Sepanjang umur ni dah macam-macam kita makan. Lauk lemak lah. Fastfood lah. Kalau jenis yang tak makan sayuran tu, macam mana anda mencari sumber vitamin dan zat bezi kalau kurang ambil sayur dan buah? Apa kata paling tidak pun pun jom cuba buat salad tembikai simple dan segar ni.
Salad tembikai ni sedap dan menyegarkan tekak. Nak sediakan sangat mudah. Bagi yang nak berdiet sihat tu, boleh buat salad tembikai ni sebagai salah satu snek diet anda. Bukan je menyegarkan tekak dan badan, malah tak cepat muak.
Sebab dalam salad tembikai ni ada campuran bahan sos yang beri rasa manis-manis masam. Kombinasi tembikai, salad serta beberapa sayuran lain dalam ni memang sepadan. Ada rasa lembut buah dan rangup-rangup sayuran.
Idea menu diet ni bukan je sesuai untuk orang yang berdiet. Tapi kalau nak hidangkan sebagai pencuci mulut pun boleh juga. Alang-alang sedap, sihat dan mudah nak buat, boleh jadikan pencuci mulut untuk keluarga dan tetamu.
Cara sediakan salad tembikai ni ada dikongsikan di page Seismik Makan. Jom lihat bahan apa lagi yang diperlukan dalam snek diet sihat ni.
SALAD TEMBIKAI SIMPLE DAN SEGAR
Tembikai tu sebaiknya belilah yang segar, manis dan merah warnanya. Kalau dapat yang kurang atau tiada biji lagi baik sebab nanti mudah untuk disediakan dan dijamah.
Bahan-bahan yang perlu ada:
- Tembikai 1/8 biji
- Salad campur 1 pek
- Timun jepun 1 biji (potong saiz kiub kecil)
- Keju feta ½ cawan
- Daun pudina 10 helai dihiris
- Kacang walnut ½ cawan
Bahan-bahan sos salad:
- Minyak zaitun 6 sudu besar
- Jus limau 6 sudu besar
- Madu 3 sudu besar
- Garam secukup rasa
Cara membuatnya:
▶️ Potong tembikai kepada 8 bahagian dan ambil 1 bahagian je. Kalau nak lebih pun terpulang.
▶️ Bentukkan isi tembikai kepada bebola seperti dalam gambar. Saiz sedang-sedang je. Jangan terlalu besar atau terlalu kecil.
▶️ Untuk bahan sos salad tadi, masukkannya dalam 1 mangkuk dan gaulkan sebati.
▶️ Dalam 1 mangkuk lain, masukkan kesemua bahan lain iaitu salad campur, timun jepun, daun pudina, keju feta beserta dengan bebola tembikai tadi.
▶️ Dan masukkan juga sos salad. Gaulkan sebati.
BACA JUGA: Resepi Nasi Ulam Terlajak Sedap. Tak Sangka Boleh Jadi Idea Menu Diet Sihat!
▶️ Akhir sekali taburkan kacang walnut untuk lebih elemen crunchy.
▶️ Dah siap!
Nak makan macam tu je sedap. Atau sejukkan dulu pun best juga. Salad tembikai ni memang sedap dengan rasa sejuk dan segarnya. Manis buah tu kena pula bila digaulkan dengan sos salad tadi.
Kalau anda nak tukar atau tambahkan buah lain pun boleh juga. Contohnya epal merah, anggur dan sebagainya. Ikut kreativiti masing-masing. Jangan lupa mencubanya!