pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Masak Merah Paling Simple Style Dulu-Dulu. Sambal Cantik Berkilat. Sedap Ya Amat.

0 12,559

Perasan tak, kalau masakan dulu-dulu sambal dia cantik je. Nampak sangat simple tanpa bahan yang berlebihan. Tapi bila makan, rasa sedap pula tu. Kadang-kadang lagi sedap berbanding sambal yang ada pelbagai bahan. Tak percaya. Apa kata cuba resepi ayam masak merah paling simple ni dulu.

Serius rasa sedap dan puas menikmatinya dengan nasi panas. Kalau kenduri kat kampung dulu-dulu, macam inilah rupa ayam masak merah yang dihidangkan. Rasanya kalau kenduri zaman sekarang ni pun lebih kurang macam ni juga rupa dia.

Makan dengan nasi putih atau nasi berperisa seperti nasi minyak memang sedap. Bila buat sambal banyak seladak lagi sedap bila gaulkan dengan nasi. Kalau nak hidang untuk anak-anak boleh masak versi kurang pedas. Puas anak-anak makan.

Sambal ni walaupun nampak simple, tapi ada juga bahan rempah yang mewangikannya. Yang menariknya sambal pun ada dicampurkan sedikit santan untuk cantikkan kuah dan beri rasa lemak.

Kalau buat makan tengah hari atau malam pun mesti makan penuh selera. Siap bertambah lagi. Jom lihat perkongsian resepi dari Norhafizan Ezan Sulaiman ni.

 

RESEPI AYAM MASAK MERAH PALING SIMPLE

Kalau buat sambal ayam ni, lagi sedap kalau ayam tu digoreng tak terlalu garing atau separuh masak dulu supaya lebih juicy isinya. Bila ayam digaul dengan sambal nanti, sambal akan lebih meresap dan sebati dalam ayam, yang buatkan bertambah sedap untuk dinikmati.

Bahan-bahannya:
  • ½ ekor ayam (lumur dengan sedikit kunyit dan garam, lepas tu goreng)
  • Cili kering kisar
  • 3 sudu besar sos cili
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 kotak santan pekat
  • 1 cawan air
  • 3 batang serai (diketuk)
  • Bunga lawang dan kayu manis
  • 4 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Cara masak ayam masak merah:

▶️ Mula-mula goreng ayam yang telah dilumur dengan serbuk kunyit dan garam.

▶️ Goreng separuh masak je, kemudian angkat dan ketepikan.

▶️ Hiris 2 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih dan juga 1 inci halia.

▶️ Kemudian baki lagi 2 biji bawang besar dan 4 ulas bawang putih dikisar dengan cili kering.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, kemudian masukkan bahan yang telah dihiris bersama bunga lawang, kulit kayu manis dan serai. Tumis sampai naik bau.

▶️ Lepas tu masukkan bahan kisar.

▶️ Dan tumis sampai pecah minyak dan garing.

▶️ Bila dah nampak cantik kaler sambal, masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaulkan ayam pada sambal sehingga sekata.

▶️ Kemudian masukkan sos cili dan kacau sekata.

▶️ Seterusnya masukkan santan dan air.

▶️ Kacau sebati dan biarkan kuah dan santan mereneh.

▶️ Lepas tu perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Pakai gula perang lebih sedap dan ‘light-light’ rasa manisnya.

▶️ Masak sampai mendidih dan sedikit pekat kuah sambal.

▶️ Dah naik cantik minyaknya, boleh padamkan api.

▶️ Sedia dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Masak Kicap Sambal Berlado. Dimasak Kering Lagi Padu Rasanya. Mudah Je!

 

Sambal macam ni sedap dimakan tak kira waktu. Makan tengah hari ke atau malam, atau sahur semua kena je dengan selera. Malah kalau makan kenduri dengan nasi berperisa pun cukup menyelerakan.

Bagi bahan santan tu sebenarnya terpulang pada anda. Kalau nak kurang sikit rasa lemak-lemak boleh kurangkan sikit kuantitinya. Atau kurangkan kepekatan. Tapi tetap wajib ada baru sedap.

Lepas ni kalau nak masak sambal ayam, bolehlah buat resepi ayam masak merah paling simple ni. Mesti suami makan sampai bertambah. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.