Segalanya Tentang Makan..

Resepi Pajeri Nenas Bombay. Sedap Macam Hidangan Kenduri Kawin. Cukup Masam Manis Pedas!

0 30,090

Rindu nak makan kat kenduri kawin kan? Lauk-lauk kat kenduri kawin ni memang sedap-sedap. Kalau masak kat rumah tiba-tiba selera tu lain. Ntah kenapalah lauk kenduri ni istimewa sangat rasanya. Salah satunya ialah pajeri nenas Bombay ni. Hidangan yang sedap dimakan dengan nasi minyak.

Bak kata orang tu pelengkap lauk bagi semua jenis masakan daging, ayam semua tu lah. Tak ada pajeri terasa kurangnya. Pajeri nenas Bombay ni sedap sebab cukup rasa masam, manis dan pedas. Kalau makan dengan nasi minyak atau nasi beriyani memang padu.

Kalau kat rumah anda nak makan dengan nasi putih pun sedap juga. Tapi kena tengok juga nak digandingkan dengan lauk apa. Rasanya paling sepadan kalau makan dengan lauk masak merah, masak kicap hitam atau rendang.

Fuhh, mau makan sampai bertambah. Kuah pajeri ni rasanya sedap. Bukanlah plain, sebab ada bahan kisar yang ditumis yang menaikkan lagi rasa. Gaul dengan nasi memang sedap.

Tapi tak ada lah makan sampai kuah banjir. Kuah pajeri ni ada bahan cuka. Takut terlebih masam pula. Cukup dengan masam manis nenas tu je. Jom lihat resepi yang dikongsikan oleh Fauziah Yahya ni.

 

RESEPI PAJERI NENAS BOMBAY

Perasankan pajeri nenas Bombay ni berbeza dengan pajeri nenas biasa yang kuah pekat kita selalu makan juga tu? Bahan-bahannya lebih kurang sama je, cuma yang membezakannnya ialah santan.

Dalam pajeri nenas Bombay ni tak dimasukkan santan. Yang lagi satu tu ada santan dan juga kerisik untuk menambahkan lagi rasa lemak dan kuah yang pekat. Kedua-duanya pun sedap dan padu rasanya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 biji nenas (kupas, bersihkan dan potong ikut suka)
  • 2 biji bawang besar*
  • 7 biji bawang putih*
  • 2 sudu besar udang kering*
  • 1 inci halia*

  • 7 sudu besar gula pasir
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak
  • 4 sekawan
  • Cili hijau dan cili merah (belah 4 siap-siap)
  • 1 sudu besar biji sawi (sangai tanpa minyak)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar pewarna kuning

Cara masak pajeri nenas Bombay:

▶️ Mula-mula rebuskan nenas dulu.

▶️ Dalam air rebusan tu campurkan sedikit pewarna kuning.

▶️ Rebus sehingga lembut, kemudian toskan.

▶️ Kisarkan bahan yang bertanda * di atas.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumis dulu 4 sekawan sehingga naik bau.

▶️ Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar dan juga serbuk kunyit.

▶️ Tumis sehingga garing dan terbit minyak.

▶️ Bila dah garing, masukkan garam, gula dan juga cuka.

▶️ Kemudian masukkan nenas, cili merah dan cili hijau.

▶️ Gaulkan sehingga sebati dan masukkan biji sawi.

▶️ Dah siap, bolehlah padamkan api. Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Nak Buat Sambal Belacan Sedap Dan Padu? Mudah Je. Jom Ikut Resepi Ni Step By Step!

 

Lepas ni kalau masak nasi berperisa seperti nasi minyak dan nasi beriyani, bolehlah cuba pajeri nenas ni pula. Gantikan dengan acar nenas. Selalu masak dengan acar nenas je kan.

Serius sedap dan cukup berasa. Kalau tak masak nasi perisa pun, boleh je makan dengan nasi putih. Asalkan kena dengan hidangan lauknya.

Tengok resepi ni memang kecur liur kan. Jangan lupa cuba resepi pajeri nenas Bombay ni nanti. Pasti suami dan mertua puji tanpa henti. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.