Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-CkRNeq.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-CkRNeq.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Kek Kelapa Atau Kek Hujan Panas. Kek Legend Dulu-Dulu. Mudah Je Guna Sukatan Cawan!

0 7,493

Kalau tak ada bahan asli macam kelapa parut kering, bukanlah kek legend namanya. Anda pernah makan tak kek kelapa atau kek hujan panas ni? Rasanya sedap, gebu dan berlemak. Kalau bakarnya, memang harum semerbak satu rumah.

Kenapa kek ni dipanggil juga kek hujan panas, sebab kelapa parut sangai yang menjadi salah satu bahan penting kek ni diwarnakan dengan pelbagai color. Jadi, bila digaulkan dalam adunan kek, kek akan menjadi cantik berwarna-warni.

Tambahan pula rasa dan baunya wangi berlemak dengan campuran marjerin dan santan. Kek ni antara kek yang mudah untuk dibuat dan sangat sedap untuk hidangan sekeluarga. Buat hidangan minum petang memang sesuai sangat.

Kalau anda nak buat, jom ikut resepi kek kelapa yang dikongsikan oleh Ina Matzin ni. Kalau kek dulu-dulu yang tok nenek kita buat ni kebanyakannya bahan semua ringkas dan simple je. Tak ada berlebihan tapi rasanya memang sedap dan amat digemari semua lapisan umur.

Anak-anak pun pasti suka walaupun bukan kek coklat atau cheese. Sebab kek ni gebu dan berlemak. Jarang orang nak menolaknya.

 

RESEPI KEK KELAPA ATAU KEK HUJAN PANAS

Untuk mudah, resepi ni gunakan sukatan cawan je. Mudah untuk kita sukat bahan dengan betul. Kalau anda suka baking, eloklah beli siap penyukat cawan dan sudu yang anda dijual di kedai alatan kek. Simpan kat dapur masing-masing supaya mudah nak buat kek atau apa-apa dessert selepas ni.

Bahan untuk kek kelapa/hujan panas:
  • Marjerin 1 cawan
  • Gula kastor 1 cawan
  • Kelapa parut 1 cawan (disangai dan dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan)
  • Baking powder 1 sudu kecil
  • Tepung gandum 1 ¼ cawan
  • Telur gred C 5 biji
  • Pati santan kotak 3 sudu besar
  • Garam secubit

Cara buat kek kelapa/hujan panas:

▶️ Mula-mula gabungkan tepung gandum dan baking powder. Dan ayakkan kedua-duanya.

▶️ Kemudian masukkan marjerin dan gula ke dalam mangkuk mixer. Pukulkan sehingga putih dan gebu.

▶️ Selepas tu masukkan garam dan juga telur sebiji-sebiji sambil putarkan adunan. Pukul sehingga gebu.

▶️ Kemudian tambah santan dan mix kan lagi.

▶️ Masukkan pula tepung gandum dan baking powder yang diayak tadi.

▶️ Kemudian masukkan kelapa parut yang disangai dan dibahagikan kepada beberapa warna tadi dan gaulkan dengan teknik kaup balik. Lakukan sehingga sebati.

▶️ Seterusnya, sapukan loyang dengan marjerin dan alas dengan baking paper.

▶️ Sebelum tu, jangan lupa panaskan oven siap-siap dalam 10 minit lebih awal sebelum dibakar.

▶️ Kemudian, tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar dengan api atas bawah pada suhu 140’c selama 1 jam 25 minit (suhu ni ikut oven masing-masing atau bakar sehingga masak).

▶️ Dah siap, keluarkan dan sejukkan sekejap. Selepas tu bolehlah potong dan dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Corn Flakes Coklat Rangup Dan Sedap Tak Terkata. Sehari Je Habis Licin!

 

Fuhh, sedap sangat kek ni bila naik gebu. Dapat pula makan bahagian lembut kek di dalam bersama dengan kerak bahagian atas. Yang ini kalau dapat, mau cepat habis seloyang.

Lepas ni kalau anda nak buat kek sedap dan simple dengan bahan yang ringkas je, bolehlah buat kek kelapa atau keke hujan panas ni. Mudah je. Baru pertama kali nak belajar buat pun confirm jadi. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.