Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-o5JwdI.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-o5JwdI.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cheesekut Aiskrim Vanilla Super Sedap Dan Creamy. Mudah, Hanya 5 Bahan Je.

0 1,068

Pemanis mulut atau dessert yang lembut, manis dan lemak berkrim ni memang selalu digemari ramai. Tambahan pula jenis yang ada rasa rangup-rangup dengan adunan biskut. Anda pernah makan cheesekut aiskrim yang super sedap dan melting dalam mulut ni tak?

Dah banyak dah orang jual dessert cheesekut ni. Ada yang buat biasa je tanpa aiskrim, ada juga yang buat dengan whipping cream untuk bagi rasa creamy. Memang kalau beli selalu tak puas makan dan rasa cepat craving.

Berhantu juga cheesekut ni. Selalunya biskut yang digunakan ialah biskut marie, antara biskut yang sedap dan berasa. Kalau buat untuk anak-anak mesti sekejapan je licin.

Perkongsian cara buat cheesekut ni ada dikongsikan di Fb Hanis Zainol. Mudah je rupanya nak buat cheesekut. Hanya guna 5 bahan ringkas je.

Buat sejuk-sejuk memang cukup sedap dan menyengarkan. Kalau nak lagi sedap, boleh taburkan topping apa-apa sahaja yang disukai. Contohnya serbuk oreo pun dah cukup memadai.

 

CHEESEKUT AISKRIM VANILLA SEDAP DAN CREAMY

Kalau nak buat dessert leleh macam ni sesuai kalau buat dalam bekas kecil-kecil dan banyak, berbading buat 1 bekas besar. Mudah nak sediakan dan nak menjamahnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 250 gram cream cheese
  • 400 gram aiskrim vanilla (timbang aiskrim masa beku. Kalau timbang aiskrim yang cair atau dah lebur, tak berat)
  • Susu pekat secukup rasa
  • Susu full cream/low fat
  • Biskut marie

Cara buat cheesekut aiskrim:

▶️ Sediakan bekas. Masukkan cream cheese ke dalamnya dan putar menggunakan mixer sampai jadi gebu.

▶️ Kemudian masukkan 2 sudu besar susu pekat. Kalau tak manis, boleh masukkan lagi hingga cukup rasa. Kemudian putar lagi.

▶️ Masukkan aiskrim vanilla pula. Putar sampai tak berketul cheese tu.

▶️ Sediakan mangkuk lain, dan masukkan susu full cream di dalamnya untuk mudah celupkan biskut marie nanti.

▶️ Ambil biskut marie can celupkan ke dalam susu tadi. Kemudian susun dalam bekas macam ni (bekas saiz 250oz).

▶️ Kemudian masukkan adunan cheese yang dibuat awal-awal tadi.

▶️ Patahkan dua biskut marie dan celupkan juga dalam susu macam tadi. Lepas tu susun cara kepak keluar macam ni pula.

▶️ Lepas tu tuangkan adunan cheese lagi macam yang pertama.

▶️ Kemudian ulang lagi cara sama dengan patahkan biskut marie, celup dengan susu dan susun cara kepak untuk ‘side’ yang lain pula. Nanti bila makan terasa biskut marie untuk setiap bahagian.

▶️ Ulang kaedah yang sama sampai bekasnya penuh.

▶️ Taburkan serbuk oreo sebagai topping. Beli yang dah siap ada.

▶️ Kalau nak buat pun boleh. Caranya beli je biskut oreo, buangkan krim di dalamnya dan tumbuk biskut oreo sehingga halus.

▶️ Dah siap. Sejukkan dalam peti ais sebelum makan.

 

BACA JUGA: Jom Buat Churros Frozen Sendiri. Buat Macam-Macam Perisa. Nak Goreng Terus Keluarkan Dari Peti Ais!

 

Setiap kali cedok je terasa lembut cream cheese ni, kalau masuk ke dalam mulut apatah lagi. Nikmat betul makan cheesekut yang ada rasa lembut, lemak berkrim dan rangup biskutnya.

Kalau buat sekali banyak memang puas makan. Tak ada lah nak berebut. Kalau nak kreatif lagi bolehlah cuba-cuba dengan perisa aiskrim lain, atau nak buat pelbagai topping. Ikut selera anda.

Jangan lupa cuba resepi cheesekut aiskrim yang super sedap dan creamy ni. mesti laku keras nanti dan sekejap je habis. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.