pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Char Kuey Teow Sedap Macam Kedai. Buat Pes Dan Goreng Satu-Satu. Serius Padu!

0 4,108

Perasan tak kalau kat kedai, char kuey teow ni dimasak satu-satu walaupun order untuk lebih satu orang makan? Ini keunikan char kuey teow ni. Tak sama cara masak macam mee yang lain. Kalau anda nak rasa char kuey teow buatan sendiri, jom ikut resepi char kuey teow sedap macam kedai ni.

Lepas ni tak perlu makan kat kedai dah. Sediakan pes untuk 7-8 orang makan, boleh masak untuk satu keluarga. Kalau nak buat char kuey teow sedap ni selalunya ada pes char kuey teow tu sendiri, minyak bawang dan juga pes sambal.

Bila siap ketiga-tiga bahan ni, mudah je nak masak terus char kuey teow. Masukkan je satu per satu pes dalam kuali masa memasaknya. Tak sampai 5 minit dah siap.

Tak susah pun nak sediakan bahannya. Lepas buat pes, sediakanlah apa-apa bahan yang anda suka untuk masukkan dalam char kuey teow.

Kalau biasa makan kat kedai tu, ada dimasukkan udang, kerang, telur dan bahan tambahan lain seperti kucai dan taugeh. Jom lihat perkongsian resepi char kuey teow yang mudah dari Azua Eida ni.

 

RESEPI CHAR KUEY TEOW

Char kuey teow ni biasanya kita lihat dimasak berkuah atau berair sikit berbanding kuey teow goreng. Tapi kalau ada yang tak suka jenis berair, boleh je masak kering ikut selera masing-masing.

Untuk resepi ni, anggaran pes char kuey teow untuk 7-8 orang makan. Kalau anda nak buat lebih, boleh gandakan bahannya.

Bahan-bahan char kuey teow:
  • Kuey teow halus
  • 300 gram udang (rebus dengan 500 ml air. Nanti airnya gunakan untuk buat pes)
  • Kerang (direbus)
  • Telur
  • Daun kucai
  • Taugeh
Bahan-bahan pes sambal:
  • 3 sudu besar bawang putih kisar
  • 2 sudu besar bawang merah kisar
  • ½ sudu besar halia kisar
  • 4 sudu besar cili kering kisar
  • Kiub pati ikan bilis 1
Bahan-bahan pes char kuey teow:
  • 500 ml air rebusan udang tadi
  • 500 ml air kisar udang
  • 10 sudu besar kicap manis
  • 7 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Kiub pati ayam 1
  • 3 sudu besar pes otak udang
  • 1 sudu besar sos tomato
Bahan-bahan untuk minyak bawang:
  • 3 sudu besar bawang putih kisar
  • 1 ½ cawan minyak masak
Cara masak pes char kuey teow:

▶️ Sebelum buat pes char kuey teow, sediakan minyak bawang dan pes sambal dulu.

▶️ Untuk minyak bawang, hanya campurkan je bawang putih kisar dan minyak masak.

▶️ Untuk pes sambal pula, hanya tumiskan kesemua bahan-bahannya.

▶️ Lepas tu kacau sampai pecah minyak. Masukkan sikit air dan biarkan pecah minyak sekali lagi.

▶️ Masukkan pati ikan bilis, kacau sebati, dah boleh padamkan api.

▶️ Dah siap pes sambal homemade. Pes ni boleh juga digunakan dalam masakan mee goreng, nasi goreng dan sebagainya.

▶️ Sekarang dah boleh buat pes char kuey teow pula.

▶️ Mula-mula rebus dulu udang dengan 500 ml air. Lepas tu asingkan udang dan air rebusan ni.

▶️ Udang yang dah direbus ni kisar lagi dengan 500 ml air biasa.

▶️ Kemudian tapis dan masukkan ke dalam air rebusan udang tadi.

▶️ Masukkan kicap manis, kicap cair, sos tiram, sos tomato, sos ikan, pes otak udang dan kiub pati ayam.

▶️ Didihkan ramuan ni sampai jadi ¾.

▶️ Ini hasil pes char kuey teow yang dah direbus sebati. Boleh rasa ikut citarasa anda sendiri.

Cara masak char kuey teow:

▶️ Biasanya kalau masak char kuey teow, gunakan char kuey teow halus.

▶️ Kalau pakai char kuey teow tebal tak sedap.

▶️ Sediakan udang yang dah siap dicuci.

▶️ Potong kucai panjang-panjang macam ni.

▶️ Sediakan taugeh.

▶️ Sediakan telur. 1 pinggan char kuey teow masukkan 1 biji telur.

▶️ Mula-mula panaskan kuali.

▶️ Masukkan 1 sudu minyak bawang.

▶️ Lepas tu masukkan 1-2 sudu pes sambal. Terpulang anda nak pedas mana.

▶️ Kacau tak perlu lama sebab pes sambal dah masak.

▶️ Masukkan udang. Kacau sehingga udang masak.

▶️ Kemudian masukkan pes char kuey teow dalam 1-2 senduk. Yang ini tentukan sama ada anda nak char kuey teow kering atau basah. Masukkan banyak mana anda suka.

▶️ Masukkan kuey teow untuk 1 orang makan.

▶️ Masukkan kucai, taugeh dan kerang yang telah direbus dulu.

▶️ Gaul sebati.

▶️ Lepas tu boleh masukkan telur 1 biji.

▶️ Kacau seketika. Dah siap!

▶️ Boleh hidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Kuey Teow Ladna Sedap Dan Mudah. Buat Kuah Pekat Likat Lagi Bertambah Padu. 

 

Char kuey teow kering ke, atau char kuey teow basah, kedua-duanya memang sedap dan menyelerakan. Yang penting puas hati dapat buat hidangan lengkap char kuey teow special macam kedai.

Jauh lebih jimat bila buat sendiri. Menariknya, sekali buat pes boleh masak banyak-banyak untuk keluarga. Cuma kena rajin sikitlah buat char kuey teow satu persatu.

Tapi tak susah mana pun. Main campak-campak je, dah jadi resepi char kuey teow sedap macam kedai. Bolehlah nanti anda mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.