https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Popia Pisang Dengan Pelbagai Topping Kayangan. Kulit Digoreng Rangup Dengan Isi Pisang Manis.

0 3,006

Kalau nak buat snek yang pelbagai topping ni sebenarnya ikut kreatif kita. Nak letak cheese, coklat, strawberi dan sebagainya, semua ikut selera sendiri. Kali ni saya nak kongsikan idea snek sedap berasas popia iaitu popia pisang goreng rangup dengan pelbagai topping bak kayangan.

Tengok pun tau lah kan tang mana kayangannya tu. Penuh dengan salut coklat leleh dan topping yang pelbagai. Sebenarnya nak buatnya mudah je. Perlukan pisang, kulit popia dan bahan-bahan topping je. Tapi nak rasa sedap tu ikut juga guna pisang apa.

Begitu juga toppingnya. Topping perlu kreatif untuk rasa sedap, tak kira sama ada topping tu cecair leleh atau serbuk, mahupun bentuk chip. Kalau buat untuk anak-anak memang pasti mereka suka. Tak perlu ibu-ibu pening nak buat snek yang banyak bahan yang diperlukan.

Idea popia pisang topping kayangan ni dikongsikan oleh MrsNor Wahid. Ada lah dalam 5 idea bahan topping yang beliau kongsikan yang anda boleh cuba.

Semua memang sedap belaka dan mudah je untuk dicari. Kebanyakannya berasaskan coklat. Kalau ada yang sukakan cheese, boleh juga letakkan cheese cheddar sebagai salah satu bahan topping.

 

POPIA PISANG PELBAGAI TOPPING

Untuk pisang yang digunakan, biasanya nak sedap gunakan pisang yang sedang-sedang masak je. Jangan yang terlalu masak sebab nanti akan lembik lepas digoreng.

Pisang yang sedap biasanya pisang berangan, pisang nangka, pisang tanduk atau pisang raja. Ikut mana yang anda suka.

Bahan-bahan:

  • Pisang berangan (ikut nak buat banyak mana popia)
  • Kulit popia saiz 8.5’x8.5’ (Ikut suka juga kalau nak apa-apa saiz pun boleh)
  • Sedikit tepung gandum (bancuhkan dengan sikit air untuk dibuat gam kulit popia nanti)
  • Coklat sirap Hershey’s
  • Hazelnut coklat spread (jenama tesco pun okay)
  • Topping: crush oreo, mini koko crunch, mini cornflakes, nestum, mini coklat chip (kalau nak tambah cheese pun terpulang)

Cara buat popia pisang pebagai topping:

▶️ Mula-mula belah 2 pisang.

▶️ Kalau guna pisang besar seperti pisang tanduk, boleh potong nyerong ikut kreatif anda.

▶️ Lepas tu bungkus pisang dalam kulit popia.

▶️ Sapukan bancuhan air tepung gandum tadi dan lekatkan kulit popia.

▶️ Buat sebanyak mana anda suka.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Selepas minyak dah betul-betul panas, masukkan popia.

▶️ Goreng sehingga garing dan warna coklat keperangan.

▶️ Kemudian angkat dan toskan minyak atas tisu.

▶️ Susun atas piring/pinggan leper, dan salutkan coklat sirap dan coklat spread.

▶️ Kemudian taburkan pelbagai bahan topping.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kudapan Dari Kulit Popia Untuk Anak-Anak! Mudah Je. Hanya Guna 3 Bahan!

 

Memang sedap dengan rasa bak kayangan. Kalau hidangkan ni memang sekejapan je licin. Sebenarnya bahan toppingnya mudah je nak cari dan harga tidaklah mahal sangat.

Tapi berbaloi sebab rasa dia sedap dan mewah. Dengan rasa kulit popia rangup dan pisang yang manis, memang kena sangat dengan kombinasi topping coklat tu.

Dari dulu lagi kan memang dah ada snek yang ada kombinasi pisang dan coklat ni. Jadi, popia pisang dengan topping kayangan ni boleh juga jadi salah satu snek baru yang anda boleh cuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.