamah!

Selain bakar dalam daun pisang, ada juga buat satar dengan kulit popia. Cuma style kulit popia ni bukanlah dibakar. Tapi digoreng.

Lepas siap masukkan inti dalam kulit popia, simpan sekejap dalam peti ais (bahagian chiller). Lepas tu baru digoreng. Kalau nak sejuk bekukan pun boleh. Nanti tinggal defrost dan goreng je.

Mudah je kan nak buat satar ikan ni. Masak dalam apa-apa cara pun layan. Tapi satar ikan style Terengganu Kelantan yang pasti kena cuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.