Duduk-duduk rumah ni anda ada rasa nak buat chicken chop dengan sos black pepper sendiri tak? Boleh cuba cara buat chicken chop paling simple yang dikongsikan oleh Tg Khuzanika ni. Serius senang dan ringkas je bahan-bahannya.
Tapi ini resepi yang simple lah dan sesuai makan-makan santai kat rumah. Lebih jimat. Walaupun nampak ringkas, tapi sedap dan puas juga makan. Ayam digoreng rangup, dan kuah black pepper pun pekat dan cukup berasa.
Buat apa susah-susah buat resepi yang susah kalau boleh nikmati chicken chop yang simple tapi sedap ni. Anak-anak mesti suka. Hidangkan sekali dengan fries, hotdog dan sayuran seperti salad dan tomato kalau nak nampak lebih menarik macam restoran western.
Biasanya kalau makan chicken chop ni nipis-nipis sedap. Bila digoreng rangup dengan salut tepung dan serbuk roti tu buatkan puas makan. Buat dengan ayam dada yang dibelah dua.
Nak sedap, ayam tu perlu diperap dulu. Lagi lama perap lagi sedap. Contohnya perap semalaman dan esok tu baru goreng. Jom lihat cara membuatnya.
RESEPI CHICKEN CHOP SOS BLACK PEPPER
Kuah black pepper yang selalu kita makan tu lebih sedap bila pekat. Nak pekat masukkan tepung gandum, tapi tak ada lah banyak sangat. Cukup sekadar pekatkan kuah.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk sos black pepper:
- 2 sudu besar butter atau marjerin pelangi
- 1 biji bawang holland (didadukan)
- 4 sudu besar tepung gandum
- 2 sudu besar sos tiram
- Lada hitam secukupnya (dikisar kasar)
- Kiub ayam atau secukup rasa (letak secukupnya sebab nak masinkan kuah. Nanti tak perlu masukkan garam lagi)
- Sedikit gula (ikut citarasa)
- Kicap secukupnya (nak cantikkan warna kuah)
Cara buat kuah sos black pepper:
▶️ Mula-mula panaskan butter/marjerin dalam kuali.
▶️ Bila butter dah cair, masukkan bawang holland yang dipotong dadu dan tumis sehingga wangi dan layu.
▶️ Kemudian masukkan lada hitam dan kacau sebati.
▶️ Masukkan tepung gandum dan kacau sampai bergentel macam dalam gambar. Boleh gunakan whisker.
▶️ Bila dah bergentel macam tu maksudnya tepung dah masak.
▶️ Kemudian masukkan sos tiram. Sos tiram ni nanti hilangkan bau tepung dan mewangikan kuah.
▶️ Masukkan air secukupnya dan kacau sampai kuah cantik sebati.
▶️ Lepas tu perasakan dengan kiub pati ayam atau secukup rasa.
▶️ Akhir sekali masukkan kicap ikut suka nak warna gelap atau cerah tahap mana anda suka.
▶️ Dah siap, padamkan api.
▶️ Boleh makan dengan chicken chop atau apa sahaja.
Bahan-bahan untuk chicken chop:
- Ayam dada (belah dua tapi jangan sampai putus)
- Bawang putih (kisar)
- Halia (kisar)
- Serbuk lada hitam
- Sedikit garam
- Tepung gandum
- Telur
- Bread crumb (atau nak guna tepung bestari pun boleh. Terpulang)
Cara buat chicken chop:
▶️ Bersihkan ayam, kemudian belah dua jangan sampai putus.
▶️ Ketuk-ketukkan isi ayam sikit supaya lembut.
▶️ Gaulkan ayam dengan bawang putih, halia yang telah dikisar, serbuk lada hitam dan sedikit garam.
▶️ Kemudian perapkan sekejap.
▶️ Selepas perap, gaulkan dengan tepung gandum.
▶️ Pastikan gaul keseluruhan ayam.
▶️ Celup dengan telur pula.
▶️ Lepas tu golek-golekkan atas serbuk roti. Kalau nak gantikan dengan tepung bestari pun boleh. Kalau serbuk roti ni tak cepat muak. Tapi ikut citarasa anda sendiri.
▶️ Buat sampai ayam anda habis.
BACA JUGA: Cara Buat Pizza Homemade Paling Senang, 20 Minit Siap. Puas Hati Buat Cheese Tebal!
▶️ Kemudian perap semalaman dalam peti ais beku.
▶️ Besok dah boleh goreng.
Hidangkan dengan kentang goreng, hotdog, nugget dan apa-apa sahaja yang anda suka. Selain sos black pepper, kalau nak hidangkan dengan mayonis dan sos cili pun sedap.
Tak banyak sangat pun stepnya kan. Berbaloi kalau buat sendiri. Sos black pepper tu pun anda boleh makan dengan apa-apa yang anda suka.
Lepas ni kalau rindu nak makan makanan western, bolehlah buat chicken chop dan sos black pepper sendiri. Lebih jimat. Selamat mencuba.