Segalanya Tentang Makan..

Resepi Makaroni Cheese Bakar Sedap Dengan Rasa Lemak Creamy! Boleh Buat Makan Santai.

0 1,650

Bagi yang tak pernah cuba resepi atau makan makaroni cheese bakar ni, kalau sekali cuba mesti anda jatuh hati. Makaroni yang cukup berperisa ni bila dicampurkan dengan sos putih campuran cheese, rasa lemak berkrimnya memang tak boleh bawa bincang. Cukup padu.

Lepas tu dibakar pula. Enak dia lagi berganda! Kalau tiba-tiba rasa craving nak makan benda-benda pedas bergoreng dan ada aroma rempah, makaroni ni boleh jadi pilihan. Ditambah lagi dengan sos putih yang akan membangkitkan lagi selera.

Pada mak-mak kalau pening nak buat makanan santai yang sedap dan mengenyangkan untuk anak-anak, boleh buat makaroni cheese bakar ni. Pasti mereka suka.

Resepi yang dikongsikan ni ialah dari Puteri Hana Sofea. Bahannya memang banyak tapi semuanya mudah je untuk disediakan. Dan rasa pun memang sedap dan berbaloi.

Yang buatkan ‘killer’ rasa menu ni ialah bila ianya dibakar. Taburan cheese yang diletakkan di dalam dan juga atas makaroni akan cair dan sedikit garing bila dibakar. Itu yang buatkan bertambah sedap.

 

RESEPI MAKARONI CHEESE BAKAR

Campuran sos putih pula akan dituangkan ke dalam makaroni sebelum dibakar. Yang ini akan berikan rasa lemak. Kalau tengok je menu ni, confirm dari tak lapar terus rasa tak sabar nak makan. Jom lihat cara membuatnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan-bahan untuk makaroni cheese:
  • Makaroni 150 gram
  • Ayam atau daging cincang 100 gram
  • Bawang putih 2 ulas dicincang
  • Bawang merah 3 biji dicincang
  • Bawang holland ½ labu dicincang
  • Sos spaghetti 6 sudu besar
  • Tomato puri 3 sudu besar
  • Sos cili 2 sudu besar
  • Sos tiram 1 sudu
  • Pes cili 2 sudu besar (kalau nak pedas)
  • Sayur campuran
  • Daun sup
  • Serbuk oregano/mixed herbs/Italian herbs
  • Garam dan gula secukup rasa

 

Bahan-bahan sos putih:
  • Susu segar 1 cawan
  • Mentega 1 sudu besar
  • Serbuk oregano atau lada sulah
  • Tepug jagung 1 sudu besar (bancuhkan dengan air)
  • Alissa cheese 12 keping
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara masak makaroni cheese bakar:

▶️ Mula-mula rebuskan makaroni dulu supaya lembut. Masukkannya ke dalam periuk berisi air, dan masukkan sedikit minyak dan garam. Kemudian rebus.

▶️ Dah lembut, boleh angkat dan toskan.

▶️ Dalam kuali, panaskan sedikit minyak, dan masukkan kesemua bawang dan tumis sehingga layu dan naik bau.

▶️ Kemudian masukkan pes cili dan kacau sehingga pecah minyak.

▶️ Masukkan pula ayam atau daging cincang.

▶️ Seterusnya masukkan tomato puri, sos spaghetti, sos cili dan sos tiram. Kacau sehingga sebati.

▶️ Perasakan dengan garam dan gula. Dan masukkan juga serbuk oregano secukupnya.

▶️ Kemudian masukkan sedikit sayur campuran. Dan biarkan sehingga layu.

▶️ Lepas tu masukkan pula tomato.

▶️ Akhir sekali masukkan makaroni yang dah siap direbus tadi. Gaul sekata.

▶️ Boleh rasa. Mana yang kurang boleh adjust.

▶️ Sekarang buat sos putih pula.

 

Cara buat sos putih:

▶️ Panaskan kuali, dan cairkan butter.

▶️ Kemudian masukkan cheese dan kacau sehingga cheese cair.

▶️ Masukkan susu segar dan biarkan sehingga mendidih.

▶️ Masukkan pula garam dan gula. Serta oregano atau lada sulah secukupnya.

▶️ Akhir sekali masukkan tepung jagung yang dah siap dibancuh air. Kacau sehingga sos menjadi pekat.

▶️ Dah siap!

Cara sediakan makaroni cheese untuk dibakar:

▶️ Sediakan loyang pembakar. Kemudian masukkan makaroni yang telah digoreng.

▶️ Lepas tu tuangkan sos putih dan gaul rata.

▶️ Kalau nak lagi sedap, boleh masukkan beberapa keping cheese cheddar di dalam makaroni.

▶️ Dan akhir sekali taburkan cheese (cheddar, mozzarella, pizza toping) yang diparut di atas permukaan makaroni.

▶️ Dan bakarkan pada suhu 170’c selama 20-30 minit api atas bawah.

▶️ Dah siap, boleh dihidangkan!

 

BACA JUGA: Makaroni Goreng Tepung Rangup. Tak Sangka Dengan Makaroni Boleh Buat Snek Kudapan Yang Sangat Sedap!

 

Nyummy.. Terliur tengok resepi makaroni cheese bakar ni. Belum lagi makan tu! Kalau cedok dengan sudu, cheese yang ditarik tu akan kelihatan cair dan creamy dan cukup rasa lemak.

Kalau makan tak rasa muak pun sebab makaroni ada rasa pedas-pedas dan wangi beraroma. Memang kena kombinasi makaroni sos putih dan cheese leleh ni. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.