Segalanya Tentang Makan..

Steamboat Ala-Ala Oden Bercheese. Jom Buat Hidangan Special Macam Korea!

0 1,736

Selalu kalau tengok orang Korea makan nampak sedap dan menyelerakan je. Lagi-lagi nampak mereka makan cheese leleh dalam kuah tu ‘slurrpp’ masuk ke dalam mulut. Rasa teringin pula nak rasa. Jadi jom kita cuba steamboat ala-ala oden bercheese dari resepi Liza Idris ni.

Resepi ni bukanlah pure Korean style. Nak buat sebiji mungkin susah sebab kelengkapan bahan tak sama. Buat versi ala melayu sikit sebab bahan mudah untuk didapati. Tapi rasa masih lagi sedap dan padu dengan rasa pedas-pedas dan masam dalam kuahnya tu.

Bahan campuran atau lauk-lauk dalam kuah oden tu boleh letakkan apa sahaja yang anda suka. Masukkan macam biasa yang kita makan yong tau fu atau stemboat tu. Contohnya fishball, sosej, crab stick, fish nugget, tauhu dan sebagainya.

Sayuran pun boleh masukkan apa yang digemari contohnya brokoli atau kangkung. Terpulang juga kalau anda nak masukkan fresh seafood untuk menambahkan lagi rasa contohnya udang.

Kalau dapat buat 1 pan besar ni memang puas dapat makannya sekeluarga. Nak buat mudah je. Hanya rebuskan je kuah dan bahan-bahan. Jom lihat cara penyediaannya.

 

STEAMBOAT ALA-ALA ODEN BERCHEESE

Cheese tu biasanya kita masukkan kepingan cheese cheddar beberapa keping masa kua tengah mendidih dan biarkan ianya cair sendiri. Kalau anda suka cheese lebih boleh letakkan banyak ikut citarasa.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Apa-apa jenis bahan steamboat seperti fisball, makanan laut dan sebagainya. Boleh cari kat pasaraya yang berhampiran
  • Kimchi kosong (kalau nak gantikan dengan Maggi pun boleh juga. Gunakan kimchi ni lebih sedap sebab meenya lebih lemak dan kenyal)
  • Pes asam pedas Adabi 2 paket
  • Pes tomyam Adabi 2 paket (kalau gunakan pes tomyam Thai pun boleh juga)
  • Beberapa keping cheese cheddar
  • Perahan air lemon (nak guna limau kasturi pun boleh)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan steamboat ala oden bercheese:

▶️ Sediakan periuk yang besar dan sesuai untuk steamboat. Kemudian panaskan atas dapur.

▶️ Masukkan air dan biarkan mendidih.

▶️ Bila dah berbuih-buih mendidih tu, masukkan pes asam pedas dan juga pes tomyam. Kacau sehingga larut sebati.

▶️ Kemudian perahkan jus lemon atau limau kasturi.

▶️ Masukkan garam dan gula secukup rasa, dan biarkan kuah terus mendidih.

▶️ Lepas tu bolehlah masukkan bahan-bahan lauknya.

▶️ Sebaiknya masukkan sayuran keras dulu untuk lembutkannya. Tapi kalau nak sayur macam rangup-rangup fresh sikit, boleh je letakkan lambat sikit.

▶️ Kemudian tutup periuk dalam 3-5 minit.

▶️ Lepas 3-5 minit, buka tudung periuk dan masukkan kepingan cheese. Lagi banyak lagi sedap.

▶️ Dan akhir sekali masukkan kimchi atau Maggi.

▶️ Dah siap. Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Bagi Penggemar Makanan Korea. Jom Buat Spicy Enoki. Gerenti Makan Sampai Licin!

 

Simple je kan cara buatnya. Tapi rasa dia memang tak boleh bawa bincang. Kalau buat seperiuk tu mau berebut dengan member. Lagi-lagi kuah masih tengah fresh baru lepas masak.

Lepas ni kalau teragak makanan ala Korea ni bolehlah buat sendiri di rumah. Nak buat tengah-tengah malam pun tak kisah. Kadang-kadang kalau lapar waktu malam tu boleh buat steamboat ala-ala oden bercheese ni sebab mudah dan cepat. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.