Segalanya Tentang Makan..

Macaroni Goreng Tepung Rangup. Tak Sangka Dengan Makaroni Boleh Buat Snek Kudapan Yang Sangat Sedap!

0 19,066

Mula-mula macam tak percaya, betul ke macaroni ni dibuat snek dengan menggorengnya dengan tepung. Tapi lepas tengok resepi dan bahan-bahannya, dah boleh bayang rasanya macam mana. Confirm sedap dan crunchy! Apa lagi, jomlah cuba macaroni goreng tepung rangup ni.

Boleh makan krup krap krup krap buat kudapan santai-santai di rumah. Apa yang menariknya, macaroni goreng tepung ni dibuat dengan berperisa iaitu kari. Alaa, macam kebanyakan snek kat luar tu. Macam-macam perisa ada.

Bila buat sendiri ni pun boleh juga nak ada perisa yang sedap dan menyelerakan. Kalau nak buat ada taburan cheese pun boleh kalau nak. Ikut selera masing-masing. Cara buat macaroni goreng tepung rangup ni dikongsikan oleh Noor Syazwanie Aziz.

Mudah dan ringkas je caranya. Yang menarik perhatian tu, resepi beliau menggunakan tepung goreng berempah pedas yang bukan je beri rasa crunchy, malah ada rasa rempah yang pedas berapi. Bila dicampur juga dengan kari, lagi padu rasanya.

Memang sedap dimakan. Confirm habis sebalang. Namun kalau nak buat untuk anak-anak, boleh gantikan tepung ni dengan perisa original yang beri rasa crunchy je tapi tak pedas.

 

RESEPI MACARONI GORENG TEPUNG

Lepas siap goreng tu, simpanlah dalam bekas kedap udara supaya kekal rangup. Dah alang-alang tu, boleh buat sekali banyak dan berulang-ulang makannya tanpa jemu.

Resepi ni tunjukkan kuantiti setiap bahan sedikit je. Kalau anda nak buat lebih, boleh gandakan bahan.

Bahan-bahan yang perlu ada:
  • 1 mangkuk macaroni
  • 1 pack tepung goreng ayam Sri Aji

  • 1 sudu makan serbuk kari
  • Minyak untuk menggoreng

Cara buat macaroni goreng tepung:

▶️ Mula-mula rebuskan macaroni sehingga lembut.

▶️ Kemudian angkat dan toskan sambil siramnya dengan air biasa supaya cepat sejuk.

▶️ Lepas tu betul-betul toskan sampi kering.

▶️ Bila dah sejuk, masukkan ke dalam bekas yang ada tutup (supaya nanti senang nak gaul).

▶️ Sebelum tu, periuk tu dimasukkan dulu bahan lain iaitu tepung  goreng ayam dan serbuk kari.

▶️ Kemudian gaulkan kesemua bahan ni dengan cara menggoncang bekas yang ditutup.

▶️ Dah sebati, panaskan minyak dalam kuali. Dan goreng macaroni yang dah bersalut tepung ni.

▶️ Gorengkan separuh-separuh. Bila dah nampak kekuningan, boleh angkat dan toskan minyak.

 

BACA JUGA: Cara Buat Biskut Tembikai Viral Yang Pasti Buat Anak-Anak Suka! Tak Sangka Bahan Simple Je!

 

▶️ Dah goreng semua, boleh simpan dalam bekas kedap udara.

Kalau nak lagi sedap dan naik lagi baunya, boleh masukkan sekali daun kari kalau mahu. Mudah je kan nak buat snek yang simple tapi kena dengan tekak ni. Sambil tengok-tengok tv tu, boleh kunyah sampai tak perasan dah habis sebalang.

Tapi tak kisah pun. Boleh repeat buatnya lagi lepas ni sebab nak buat macaroni goreng tepung ni mudah je. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.