Segalanya Tentang Makan..

Jom Buat Kaya Ball Macam Kat Pasaraya. Lembut Dan Sedap, Lagi Puas Makan. Senang Je Rupanya.

0 5,743

Dulu kalau jalan-jalan kat mall selalu sangat nampak orang jual kaya ball. Sedap kalau makannya panas-panas. Harganya dulu murah je untuk sebiji kaya ball ni. Sekarang jarang pula dah jumpa, dan kalau ada pun macam dah naik harga. Apa kata jom buat kaya ball sendiri.

Buat macam kat pasaraya tu. Lembut dan sedap teksturnya. Yang penting, kena ada acuan barulah namanya kaya ball. Anda cari je acuan tokayaki. Buat untuk anak-anak mesti mereka suka. Kalau tak ada acuan pun, adunan ni boleh buat pancake juga.

Tak sangka sebenarnya mudah je nak buat kaya ball ni. Mengikut resepi yang dikongsikan oleh Nur Haziqah, nak buat adunan kaya ball ni tak perlu mixer atau blender bahan pun. Hanya satukan bahan-bahannya dan sebatikan menggunakan hand whisker.

Hasilnya sangat lembut dan menjadi. Untuk inti kayanya pun kenalah gunakan kaya yang betul-betul sedap. Kadang-kadang jenis kaya pun mempengaruhi rasa juga.

Tanpa membuang masa, jom kita lihat cara membuatnya. Bolehlah nanti keluar terus beli acuan tokayaki ni. Buat terus untuk hidangan minum petang nanti.

RESEPI KAYA BALL LEMBUT SEDAP

Kaya ball ni nak tengok sama ada menjadi atau tak, teksturnya sangat lembut dan kenyal-kenyal. Bila balik-balikkan dalam acuan terasa lembut dan mudah je. Dan yang penting, masa makan terasa kelembutannya bila digigit.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu teh baking powder
  • Secubit garam*
  • 1 sudu makan gula halus*
  • ¾ cawan fresh milk + 2 sudu makan fresh milk* (kuantiti jadi ¾ cawan +2 sudu)
  • 1 biji telur gred C*
  • 2 sudu makan butter (cairkan)*
  • 1 sudu teh esen vanilla*
  • Kaya secukupnya

Cara buat kaya ball:

▶️ Sediakan satu mangkuk besar atau bekas dan satukan bahan-bahan bertanda *.

▶️ Kemudian kacau sehingga sebati menggunakan hand whisker.

▶️ Masukkan sikit-sikit tepung gandum dan baking powder. Dan kacau lagi sehingga tepung tak berketul.

▶️ Biarkan sekejap adunan selama 15 minit sebelum sambung.

▶️ Sambil tu, sapukan minyak pada acuan, dan panaskannya atas api yang perlahan.

▶️ Adunan tadi masukkan dalam bekas yang ada pemicit.

▶️ Dan picitkan adunan separuh dari paras acuan.

▶️ Kemudian picitkan kaya.

▶️ Dan picit adunan tepung semula sehingga penuh.

▶️ Tutup acuan menggunakan penutup periuk.

▶️ Dan biarkan masak lebih kurang dalam 3 minit.

▶️ Lepas tu balik-balikkan kaya ball tadi dan biarkan lagi dalam 3-5 minit.

▶️ Dah masak, boleh angkat.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Manja Kelantan, Sedap Dan Gebu Dengan Inti Kaya Lemak Manis.

 

Serius sedap buat makan-makan santai kat rumah. Selama ni muak pula kan asyik makan kuih, goreng pisang, cucur, atau roti. Buat kaya ball ni, sedap je dengan rasa lembut dan manisnya.

Kalau nak pelbagaikan rasa, boleh cuba masukkan inti lain seperti kaya pandan atau coklat spread pula. Ikutlah selera kita kan. Itulah untungnya kalau buat sendiri ni.

Buat mak-mak yang pening kepala nak buat makan anak-anak pada waktu petang tu, boleh buat kaya ball ni. Lagi pun mudah dan sekejap je siap. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.