Segalanya Tentang Makan..

Pernah Makan Peach Strudel? Patutlah Viral. Sedap Dengan Lapisan Rangup Dan Cream Cheese.

0 12,367

Kalau pergi ke kedai bakery tu, memang kadang-kadang jumpa dessert pelik-pelik yang jarang kita makan. Macam-macam bentuk dan style. Peach strudel ni agak menarik perhatian sebab ada lapisan yang keras dan rangup dan ber’topping’kan cream cheese.

Lepas tu atasnya diletakkan buah peach. Wahh, sekali pandang terus tergoda. Sesuailah kalau nak buat untuk anak-anak. Dessert macam ni memang kegemaran mereka. Nak buat peach strudel ni sebenarnya senang je.

Bahagian rangup tu ialah bahan pastry puff. Bakar dalam oven sehingga rangup. Lepas tu picitkan adunan cream cheese di atasnya sebagai topping. Memang terbaik kombinasi kedua-duanya. Buat saiz kecil atau besar terpulang pada anda.

Kat pasaraya pun memang ada jual pelbagai bentuk dan saiz pastry sheet. Untuk buah peach yang akan diletakkan atas cream cheese pun boleh beli yang dah siap dalam tin. Adakalanya kalau nak tukar selera pada buah lain pun mungkin boleh juga ikut selera anda.

Resepi peach strudel ni ada dikongsikan oleh Hidayati Hana. Bahan memang sangat simple. Hanya perlukan 5 bahan je. Jom lihat cara membuatnya step by step.

RESEPI PEACH STRUDEL

Untuk buat cream cheese tu perlu putarkan bahan-bahannya dengan mixer. Kena pastikan adunannya tak cair sangat supaya mudah terletak sebagai topping atas pastry puff nanti. Kalau cair, boleh masukkan dalam peti sejuk dulu sekejap sebelum gunakan.

Bahan-bahannya:
  • 4 keping kulit pastry puff
  • 1 biji kuning telur
Bahan cream cheese:
  • 125 gram cream cheese
  • 2 sudu besar gula aising
  • 70 gram whipping cream
  • Buah peach dalam tin

Cara buat peach strudel:

▶️ Mula-mula sediakan loyang atau tray untuk bakar. Alaskan siap-siap dengan baking paper.

▶️ Potong 4 kulit pastry puff tu.

▶️ Sapukan kuning telur.

▶️ Bakar dalam oven pada suhu 160’c selama 30 minit.

▶️ Dah siap bakar, sejukkan dulu.

▶️ Untuk cream cheese, masukkannya dalam mixer dan putar sehingga lembut.

▶️ Kemudian masukkan gula aising.

▶️ Masukkan whipping cream.

▶️ Putar kesemuanya sehingga sebati.

▶️ Lepas tu masukkan dalam pipping bag.

▶️ Pipekan adunan atas pastry puff tadi. Pipe kan kemas-kemas dan sepadan banyaknya dengan saiz pastry.

▶️ Susun buah pearch di atasnya.

▶️ Dan akhir sekali taburkan gula aising jika suka.

▶️ Dah siap, sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Creampuff Cantik Terbentuk, tak Lembik Walau Lepas Berjam Dibakar. Sedap Dengan Inti Kastard.

 

Kalau anda nak buat sekali banyak, boleh gandakan bahan. Dapatlah hulur pada jiran-jiran. Kalau lihat kat kedai bakery tu, kadang-kadang ada macam-macam bentuk berlainan yang dijual.

Ikutlah kreativiti masing-masing. Janji mudah nak buat dan kena dengan selera anak-anak. Mungkin kalau rajin cuba, bolehlah pelbagaikan perisa untuk topping tu.

Mana tau boleh buat topping krim coklat dan letakkan buah strawberi pula. Tapi namanya bukan peach strudel lagilah. Sebab buahnya dah lain. Ikutlah selera anda. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.