Segalanya Tentang Makan..

Pizza Homemade Paling Senang, Hanya Guna Roti Biasa. Letak Topping Apa Yang Anda Suka.

0 85

Bila bosan-bosan tak tau nak buat makan-makan apa kat rumah, jom buat pizza homemade yang paling senang ni. Tabur-taburkan je apa bahan yang anda suka. Tuan empunya resepi ni iaitu Azwan Nawawi panggil ni pizza bodo-bodo. Tapi menarik untuk anda cuba.

Viral sampai 75k ‘share’ di Fb, pasti sedap resepi pizza ni kan? Selalunya bila buat pizza kena fikir macam mana nak buat rotinya. Tapi untuk buat pizza ni pakai roti kosong wholemeal je. Carik-carikkan dan tabur dalam loyang.

Paling best letak cheese lebih sikit untuk topping. Biasanya kelebihan pizza ialah pada cheese. Barulah masa makan ada cheese yang ditarik. Untuk resepi ni tak ada spesifik bahan topping lain.

Anda boleh masukkan je apa-apa topping dan sos yang anda suka. Biasanya orang letak bawang holland, cendawan, hotdog, capsicum dan sebagainya. Selebihnya letaklah ayam atau crab stick.

Kalau nak masukkan nenas atau tomato pun terpulang. Untuk sos pula, boleh masukkan sos Kimball dan sos lada hitam. Ikut citarasa anda. Ini cadangan bahan topping yang anda boleh masukkan.

 

RESEPI PIZZA HOMEMADE

Untuk lebihkan cheese, masukkan kepingan cheese cheddar pada roti sebelum letakkan topping. Lepas tu di atas sekali taburkan lagi mozzarella cheese. Barulah puas makan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 4-5 keping roti wholemeal
  • 3 keping cheddar cheese
  • 3 biji telur
  • ½ cawan susu segar (fresh milk)
  • 1 sudu teh mixed herbs
  • Topping apa-apa yang anda suka
  • Mozarela cheese
Cara buat pizza homemade simple:

▶️ Mula-mula carikkan roti wholemeal.

▶️ Kemudian susun dalam loyang.

▶️ Susun kepingan cheddar cheese. Yang mana tak muat boleh koyakkan kecil-kecil.

▶️ Bancuh telur, kemudian masukkan dalam loyang.

▶️ Satukan mixed herbs dengan susu segar dan kacau. Lepas tu tuang ke dalam loyang juga.

▶️ Letakkan apa-apa topping yang anda suka.

▶️ Taburkan hirisan bawang holland dan juga daun bawang untuk lebih menarik.

▶️ Akhir sekali taburkan mozzarella cheese banyak mana yang anda suka. Lagi banyak lagi sedap.

▶️ Panaskan oven siap-siap sebelum tu.

▶️ Bakar pizza pada suhu 150’c selama 15 minit.

▶️ Dah siap, sedia untuk dipotong.

 

BACA JUGA: Resepi Macaroni Cheese Bakar Sedap Dengan Rasa Lemak Creamy! Boleh Buat Makan Santai.

 

Terliur tengok hasil pizza ni kan. Puas hati hasilnya walaupun simple je. Yang penting toppingnya tu ikut selera tekak sendiri.

Pizza ni antara makanan yang mengenyangkan. Kalau muak makan nasi waktu malam, boleh buat pizza gantikan nasi. Sesekali nak tukar selera. Lagi pun resepi ni sekejap sangat. Setengah jam dah siap.

Kalau teragak nak makan pizza, bolehlah buat pizza homemade paling senang ni. Jimat duit, jimat masa daripada beli dari restoran pizza. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.